Marcella mengeluh. Matteus dan Carol yang sedang berbual dipandang kosong. Minuman di depan tinggal sikit lagi. Kalau ya pun nak dating jangan libatkan aku. Sakit mata!
"Matteus... Lama lagi ke?" panggilnya. Matteus dan Carol serentak menoleh. Marcella dah tunjuk wajah bosan.
"Awak letih ya?" ujar Carol lembut. Membuntang terus mata Marcella. Rasa bersalah pula tegur orang tengah bercinta ni.
"Eh..Tak. Teruskan. Cuma...Errr..."
"Mar?" Marcella tak sempat habiskan kata apabila satu suara memanggil namanya. Serentak mereka menoleh.
"Fiq?" Tanya Marcella. Fiq mengangguk.
"Kau buat kat sini Mar? Kau tak suka lepak kat tempat macam ni kan?"
Zuppp! Aku bagi kau 200% markah Fiq. Marcella tersenyum penuh makna. Mengharap Fiq faham. Tapi Fiq tak dapat tangkap kerana dia tak sedar kehadiran Matteus dan Carol di situ.
Matteus terpempan. Dia tak tahu pun Marcella tak suka tempat sebegini. Patutlah gadis itu asyik mengeluh. Melihat Marcella senyum pada lelaki yang tak dikenali itu buat perasaan tak selesa wujud di hatinya.
"Aku..Aku cuma nak rasa macam mana rasanya lepak di sini. Cari pengalaman sikit tak salah kan Fiq?" dalih Marcella akhirnya. Jantung Matteus terasa ditusuk guna belati. Lembut benar suara itu berbual dengan lelaki bernama Fiq itu.
"Mar..Kalau nak tipu pun, carilah orang yang tak kenal kau. Aku kau nak tipu ke? Aku tahu kau tak suka tempat ni. Sesak,bising,menyakitkan jiwa, everything." Ujar Fiq sambil bercekak pinggang. Marcella rasa nak hempuk kepala Fiq.
"Okay. Mengaku. Aku teman mereka. Lepak kejap. Lagipun, pelik ke kalau aku tukar taste nak lepak sini Fiq" ujar Marcella. Fiq menoleh. Perasaan tak senang muncul apabila terpandang Matteus.
"Mereka siapa?" tanya Fiq. Marcella tersenyum.
"Ini Carol. Kawan aku".....Dan bakal madu aku. Marcella sebut dalam hati. Fiq hanya tersenyum pada Carol.
"Ini Matteus. Kawan juga dan....." Kata Marcella terhenti buat mereka tertunggu.
"Dan?" tanya Fiq tak sabar. Marcella pandang Matteus turut memandang. Seram.
"Err...Sepupu" zuppp!! Sakit. Matteus terkejut. Carol terkelu. Fiq tersenyum. Nasib.
"Oh! Tak pernah tahu pun kau ada sepupu lelaki. Kalau aku tahu, dah lama aku ambik jadi ipar" ujar Fiq mengejutkan semua orang.
"Apa apa jelah Fiq. Oh! Dah lewat. Aku nak balik nak siapkan assignment. Bye" ujar Marcella sebelum bangun. Cepat langkahnya.
Sakitnya menipu. Dia memang penipu besar. Agaknya, dosanya sebesar lautan apabila menganggap suaminya itu sepupu dan menipu Fiq yang terpinga pinga ditinggalkan. Hai, buat apa sedih kalau Matteus bahagia dengan julietnya dan dia bahagia dengan impiannya.
Langkah Marcella terhenti apabila tangannya ditarik seseorang. Cepat dia menoleh. Matteus?
"Jumpa aku kat rumah" ujar Matteus mendatar. Marcella blur. Dia menoleh ke belakang. Carol dan Fiq pandang mereka.
"Tapi Carol..."
"Kau lebih penting" ujar Matteus. Sudah! Marcella terkelu. Baguslah tu! Matteus menuju ke arah Carol kembali dan Marcella menuju ke kereta. Apa ni?!
Share this novel