Carol terkaku. Memandang Matteus tak berkelip. Luahan itu buat dia terkelu. Tak dapat dia jangka lelaki itu meluahkan perasaan padanya. Malam ini. Tak disangka apa yang dia impikan selama ini jadi kenyataan. Dia gembira. Sudah lama dia tunggu. Lama sangat!!
Air matanya menitis laju. Gembira, terharu, tak percaya. Adakah ini takdirnya mencintai lelaki itu? Benar! Sudah lama dia menyimpan perasaan pada lelaki itu. Hanya kerana satu peristiwa zaman kanak kanak. Tapi perasaan itu sampai kini dia pendam. Dia malu nak meluahkan kerana dia rasa lelaki itu langsung tak layak untuknya, cukup sempurna.
"Ah! Maaf saya buat awak nangis. Saya tak bermaksud nak sakitkan ha.." Ayat Matteus terhenti apabila Carol mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar jeansnya dan menunjukkannya. Giliran Matteus terdiam.
"Awak masih lagi kan? Ini pemadam yang awak bagi pada saya ketika kita umur 11 tahun. Awak ingat lagi kan?" ujar Carol. Air mata masih menitis laju. Matteus mengangguk perlahan. Kerana pemadam inilah dia jatuh cinta pada Carol. Maksudnya....
"Saya pun sukakan awak Matteus. Saya dah lama cintakan awak" luah Carol akhirnya. Matteus terpempan. Adakah ini mimpi? Carol pun simpan perasaan yang sama kepadanya?
Matteus mendekati Carol perlahan lahan. Air mata itu disapu dengan tangan. Carol memandang wajah Matteus. Matteus senyum sebelum peluk gadis itu erat. Carol terkejut tapi hanya seketika. Dia menangis lagi dan balas pelukan Matteus. Rasa bahagia.
"Kalau macam tu, saya pun cintakan awak Carol" luah Matteus.
Andaian dia ditolak pergi entah ke mana. Luahan perasaan Carol buat dia lupa. Lupa siapa dia sebenar. Ya! Cintanya mungkin ditakdirkan untuk Carol. Akibat gembira teramat sangat, Matteus terlupa apa yang bakal lalui hari esok.
*****
Matteus berdebar. Budak perempuan yang duduk di sebelahnya itu buat dia gelisah. Sebelum ini dia tak pernah duduk di sebelah perempuan selain ibunya. Terkejut bukan main apabila dia dipindahkan tempat duduk oleh cikgu dan duduk di sebelah perempuan.
Sepanjang sesi pembelajaran, Matteus dan budak perempuan di sebelah itu langsung tak berbual. Matteus malu nak tegur. Carol. Sempat dia baca nama yang tertulis di hadapan kulit buku budak perempuan itu tadi.
Sesi pembelajaran Matteus berlalu dengan bosan. Tiada siapa berbual dengannya. Matteus pandang ke sebelah. Terkejut dia melihat Carol itu memadam tulisan pada bukunya hanya menggunakan pemadam yang ada pada pensel mekanikalnya.
'Dia lupa pemadam ke' Matteus bercakap dalam hati. Dia kasihan melihat Carol terkial kial padam tulisan itu. Dia pandang pemadamnya yang agak besar saiz. Mungkin dia boleh bagi Carol pinjam.
Dia letakkan berdekatan dengan meja Carol. Berharap Carol meminta untuk pinjam.
Masa kedua, tiada respon. Ketiga, keempat, kelima. Ah! Sama. Matteus jadi geram melihat Carol terkial kial dari tadi. Akhirnya, dia bahagikan pemadam itu kepada dua.
"Sila ambil pemadam saya!" ujar Matteus akhirnya sambil menyuakan sebahagian pemadamnya. Carol memandang tak berkelip.
'Alamak! Mungkin dia kata saya gila?' Matteus kutuk diri. Matteus jadi malu. Mukanya jadi merah. Bodohnya! Matteus pejamkan mata
"Terima kasih" suara itu buat Matteus pantas buka mata. Carol begitu dekat dengannya. Carol sedang berbisik kepadanya. Jantungnya berdegup kencang.
Carol tersenyum lalu mengambil pemadam dari tangan Matteus. Matteus seperti disampuk hantu. Kaku.
Sejak hari itulah, Matteus mula memerhatikan Carol. Dia yakin itu cinta pertamanya. Dalam diam menyimpan perasaan pada Carol. Kemana Carol pergi, makan apa, main apa. Semuanya dia ingin tahu. Hanya bisikan dan senyuman gadis itu saja buat dia jatuh cinta dan simpan perasaan selama 10 tahun.
Share this novel