Nampak sahaja sahabat baiknya itu di ruang tamu, Qaisara terus memeluk erat. Kepala dijatuhkan di atas bahu wanita itu. Dia nangis semahu-mahunya di bahu itu.
"Weyh kau kenapa ni Qai?" Terkejut Faz apabila Qaisara tiba-tiba datang memeluknya. Tangannya naik mengusap lembut bahu wanita itu. Bergetar tubuhnya apabila Qaisar menangis teresak-esak di bahunya.
"Siapa buat kau ni, Qai? Meh sini bagitahu aku!" Faz sudah memegang kejap kedua-dua belah bahu sahabatnya itu. Mata wanita itu direnung, cuba mencari jawapan.
"Aku kena kahwin paksa, Faz. Aku tak nak, Faz." Adu Qaisara lalu menyembamkan semula wajahnya pada bahu itu. Sudah lencun baju Faz dibuatnya.
"Ha?! Kahwin paksa? Gila ke apa?"
Qaisara hanya mengangguk di balik bahu sahabatnya itu. Tangisannya masih tidak henti-henti.
Faz menghela panjang sebelum bersuara.
"Anggap jelah mamat tu jodoh kau, Qai. Aku tahu yang parents kau nak yang terbaik untuk kau."
Qaisara diam. Hanya telinga yang fokus mendengar tutur bicara sahabatnya itu.
"Dan mungkin mamat tu jugak lelaki yang terbaik untuk kau. Lelaki yang boleh bimbing kau ke arah kebaikan. Daripada kau jumpa lelaki yang bukan-bukan, lepas tu dikecewakan dikemudian hari?" Sambung wanita itu lagi.
Dia mengeluh berat. Ada betulnya juga apa yang dikatakan Faz itu.
"Hm Faz..." Panggilnya meleret.
"Iya, babe."
"Aku reject lamaran Rayyan semalam. Aku tak tahu macam mana aku boleh jumpa mamat tu..."
Faz yang menyedut air kotak itu tersedak kecil. Rayyan propose Qai? Ya Allah apa ni?!
"Kau kata apa dekat dia, Qai?"
"Aku cakap aku nak nikah bulan depan. Pastu aku terus blah macam tu je."
Terus Faz menepuk dahi. So sekarang dalam kes ni, salah aku ke salah Qai? Ke salah Rayyan? Erghhhh...
"Erm aku tak tahu nak kata apa lagi, Qai. Kau pergilah bersihkan diri dulu, lepas tu rehat."
Share this novel