Marcella terkejut apabila terdengar telefonnya berbunyi. Marcella segera mengambil telefonnya dalam beg sandang. Dia tersenyum melihat nama pemanggil. Segera dijawabnya panggilan.
"Fiq" ujar Marcella tanpa semat Fiq bercakap.
"Ermmm...tahu pun ingat kita. Habis kenapa kau lama tak call ni? Tak apalah sehari dua. Ni dah hampir sebulan kau tanpa berita. Ingat senang ke call kau. Nak kata handphone off, aku rasa elektrik kat Korea tu tak pernah putus kan?" panjang lebar ceramah lelaki ini. Marcella dah jauhkan telefonnya dari telinga.
"Mar!! Dengar tak ni?! Ish...degil betullah. Entah macam manalah Matteus tu boleh angau kt kau sampai san..." terus terhenti kata Fiq. Rasa nak dihempuknya mulut sendiri.
"Hoi, mak nenek! Kau asyik bebel apahal ni? Kalau frust pun dengan girlfriend. Aku jangan libatkan" ujar Marcella.
"Hey, bab girlfriend jangan bawa eh...pantang larang tau" ujar Fiq bagi amaran. Marcella tersenyum sinis.
"Dah tu, kau call ni apasal? Nak bagitau kau nak kahwin ke? Sorry, aku tak dapat balik Malaysia lagi. Tapi kalau kau kahwin kau Jepun tu, beta tak ada hallah" ujar Marcella.
"Suka hati mak bapak kau kata aku nak kahwin? Nak kahwin macam mana kalau tak ada calon. Kau bukannya sudi jadi calon aku" ujar Fiq bagi signal. Marcella mencebik.
"Aku? Calon pengapit calon bini kau bolehla. Dahla..nak cakap pasal kahwin ni tak ada kuasalah wei. Aku nak tidur lagi baik tau. Bye" ujar Marcella. Fiq faham.
"Kejapla. Nak bual kejap lagi ni. Orang risaukan dia boleh pula dia merepek ni" tegur Fiq. Marcella batalkan niatnya untuk matikan talian.
"Okay. 5 minute"
"Hey! Kedekut masa"
"Baik aku kedekut masa daripada kau kedekut harta" kata Marcella. Fiq dah geram. Kalau bab perang bibir ni memang dah bakat Marcella.
"Kedekut kedekut. Aku call ni nak tanya kau okay tak?"
"Okay! Apasal?"
"Bahagia?" tanya Fiq lagi. Marcella semakin pelik.
"Macam tulah. Hey kau ni dah kenapa? Peliklah" tegur Marcella.
"Jom balik Malaysia" ajak Fiq tiba tiba. Marcella terkaku. Balik Malaysia?
"Kau betul betul nak kahwin ke Fiq" tanya Marcella. Kebingungan. Kalau di depan Fiq sekarang mahu gadis itu kena sekeh.
"Haah. Nak kahwin. Dengan bibik rumah aku"
"Bibik? Apasal taste kau tiba tiba pergi indon ni? Oh! Tak apa! Kalau dah cinta kan?" Marcella percaya bulat bulat.
"Kau balik tak?" hai! Fiq kena berkorban sikitlah.
"Tak!" spontan jawapn itu. Fiq mengeluh.
"Kenapa? Sebab kau tak nak jumpa family kau dan Matteus ke? Kau masih sakit hati?" tanya Fiq.
"Ini bukan sakit hati, tapi aku rasa aku takkan diterima. Buat apa pula nak jumpa dia, dia kan dah kahwin dengan wanita yang dia sayang tu"
"Kau rasa bersalah lagi ke? Kalau dia tak kahwin dengan Carol lagi macam mana pula? Kau boleh balik Malaysia" tanya Fiq.
"Apasal semua soalan pelik ni? Aku tak tahu tapi aku perlukan masa. Aku balik nanti" ujar Marcella perlahan. Dia nak balik, dia nak jumpa mama, papa. Tapi, sekarangnya kekuatannya dibawa lari oleh masalah keluarganya.
"Ermm... aku tak paksa kau. Tapi kali kau masih ingat mereka. Baliklah. Aku rasa mereka pun rindu kau" ujar Fiq. Marcella diam. Tiada jawapan dari bibirnya. Fiq faham.
"Mar, kau buat keputusan sendiri dengan betul ya. Dia masih cari kau. Aku rasa kau dan dia memang patut bersama. Fikirkanlah ya Mar" ujar Fiq. Marcella tarik muka pelik.
"Dia? Siapa?"
"Kau fikirlah? Aku nak balik apartmen dululah. Ada masa aku call. See ya" ujar Fiq. Belum sempat Marcella berkata, Fiq dah matikan talian.
"Agaknya, orang bercinta memang pelik kot" kata Marcella. Dia? Siapa? Matteuskah?
"Merepek betullah kau ni. Dah jadi suami oranglah Mar" ujar Marcella perlahan. Dia kemudian terdiam. Ya! Suami orang. Dia dah bahagia pun. Kau?
Marcella mengeleng. Dia pernah berjanji tak akan ungkit perkara ni. Bawa diri ke Korea pun alasan untuk larikan diri. Dia akui dia rindu keluarganya. Tapi, dia masih tiada kekuatan.
Marcella mengeleng sebelum dia berjalan menuju ke rumahnya. Baik dia berusaha untuk teruskan hidupnya di dunia hiburan ini. Marcella tersenyum melihat salji turun.
"Kenapa hati kau sedingin salji ni Mar?" getus sesorang dari jauh. Dia mengeluh.
Share this novel