Marcella masuk ke dalam bilik yan setahun tak dijenguknya. Kemas dam masih seperti dulu. Matanya terpancar pada gambar perkahwinan ya dengan Matteus. Marcella tersenyum tawar. Sebak.
"Sayang" ujar Matteus yang baru keluar dari bilik mandi. Suaminya baru siap mandi.
"Dah siap ke? Giliran aku" ujar Marcella sebelum mencapai bathrobe dan pakaiannya.
"Sayang nak abang temankan ke?" tanya Matteus sambil tersenyum penuh makna. Marcella tunjukkan penumbuk sebelum masuk. Matteus hanya ketawa. Bahagia dengan ada isterinya.
15 minit berlalu dan Marcella keluar. Matteus lantas menoleh. Terbang semua idea nakalnya nak mengusik isteri tadi melihat Marcella berpakaian seperti di Korea haritu. Oh tokku!
"Sayang nak goda abang ke?" tanya Mattues. Lurus bendul. Marcella mengerling tajam.
"Tak eh?" ujar Matteus lantas mengosok tengkuknya. Marcella tersenyum.
"Kenapa kau tolak Carol?" tanya Marcella lalu menghampiri Matteus. Matteus terpaksa mendongak.
"Berapa kali abang cakap abang takkan ca..."
"Shhh...just answer my question" ujar Marcella sambil telunjuknya diletakkan di bibir suaminya. Matteus terkelu seketika.
"Sebab abang cintakan sayang. Sayang sayang lebih dari segalanya" ujar Matteus cukup buat Marcella terharu.
"Kalau macam tu, kenapa kau langsung tak bagitau aku yang kau accident dan kaki kau ni sakit" ujar Marcella lantas kaki Matteus yang sakit dipukul.
"Aiiii...aduhh...sakit sayang" adu Matteus. Berkerut dahinya.
"Tahu sakit tapi kau tak tahunya sakit hati aku bila kau langsung tak bagitau aku pasal semua tu. Kalau aku tahu, aku takkan tendang kau jatuh katil hari tu" ujar Marcella. Airmatanya jatuh perlahan. Matteus mndekati isterinya lantas dipeluk.
"Abang tak nak sayang risau. Abang juga tak nak sayang salah sangka yang abang datang semata mata nak minta simpati" ujar Matteus. Marcella menangis lagi.
"Saya rindu awak. Saya cinta awak sepenuh hati. Saya nak awak setiap masa. Saya ingat, awak takkan jadi milik saya selamanya" luah Marcella buat Matteus tersenyum lebar.
"Habis tu, kenapa suka sangat lari? Sayang tahu tak abang terseksa tengok surat yang sayang tulis. Macam sayang nak tinggalkan abang selamanya. Abang takut sayang. Abang hampir gila cari sayang tapi tak jumpa sampai abang jumpa Fiq. Fiq cerita segala galanya" ujar Matteus. Marcella melepaskan pelukan.
"Lagi satu, dahla mama paksa abang kahwin dengan Carol, keluarga sayang setuju juga. Abang stres tau. Lepas tu, masa sayang pertandingan pula, datang pula Sha dan Flo serahkan surat cerai yang sayang sain. Hanya tuhan tahu bertapa hancurnya hati abang. Hampir gila sebab sayang sorang" jelas Matteus. Marcella rasa bersalah.
"Saya ingat awak dah benci saya sebab Fiq. Seriously, masa tu saya dan Fiq langsung tak ada hubungan. Dia hanya partner saya untuk pertandingan itu. Tambah lagi awak salah sangka. Kemudian dengar berita awak nak kahwin dengan Carol. Sakit tiada siapa tahu. Cinta saya tiada arah. Sebab tu saya nekad hantar surat cerai supaya awak bahgia dengan dia" ujar Marcella. Matteus mengeleng.
"Maaf sayang sebab salah sangka dan tak periksa terlebih dahulu. Tapi abang bersyukur sangat dapat sayang semula walaupun hati sekarang keras dan hanya boleh dicairkan kalau masuk gunung berapi. Susah nak tambat. Nampak sangat benci abang. Abang kecewa" luah Matteus akhirnya.
"Saya takut awak terima saya sebab kesian je. Atau sebab awak masih suami saya. Lagipun, saya janji nak lupakan awak"
"Jangan sayang. Abang tak tahu nak buat apa kalau sayang lupakan cinta kita. Tolong sayang jangan tinggalkan abang. Abang cukup terseksa selama ni. Tolong sayang. Kita mulakan hidup baru ya. Abang janji akan cintakan sayang dan jaga sayang. Please" rayu Matteus. Takut benar dia. Marcella mengangguk. Matteus lantas dipeluk erat. Ucapan syukur tak henti di dalam hatinya.
"Abang cinta sayang, Marcella Kay forever mine" ucap Matteus penuh kasih.
"And you, Matteus...i'm yours forever" ujar Marcella buat pelukan Matteus semakin erat. Marcella ketawa bahagia.
"Sayang" panggil Matteus.
"Hemm"
"Kenapa sayang tendang abang malam tu?" tanya Matteus.
"Sebab awak gatal sangat. Gila tak terkejut awak bloeh melepasi bantal peluk kat tengah tu dan peluk orang. Apa kes?" terangnya penuh geram.
"Sebab tu tendang sampai jatuh katil hingga ke pagi. Kuat sayang" ujar Matteus. Marcella hanya ketawa. Mana taknya, kedebuk Matteus terjatuh ditendang sebab peluknya.
"Sekarang sayang tak tendang abang?" tanya Matteus nakal. Merah muka Marcella. Matteus ketawa melihat.
"You are mine. Remember that" ujar Matteus
Matteus bahagia. Gembira Marcella selamanya miliknya.
Terima kasih kerana kekalkan cinta kami.
Share this novel