'Cause today
You walked out of my life
'Cause today
Your words felt like a knife
I'm not living this life
Rayyan duduk termenung di mejanya. Sejak lamarannya ditolak semalam, dia langsung tidak keluar dari biliknya. Perutnya yang berkeroncong jugak tidak dipedulikan. Sungguh dia tiada mood untuk membuat apa-apa perkara. Kafenya juga dia tak berkunjung. Cuma mengharapkan adiknya, Rayna untuk tengok-tengokkan kafe itu.
Lagu Like a knife by Secondhand Serenade yang dimainkan di Iphonenya itu dimatikan. Bertambah broken pulak dengar lagu tu!
Klak!
Terus dia berpaling memandang gerangan yang membuka pintu bilik itu. Wajah si adik dipandang tiada riak. Semalam, selepas si Rayna menghubunginya dan menyampaikan pesanan mamanya, dia terus datang ke sini selepas berjumpa dengan pujaan hatinya itu. No! 'Bekas' pujaan hati.
"Abang okay?" Soal Rayna sesudah menghempas punggung di atas sofa dibilik itu.
Rayyan mengangguk lemah.
"Ye ke ni? You looks so teribble right now!"
"Nah..." Kepala digeleng perlahan. "I'm okay." Nafinya lagi.
Rayna mengeluh panjang. Dia tahu yang abangnya itu sedang menafikan.
"Dia reject abang ke?" Soal Rayna lagi. Dia sudah sedia maklum yang abangnya itu pergi ke rumah wanita itu semalam.
Rayyan mengerling wajah adiknya lalu menunduk semula. Perlahan-lahan kepala diangguk kecil.
"Abang buat apa je dekat dia sampai kena reject ni?"
"Haih aku tak buat apa-apalah, dik. Dia kata erm..."
"Dia kata apa?"
"Dia kata dia nikah bulan depan."
"Whatttt?!!" Terjerit kecil Rayna mendengarnya.
Rayyan hanya mengangguk.
"Jap, abang kata dia single. Asal tup-tup dia nak kahwin ni?" Soal Rayna dengan nada tak puas hatinya itu.
"Manalah aku tahu!"
"Entah-entah tu alasan untuk dia reject abang je? Who knows?"
"Erm entahlah dik. Aku nekad taknak kejar dia lagi. Orang dah tak suka kan? Nak buat macam mana kan? Lagipun dia dah nak kahwin dah pun. Just gimme some space and masa untuk move on dari dia."
Rayna menghampiri si abang. Bahu lelaki diusap lembut. "Dahlah abang. Tak payah fikir dah pasal benda-benda ni. Dah jom makan dekat bawah. Mama kata ada benda nak bincang sekali."
Rayyan mengangguk.
##########
Fikirannya bercelaru memikirkan hal tadi. Permintaan ibu bapanya sangat besar. Sejujurnya dia masih tak bersedia memikul tanggungjawab sebesar ini dalam masa secepat ini. Malah perlu disatukan dengan orang yang tidak dikenali dan dicintainya.
Wajah disembamkan di atas meja. Penat memikirkan cara untuk menolak permintaan ibu bapanya. Teringat kata-kata mama dan papanya ketika mereka sedang di meja makan tadi.
"Rayyan kena kahwin juga dengan dia. Mama jamin yang dia boleh jadi isteri yang terbaik untuk Rayyan."
"Tapi kenapa tiba-tiba ni? Rayyan tak bersedia nak jadi suami orang."
"It's not about tiba-tiba, Rayyan. Actually papa dengan mama dah lama bincang pasal benda ni. Umur Rayyan pun bukan muda lagi. Nak dekat masuk 30-an dah. Teman wanita pun tak ada. Apa salahnya mama kenalkan Rayyan dengan anak kawan papa kamu tu." Pintas Datin Rozy lalu meletakkan sudu dan garfunya di atas pinggan itu semula.
"Tapi ma..."
"No tapi-tapi dah! Belah perempuan pun dah setuju."
"Then, how about me? My feelings?"
"Cinta boleh dipupuk selepas kahwin, Rayyan. Kami minta maaf sebab paksa Rayyan. Tapi papa dan mama rasa ini yang terbaik untuk Rayyan." Tambah Dato' Qaiser Razin pula.
Cinta? Hatinya masih tidak mampu menerima cinta daripada sesiapa pun selain Qaisara. Namun apabila teringatkan wanita itu menolak lamarannya bulat-bulat, hatinya menjadi sakit. Perlukah dia memberi peluang buat wanita yang bakal menjadi isterinya?
"Okay fine. Rayyan setuju! Bila nak langsung?" Lambat-lambat Rayyan membalas bersama nada malasnya. Nak melawan pun tak guna. Dia percayakan pilihan mamanya. Semoga akan ada bahagia buatnya apabila dia membuat keputusan untuk menerima wanita itu.
"Okay good! Ni baru anak mama! Bulan depan kita langsung."
Rayyan terkejut mendengar balasan itu. Rayna disebelahnya turut tergamam.
"Mama! Apa ni? Cepatnya!"
"Lagi cepat, lagi bagus."
"Tapi mama..." Belum sempat Rayna mahu 'backup' abangnya, Rayyan sudah menjawab.
"Ikut mama lah. Rayyan nak keluar kejap."
"Pergi mana tu? Jangan nak lari dari rumah pulak!"
"Haish mama ni! Tak ada kerjalah nak main lari-lari rumah. Paling-paling pun Rayyan balik rumah Rayyan je. Ni Rayyan nak pergi cari angin luar jap."
"Yelah-yelah! Hati-hati dekat luar sana! Awak tu bakal pengantin."
"Baik ma."
Terus tersedar dirinya apabila pintu biliknya diketuk.
"Rayyan, bukak pintu ni."
"Kenapa papa?" Soal Rayyan selepas membuka pintu itu.
"Rayyan okay?"
"Kenapa papa tanya? Rayyan okay je."
"Tak adalah. Papa cuma risau dengan kamu ni. Sejak-sejak tahu nak kahwin ni, asyik senyap je."
Rayyan tersenyum. Kepalanya digeleng perlahan sebelum menjawab.
"Rayyan okay jelah pa. Cuma tengah risaukan siapa yang bakal jadi pasangan Rayyan nanti. Rayyan pun tak kenal dia. Dia pun entah-entah tak kenal Rayyan juga."
"Don't worry okey. Budak tu comel je papa tengok. Ada hidung, ada mata, ada mulut. So Rayyan tak payah risaulah pasal bakal isteri Rayyan tu tu."
"Eyyyy papa ni kan! Main-mainlah! Tapi cantik ke dia, pa? Baik ke dia, pa?"
Dato' Razin hanya mengangguk dengan soalan anak lelakinya itu.
Anggukan papanya membuatkan Rayyan mengeluh.
"Papa ada gambar dia ke?"
"Ada! Tapi Rayyan tak boleh tengok! Tunggu sampai majlis Rayyan nanti."
"Baik pa..."
"Papa keluar dululah. Kamu tu jangan fikir sangat. Buat rileks je okey."
Rayyan mengangguk. Hela panjang dilepaskan.
Share this novel