Peluh yang merenik di dahi dilap dengan menggunakan hujung lengan baju. Sesekali keluh dilepaskan. Satu bas pun tak lalu disitu. Teksi pun tidak kelihatan sedari tadi. Memandangkan keretanya telah masuk bengkel semalam, terpaksalah dia menunggu bas untuk pulang ke rumah.
Qaisara menoleh ke arah Faz disebelah. Ya Allah, minah ni! Tak habis-habis dengan novel dia tu. Desisnya dalam hati. Pandangan dibuang semula ke jalan raya sambil mengetap bibir. Sedang asyik menanti bas disitu, matanya dapat menangkap sebuah kereta Nissan putih yang diberhentikan betul-betul dihadapan bus stop itu.
"Kereta siapa pulak ni? Macam tiberrr je berhenti depan ni." Ujar Qaisara, selamba.
Faz mengangkat wajah memandang kereta yang dikatakan oleh Qaisara itu tadi.
"Entahlah, nyah. Ignore jelah." Balas Faz seraya menyimpan novel ke dalam perut beg tangannya.
Di dalam kereta itu, Rayyan memincingkan mata untuk memastikan itu adalah wanita yang sama yang dia temui di kafe tadi. Matanya tidak salah lagi. Benarlah itu wanita yang dijumpainya tadi.
"Adakah ini dinamakan jodoh?" Dia tersenyum sampai ke telinga. Cermin kereta diturunkan. Suara dibetulkan sebelum dia menegur.
"Hai! Cik nak pergi mana ni?"
Tersentak Qaisara melihat lelaki itu. 'Ini bukan ke mamat yang aku jumpa dalam kafe tadi?'
"Encik tanya kitaorang ke?" Soalnya sambil mata memandang kiri dan kanan. Tak ada orang pun!
"Tak adalah, saya tengah tanya dengan bus stop ni..." Gurau pemuda itu lalu tertawa kecil. Tu pun nak tanya lagi ke? Apa daaaa?!
Qaisara langsung mengetap bibir mendengarkan jawapan lelaki itu.
'Loyar buruk boleh tahan jugak mamat ni!' Persisnya dalam hati. Pandangan dibuang jauh ke arah lain. Malas nak layan lelaki yang tidak dikenali itu.
Faz yang berada disebelah sedikit pelik tengok mereka berdua. Nak kata dorang kenal antara satu sama lain. Rasanya tidak! Tapi tengok cara diaorang ni, macam ada 'something' pulak! Apa ni?
Rayyan mengeluh panjang apabila wanita itu tidak mempedulikan dirinya. Pintu kereta dibuka dan langsung dia bergerak menghampiri mereka.
"Cik nak pergi mana ni?" Kali ini Rayyan sudah terpacak dihadapan mereka. Mata lelakinya dari tadi tidak lepas memandang wajah Qaisara. Sungguh dia tertarik melihat wajah itu.
Qaisara masih melontarkan pandangan ke tempat lain walaupun pertanyaan itu ditujukan kepada mereka. Firasatnya kuat menyatakan yang lelaki itu sedang memerhatikan dirinya.
"Sebenarnya kitaorang nak balik rumah, tapi satu bas pun tak lalu dekat sini." Faz laju menjawab apabila dirasakan sahabat disebelahnya seolah-olah tak mahu membuka bicara. Mimik mukanya jangan cakaplah! Muka 'acah-acah' sedih dipamerkan.
"Adeh, kalau macam tu sampai kesudahlah cik berdua tak balik rumah. Bas dekat sini lalu sampai pukul 7 petang je, sekarang dah pukul 8.30 malam. Mana nak ada basnya..."
"Seriuslah, encik? Alamak macam mana pulaklah aku nak balik rumah ni..." Kali ini Qaisara pula bersuara. Suaranya mula cemas.
Faz tergelak kecil melihat wanita itu sudah mundar-mandir disitu. 'Dah start dah perangai gelabah beruk dia tu!' Getus Faz. Faz dah masak sangat dengan perangai sahabatnya yang satu itu. Qai dan gelabah berpisah tiada!
Rayyan menyimpan tawa melihat wanita itu. Comel!
"Cik berdua ni duduk dekat mana? Kalau tak keberatan, bolehlah cik berdua naik kereta saya. Biar saya yang tolong hantarkan cik berdua ke rumah." Pelawa Rayyan, selamba. Sejujurnya hatinya mahu mengenali wanita ini. Inikah yang dinamakan cinta padang pertama? Ergh...fokus Rayyan!
Qaisara automatik berhenti betul-betul dihadapan pemuda itu apabila mendengar pelawaan itu. Baiknya hati lelaki ni. Wajah itu ditilik lalu dia tersenyum kecil. Hensem bebenor!
Rayyan mengetap bibir, cuba menahan senyum yang mahu mekar itu. Kenapalah dia tenung muka aku ni pastu tersenyum macam tu sekali? Dia pun terpikat jugak ke tengok muka tampan aku ni? Aisehhh puji diri sendiri dulu!
"Betul ke ni, encik? Boleh ke?" Soal Qaisara dengan riak wajah yang ceria. Sedikit berasa lega hatinya setelah mendengar pelawaan itu.
"Eh betullah, cik. Semestinya boleh. Dah, jom gerak!" Senyum manis dihadiahkan buat dua wanita dihadapan itu.
Qaisara mendiamkan diri buat seketika. Dalam rasa leganya, terselit satu perasaan. Yes! Perasaan risau! Entah mamat ni siapa pun dia tak tahu, tiba-tiba datang nak tolong hantar ke rumah. Helokkk kejap lagi kena jual je dekkk! Eh, takut betul!
"Erm...wait-wait!" Qaisara bersuara tiba-tiba.
Rayyan dan Faz memandang Qaisara serentak. Faz sudah menarikan keningnya. Kenapa pulak dah member aku yang sorang ni?!
"Saya ada kegusaran sedikit. Sebenarnya encik ada niat lain ke?" Soal Qaisara, terus-terang.
Faz mengangguk kepala. Setuju dengan soalan itu. Dia turut kembali merapati sahabatnya itu. Karang dia sorang je kena culik! Hahahahaha overthinking betul aku ni!
"Niat lain? Maksud cik?" Berkerut-kerut dahi Rayyan dengan soalan yang diajukan wanita itu.
"Yelah, saya saja jelah tanya. Orang zaman sekarang bukan boleh percaya sangat pun. Kot-kot encik ada niat nak jual kita orang ke." Balas Qaisara tanpa memandang wajah lelaki itu. Takut sebenarnya! Kih! Kih!
Rayyan melongo mendengar balasan itu. 'Erm macam tak kena je soalan dia ni. Muka aku ni, ada macam muka jual orang ke? Muka sikit punya hensem ni, dia kata jual orang?' Adeh...
"Okay macam ni jelah, kalau cik berdua takut saya jual cik, tak apalah. Kalau saya ada niat nak jual cik, dari tadi lagi saya paksa naik kereta saya tau. Tak apalah, saya balik dulu."
"By the way, saya nak pesan sikit, hati-hatilah bermalam dekat sini sebab dekat sini tempat dia keras sikit. Tu yang tak banyak kenderaan lalu dekat sini." Sambungnya lagi. Dia masuk ke dalam perut kereta sesudah menuturkan kata-kata. Sengaja dia menakutkan kedua-dua wanita itu. Siapa suruh cakap muka aku macam muka jual orang!
Zuppp! Terus meliar rasa seram sejuk apabila mendengarkan lelaki itu berkata sedemikian rupa. Mak nak balikkkk!!!
Qaisara dan Faz berpandangan sesama sendiri. Kemudian Faz membuat isyarat mata kepada Qaisara supaya meminta maaf kepada lelaki itu. Tak nak dia bermalam dekat situ! Takutttt!
Keluh dilepaskan sebelum dia mengetuk cermin kereta di bahagian pemandu itu bertalu-talu. Cermin kereta itu diturunkan, terpancul muka pemuda itu bersama dengan mimik rajuknya. Ecececeh! Aku lempang kang mamat ni!
"Encik, saya nak minta maaf pasal tadi. Saya bukan apa, saya just nak berjaga-jaga je. Sorry ye." Ampunnya sambil mengerdipkan mata beberapa kali. 'Acah-acah' comel dihadapan lelaki itu! Berharap lelaki itu akan 'cair' dengan muka comelnya. Uhuks!
Pemuda itu hanya menganggukkan kepala. Langsung tidak memandang wajahnya.
"Encik marah lagi ke ni?"
"Nope!"
"Eleh! Kalau marah cakap jelah..." Suaranya sengaja dikendurkan.
Rayyan mengerling wanita itu sekilas. Amboi! Aku merajuk, dia pun nak merajuk jugak?!
"Tak adalah, saya tak marah pun. Ni awak berdua nak naik saya ke tak ni?"
Tak sampai 0.5 saat pun soalan diutarakan, Qaisara dan Faz sudah mengangguk. Rayyan tersengih.
"Ha, naiklah cepat. Lambat saya tinggal!"
Laju sahaja mereka berdua masuk ke dalam perut kereta itu. Qaisara mengambil tempat duduk disebelah pemandu manakala Faz pula duduk di tempat duduk belakang.
Share this novel