BAB 15

Romance Completed 5449

Zuppp!!

Dikala diri dilanda masalah, hanya panah tempatnya melepaskan segalanya. Saat memegang anak panah dan melihatnya terpacak tepat pada papan itu, dia tersenyum puas. Tapi senyuman itu langsung tak sama dengan dulu.

"Aku tak tahu apa sebab apa kau ni frust semacam tapi boleh tak kau berehat sekejap. Dah 2 jam kau main tanpa henti" Ujar Sha. Flo mengangguk tanda setuju.

Marcella tak menjawab tapi meletakkan panahnya itu. Dia menuju ke arah Flo dan Sha. Flo menyerahkan botol air mineral kepadanya.

"Kau okay ke?" tanya Flo setelah Marcella duduk di hadapan mereka.

"Okay" jawab Marcella selamba. Flo dan Sha saling berpandangan.

"Okay. Kami tak paksa kau cerita. Tapi dari tengok cara kau sekarang, aku tahu kau ditimpa masalah mengalahkan masalah negara. Sekurang kurangnya kau boleh cerita, boleh juga tolong ringankan sikit kepala kau tu" ujar Sha.

"Ceritanya tak menarik dan macam cerita dongeng je aku rasa. Bukan susah tapi sukar" ujar Marcella. Tiba giliran Flo dan Sha pening.

"Kau tu kalau bercakap boleh tak jangan berbelit belit. Pening. Susah dan sukar tak sama maksud ke?" ujar Flo. Marcella tersengih.

"Okay. Ceritanya ringkas je dan korang boleh jawabnya dalam masa 5 minit je" Kata Marcella. Flo dan Sha dah pasang telinga siap siap. Nak sangat bergosip ni.

*****

"The end. Korang puas tak dengar?" tanya Marcella tanpa perasaan.

Flo dan Sha sekali pandang dah macam OKU. Dua kali pandang, macam tunggu penyinggah masuk mulut. Ternganga. Dengan mata terkebil kebil.

"Suami kau Matteus?!" tanya mereka serentak. Marcella mengangguk.

"Biar betul? Kau tak pernah bagitau pun" ujar Sha. Tak disangka rakannya selama ini kahwin lelakinya yang sering jadi bualan ramai dan paling mengejutkan, boyfriend orang.

"Aku tengah bagitau pun. So, tolong jangan tanya lagi" ujar Marcella.

"Tapi dia couple dengan Ca..."

"Tahu"

"Habis tu, kau lepaskan dia macam tu je? Hey, kau isteri dialah. Rugi lepaskan" ujar Flo. Marcella mencebik.

"Ini tak ada kaitan dengan isteri atau bukan isteri. Tapi ni berkaitan dengan cinta mereka dan impian aku. Dah 5 tahun aku tunggu peluang tu. 5 tahun. Tempoh tu terlalu lama untuk aku tunggu. Takkan begitu senang untuk aku lepaskan hanya sebab tradisi ni" ujar Marcella panjang lebar. Flo dan Sha terdiam.

Mereka faham akan impian gadis itu. Menyertai pertandingan memanah antarabangsa adalah impian sejak kecil. Malah, pernah bergaduh dengan ibu dan ayahnya hanya kerana impian itu.

"Aku tak boleh cakap banyak. Tapi, dari cerita kau. Aku nak tanya, betul kau tak ada perasaan kat dia?" tanya Sha tiba tiba. Marcella terdiam.

"Aku tak tahu tapi aku cuba elakkan. Matteus dah lama sukakan Carol. Tak senang untuk dia lupakan perempuan tu" ujar Marcella.

"So, honestly. Kau suka dia tapi bukan cinta. Macam tu" ujar Flo. Marcella terdiam.

"Kalau kau nak fokus pada impian tu, boleh. Tapi fikir juga perasaan dan masa depan kau. Impian kau, bila bila masa kau boleh tunaikan" ujar Flo.

"Senangnya kau cakap. Tempoh aku tunggu tu terlalu lama. Bila lagi aku nak tunaikan Flo" ujar Marcella. Susahkah untuk orang faham?

"Kalau macam tu, soalannya sekarang cuma satu. Apa perasaan kau pada dia?" tanya Sha. Marcella diam.

Dia akui dia sayang Matteus tapi tak tahu sebagai apa? Suami atau sekadar kawan? Tapi dia pelik, hatinya sentiasa sakit melihat lelaki itu tersenyum dan ketawa bersama Carol. Marcella jadi keliru. Flo dan Sha biarkan sahaja.

"Hey guys" sapa seseorang dari belakang.

Kala mereka sedang layan perasaan, muncul Fiq entah dari mana. Dia tersenyum lebar saat terpandang Marcella. Marcella hanya senyum hambar. Flo dan Sha saling berpandangan sebelum bangun.

"Fikirlah. Jujur dengan perasaan tu" nasihat mereka sebelum keluar dari bilik kelab itu. Marcella masih kaku.

"Hey! Korang nak pergi?" tanya Fiq. Sha pandang Fiq tajam.

"Kau jangan cari masalah" ujar Sha. Terkejut Fiq. Yang ni dah kenapa pula dingin tiba tiba. Fiq pandang Marcella yang entah berapa ribu kali mengeluh.

"Huh?" hairan dan hairan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience