BAB 18

Romance Completed 5442

Marcella masuk ke dalam restoran yang Matteus beritahu semasa telefon. Nasib hari ini jadual kuliahnya tak padat. Meliar matanya mencari kelibat Matteus. Tiba tiba dia melihat Matteus yang berada pada sudut yang agak terlindung daripada pandangan orang itu. Segera dihampiri. Tapi, senyuman mati setelah melihat Carol duduk di sebelah Matteus.

"Ermmm, dia nak jumpa aku sekarang ni" ujar Matteus. Perasan akan perubahan riak isterinya.

"Awak tak kisahkan saya jumpa dia? Kebetulan je. Lagipun lama saya tak jumpa dia. Rindu" ujar Carol. Marcella menyabarkan hati. Senyuman palsu terukir di bibirnya.

"Oh! Maaflah korang terpaksa tunggu aku. Korang teruskanlah. Aku boleh makan kat tempat lain" ujar Marcella. Baru nak melangkah, tangannya ditarik Matteus.

"Join us, please" ujar Matteus penuh pengharapan. Marcella melepaskan nafas berat. Dia tak nak pergi. Dia nak duduk dengan lelaki itu, tapi siapa dia untuk halang cinta mereka. Berubah riak Carol melihat tindakan Matteus itu.

"Tak payahlah. Nanti ganggu korang. Right, Carol?" tanya Marcella. Tersentak Carol.

"Ermm, saya tak kisah. Awak joinlah. Nanti apalah orang cakap, saya dating dengan suami orang" ujar Carol. Paksa sebenarnya. Matteus tersenyum dengar kata Carol.

"Sit here sayang" ujar Matteus. Carol tersentak. Marcella dah jangka reaksi itu. Dia kemudian menarik bangku dan duduk bertentangan dengan mereka.

"Aku dah pesan your favourite food. You like it, right?" tanya Matteus sambil tersenyum lebar. Marcella hanya mengangguk.

"So, can I know you discuss about what?" tanya Marcella. Melihat Carol diam, dia tahu gadis itu terkejut.

"About us" ujar Carol tiba tiba. Marcella menjongket kening. Matteus mengeluh.

"You know I love Matteus, right? Dan saya takkan lepaskan dia macam tu je kat kau kan?" ujar Carol tegas.

"Carol!!" nyaring suara Matteus.

"I know. So, any problem?" tanya Marcella selamba.

"Saya tak tahu kenapa dia benci saya sekarang. Dia dah jarang jumpa saya. Saya rindu dia. Boleh awak tolong lepaskan dia untuk saya?" pinta Carol tanpa segan silu. Besarnya cinta itu. Marcella terkejut.

"Carol, kau tahu kau tengah cakap dengan isteri aku ni" ujar Matteus. Carol dipandang tajam.

"Saya tahu tapi saya dah terlalu cintakan awak. Saya sanggup jadi yang kedua" tekad Carol. Matteus mengeleng.

"Hebatnya cinta kau kat dia. Tapi, semua tu terpulang kat dia. Aku bukan paksa. Dan bukan sesiapa" ujar Marcella sambil tersenyum. Matteus mengeluh. Terluka dengan Marcella.

"Mar!!!" jerit satu suara dari arah belakang. Serentak mereka menoleh. Fiq melambai sambil menuju ke arah mereka.

"Mar..Aku dah dengar pasal pemilihan tu. Taniah. And good news, I'll be your partner" ujar Fiq ceria. Matteus tersentak. Pemilihan apa?

"Aku nak balik" ujar Marcella. Rahsia terbongkar di situ. Dia tak sanggup nak pandang wajah Matteus.

"Mar..." panggil Fiq kehairanan. Marcella sudah berlalu pergi. Tuhan, tolong aku. Cinta atau impian?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience