Tercebik-cebik bibir Qaisara melihat perempuan yang sedari tadi berkepit dengan suaminya. Suaminya itu pun satu! Nak jugak duduk di meja berdekatan dengan mejanya. Lebih senang faham, selang satu meja dengan mejanya. Sakit mata dia memandang adegan itu! Mahu sahaja dia bangun dan menarik rambut perempuan itu! Namun disabarkan jua hati.
Faz tergelak kecil melihat wajah sahabatnya tika ini.
"Sudahlah, Qai. Kalau cemburu, tak payah tengok dorang." Pujuk Faz, lembut.
"Banyaklah kau cemburu! Memang idoklerrr aku nak cemburu-cemburu ni. Dia bukan jealous tau, dia macam sakit hati, sakit mata je."
"Deyyy tak ke sama dua benda tu?" Faz menepuk dahi.
"Ahhh tak ada. Dua benda yang lain!"
"Okay fine. Drop this topic."
"Urmm..."
"Aku tak sangka pulak mamat Rayyan ni jugak yang jadi suami kau."
"Kan! Kalau kau pun tak sangka, ini pulak aku!"
"Hahahaha cakap pasal budak Rayyan ni kan, teringat aku masa hari yang kau balik rumah parents kau tu."
"Ha? Asal-asal? Kau ada jumpa dia dekat mana-mana ke?"
"Nope!"
"Then?"
"Hahahaha before tu, aku mintak maaf banyak-banyak dekat kau. First, sebab aku tak cerita awal-awal pasal ni dekat kau. Second, aku ada bagi alamat parents kau dekat dia."
"What?! Eh Faz! Kau biar betul?"
"Yep! Okay back to story, dia ada datang rumah sewa kita masa kau balik rumah parents kau. Dia cari kau time tu. So, aku cakaplah yang kau balik bla bla bla..." Faz menceritakan semua yang terjadi ketika itu.
"Haish...Patutlah aku terjumpa mamat tu dekat tasik berdekatan dengan rumah aku tu." Ujar Qaisara selepas Faz menghabiskan ceritanya.
Faz tergelak kecil. "Aku mintak maaf, sis. Aku bukan taknak cerita dari awal. Tapi dah lepas kau balik rumah parents kau hari tu, kau menangis macam orang hilang anak. Kata kena kahwin paksa apa semua tu. So aku simpan jelah cerita ni..."
"Tapi tak sangka pulak pusing-pusing, si Rayyan tu jugak yang jadi laki kau! What a small world..." Sambungnya lagi.
Qaisara mengangguk. What a small world! Penat-penat broken, eh tup-tup mamat tu jugak jadi laki kau! Choiii!
"So far, Rayyan layan kau okay tak?" Soal Faz sambil mengangkat kening.
"Asal kau tanya?" Soal Qaisara kembali.
"Tak adalah. Haritu kan, kau ada kata yang kau tolak lamaran dia. Kot-kot dia dendam dengan kau ke? Kih! Kih! Kih! Drama sangat!"
"I don't know lah perasaan dia sekarang. Actually aku dengan dia tak sempat pun nak borak panjang. Tak sempat lagi nak cakap pasal benda tu."
Mana nak sempatnya kalau majlis akad nikah pagi dan majlis bersanding tengah hari tadi. Tak menyempat nak borak. Masa dalam bilik tadi pun, dia jugak yang buat hal. Adehhh...
"Issokaylah. Nanti apa-apa update tau! Bolehlah aku masukkan kisah cinta korang dalam novel aku! Hahahaha..."
Qaisara mengeleng perlahan. Matanya mengerling ke arah si suami pula.
"Amboi! Tergedik-gedik minah ni! Aku sepak jugak kang!" Omel Qaisara, geram.
"Qai!"
Qaisara tersentak. Wajah Faz dikerling.
"Kenapa?"
"Eyyy...Aku cakap aku nak balik dah ni. Selamat pengantin baru, sahabat dunia akhirat aku ni. Jaga diri baik-baik. Jaga adab dengan suami kau tu."
Qaisara tersentuh mendengar ucapan dan nasihat Faz itu. Air mata sudah bergenang dikelopak mata.
"Aip! Jangan nangis, sis! Muka kau tengah bermake-up lagi tu. Karang comot kejap lagi." Tubuh Qaisara dipeluknya sesudah menghabiskan bicara.
"Aku simpan kata-kata kau, Faz. Aku sayang kau. Nanti sesekali kita lepaklah." Qaisara turut membalas pelukan Faz.
"Inshaa Allah, babe. Aku gerak dulu. Pape roger!"
Qaisara mengangguk. Sesudah Faz menghilang pada pandangan mata, dia terus mengerling ke arah si suami semula. Berkepit je dengan minah tu dari tadi! Entah siapa bini dia pun, tak tahulah!
Qaisara menjeling lelaki itu tatkala mata mereka bertembung lalu dia terus masuk ke dalam rumah. Sakit mata, sakit hati, semua ada!
Rayyan mengeluh panjang melihatkan si isteri sudah masuk ke dalam rumah. Terus dia bangun dari duduknya.
"Korang makanlah banyak-banyak. Aku nak solat maghrib lepas tu nak rest kejap."
Pekerja-pekerjanya semua mengangguk kecuali wanita disebelahnya, Zara. Wajah itu mula mencebik.
"Awalnya you naik." Suaranya dimanja-manjakan.
"Dia nak teman bini dia lah tu, cik kak oiii." Bidas Firas selamba. Dia memang dari dulu lagi tak sebulu dengan wanita itu. Suka menggedik dengan bos!
Rayyan tersenggih mendengar kata-kata Firas.
"Yep!" Balasnya sepatah lalu meninggalkan pekerja-pekerjanya itu.
Zara mendengus geram.
"Sudahlah, Zara. Awak tu ex je..." Tokok Yani, sengaja nak menyakitkan hati perempuan itu. Apabila matanya dan Firas bertembung, masing-masing tersengih jahat.
"Eyy diamlah!" Balas Zara lalu bangun dari berlalu dari itu. Sakit telinganya mendengar perlian bekas rakan sekerjanya itu!
Share this novel