BAB 7

Romance Series 5845

Qaisara mengerling jam di dashboard keretanya. Berat rasanya dia mahu mengayunkan langkah untuk masuk ke dalam rumah itu. Dengan penuh rasa berat hati dia masuk ke dalam rumah itu.

Encik Qairul ralit memerhati si anak yang sedang termangu di ruang tamu itu dari balik dedaun pintu biliknya.

'Betul ke keputusan yang aku buat untuk anak aku ni? Adakah ini keputusan yang terbaik untuk anakku? Adakah dia akan terima keputusan aku atau sebaliknya?' Langkah terus diayunkan menghampiri wanita itu.

Menungan Qaisara terganggu. Kepala naik mendongak memandang si ayah yang berdiri dihadapan. Tangan ayahnya ditarik supaya duduk disebelahnya. Tangan lelaki itu dikucup lembut.

Encik Qairul menggosok lembut kepala anak tunggalnya itu.

"Sara termenung apa tadi?" Soal lelaki tua itu perlahan. Dia memang membahasakan anaknya sebagai Sara sejak kecil lagi. Baginya, nama 'Sara' lebih sedap digunakan untuk seorang perempuan berbanding dengan nama 'Qai'.

"Mana ada Sara termenung tadi." Nafi Qaisara sambil mempamerkan riak selambanya.

Encik Qairul melakar senyum. Nak berdolak-dalih pula anak aku yang sorang ni.

"Mak mana, ayah?" Qaisara menukar topik perbualan.

"Mak kamu pergi ke rumah Makcik Zaiton dekat lorong 8 tu. Tolong rewang dekat sana." Jelas Encik Qairul.

"Rewang? Makcik Zaiton nak buat majlis ke?"

"Haah, katanya nak buat majlis kenduri kesyukuran untuk anak dia yang baru habis belajar dekat luar negara tu."

"Ouhhh..." Membulat mulut Qaisara.

"Sara." Panggil Encik Qairul perlahan.

"Ermm..." Sahutnya.

"Ayah ada benda penting nak cakap dengan Sara ni. Benda ni pun untuk masa depan Sara jugak." Encik Qairul sebaik mungkin menyusun ayat.

"Apa dia tu, ayah?" Debaran di dada kian memuncak.

"Ayah nak Sara kahwin dengan anak kawan ayah. Budak tu pun baik. Ayah dengan mak berkenan sangat dengan dia."

Qaisara tersentak. Dia sudah dapat menganggak perkara ini akan diutarakan pada harini ini. Kepala ditunduk. Satu hela dilepaskan. Tidak tahu jawapan apa yang patut dia beri kepada ayahnya.

"Sara, please. Ayah bukan apa, ayah cuma teringin sangat nak tengok anak ayah ni bahagia." pujuk Encik Qairul lembut.

"Tapi Sara still tak bersedia lagi, ayah."

"Bila lagi Sara nak bersedia? Umur Sara pun bukan kecil lagi. Dah dua puluh lima tahun dah."

Qaisara mengeluh panjang mendengar balasan ayahnya.

"Tapi ayah...Ayah yakin ke dia terbaik untuk Sara? Sara kenal ke dia?"

"Ayah yakin dia adalah yang terbaik untuk Sara. Ayah pun tak tahu sama ada Sara kenal atau tidak. Tapi dia anak kawan lama ayah."

"Oh, kalau ayah rasa itu yang terbaik untuk Sara, Sara okay je kot." Lambat-lambat dia menganggukkan juga kepalanya walaupun masih teragak-agak dengan keputusannya. Mungkin ini yang terbaik untuk kau, Qai. Gerutunya dalam hati.

"Sara setuju tapi Sara tak nak ambil tahu pasal dia semua tu sampailah hari akad nikah kami nanti." Sambung Qaisara lagi.

Lelaki tua itu akhirnya mampu tersenyum lega. Dia tahu anaknya mudah untuk dibawa berbincang. Tangannya diletakkan di atas kepala anaknya seraya digosok perlahan.

"Tapikan ayah..." Qaisara bersuara lirih.

"Tapi apa?"

"Lelaki tu boleh ke terima Sara sebagai isteri dia?" Qaisara mengendurkan suara.

"Insya-Allah Rayyan boleh terima Sara. Rayyan tu baik budaknya."

"Rayyan? Nama dia Rayyan ke?" Mata Qaisara membulat. No lah...Tak mungkin mamat tu! Mamat tu entah hilang ke mana dah! Hesyyy...

Pertanyaan Qaisara dijawab dengan anggukkan kepala.

"Apa nama betul dia, ayah? Umur dia berapa?" Soal Qaisara. Perasaan ingin tahu membuak-buak.

"Amboi kamu ni. Tadi bukan main tak nak ambil tahu pasal pengantin lelaki. Apa yang ayah ingat, umur dia dalam 28 tahun macam tu."

Jawapan Encik Qairul membuatkan Qaisara teringatkan seseorang. Lelaki yang selalu bermain di fikirannya walaupun mereka berdua baru berjumpa sekali. Qaisara mengeluh lagi.

'Bukan dia kot...Umur dia pun aku tak tahu. Lagipun bukan dia sorang je nama Rayyan dalam dunia ni. Lupakan jelah! Nak kahwin dah pun!'

Encik Qairul mengerutkan dahi. Pelik dengan sikap anaknya. Sikit-sikit termenung.

"Sara dah ada calon lain ke?" Soalnya, ingin tahu.

Qaisara mengelengkan kepala perlahan.

"Hmm, ayah. Sara nak pergi tasik kejap ye."

"Pergilah, hati-hati."

"Baik,ayah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience