Beberapa kali Rayyan cuba melelapkan matanya namun tetap sahaja wajah wanita yang bernama Qaisara itu menari-nari di minda. Sudah masuk dua minggu dia tak berjumpa dengan wanita itu. Walaupun mereka berdua baru berjumpa buat pertama kali tapi sudah dapat dia nyatakan bahawa dia telah jatuh sayang pada wanita itu. Love at first sight katakan...
Telefon canggih yang terletak diatas meja disebelah katil dicapai. Contact number dibuka. Terpampang nama Qaisara bersama emotikon 'love' dihujung nama itu. Kepala digeleng perlahan. Tak lain, tak bukan. Ni mesti kerja sahabat wanita itu, Faz. Rayyan tersenyum sendiri.
Nak WhatsApp ke tak eh? Tapi nanti apa pulak kata dia. Rayyan melepaskan keluh kecil. Sejujurnya dia telah merindukan wajah itu. Lagu di Iphonenya dimainkan.
Jujur saja ku tak mampu
Hilangkan wajahmu dihatiku
Meski malam mengganggu
Hilangkan senyummu dimataku
Ku sadari aku cinta padamu
Lagu itu dinyanyi kecil. Sangat kena dengan situasinya tika ini. Keluh dilepaskan lagi.
Tok! Tok!
Rayyan bingkas bangun seraya membuka pintu bilik. Tersembul wajah adiknya, Rayna. Kening diangkat tinggi.
"Ha, nak apa ni?"
"Nothing! Saja nak kacau abang!" Balas Rayna lalu masuk ke dalam bilik abangnya dengan selamba badak. Punggung dilabuhkan diatas katil empuk itu.
"Ceh! Tak boleh tengok aku senang langsung ek!"
"Of course!"
Rayyan terus mencebik mendengar balasan itu.
"Abang okay?" Soal Rayna, prihatin.
"Aku okay je. Kenapa, dik?"
"Tak adalah. Adik tengok abang lately ni macam asyik bersendirian je. Abang tengah broken eh?"
"Banyaklah kau! Girlpren pun tak ada! Nak broken apanya dik oiii..."
"Oh kalau macam tu, mesti abang tengah dilamun cinta kan!" Usik Rayna lagi. Wajah si abang yang mula kemerahan membuatkan dia tergelak kecil. Kantoi kau, bang!
"Eyyy kau ni kan dik! Aku lepuk kang!"
"Eleleleleh betulkan bang? Kalau tak, tak adanya abang nak pasang lagu jiwang-jiwang bunga macam ni." Ujarnya apabila terdengarkan lagu Cinta Terbaik yang sudah sampai ke penghujung.
Rayyan mengeluh panjang. Tekaan adiknya benar belaka. Tak mampu lagi dia menafikan.
"Siapa dia, bang? Adik kenal ke?"
"I don't think yang adik kenal si 'dia' tu. Actually, I don't know about her very well but yeah, she's different."
"Huh? Different? An angel? Hahahaha!"
"Eh kau ni kan, dik! Sudahlah! Tadi macam nak dengar sangat luahan hati aku ni. Tup-tup duk bahan aku pulak." Bibirnya sudah terjuih ke depan. Rasa menyesal pulak meluah dekat si adik. Tetapi, siapa lagi yang dia boleh luah, kan? Dia hanya ada seorang adik je dalam dunia ni. Nasib kaulah Rayyan, dapat adik macam ni!
"Hahaha sorry-sorry. My bad! Okay serius, abang kenal dia dekat mana?"
"Erm dekat kafe aku. No! Masa dekat kafe tu kita orang tak borak pun. Just eye contact, something like that. But time nak balik rumah, aku ternampak dia dengan kawan dia dekat bus stop." Rayyan memberhentikan bicara. Wajah gadis itu dikerling. Sengaja nak pastikan yang si adik tu fokus atau tidak dengan ceritanya itu.
"Then?" Soal gadis itu, ingin tahu. Suka pula mendengar cerita si abang. Cerita dia 'ala-ala' drama pukul tujuh gitewww!
"Then aku berhentilah and pelawa dorang tumpang aku since bas dah tak lalu lagi dekat kawasan situ."
Rayna mengangguk fokus.
"So, abang boraklah dengan dia dalam kereta tu?"
"Nope! Dia tidur!"
"Hahahahahahaha! Okay ni lawak! Sorry bang..." Tergelak besar Rayna mendengar cerita abangnya itu. Plot twist betul! Punyalah aku ingat abang dapat berborak dengan 'that girl' ataupun 'kot-kot' ada adegan bersemut dalam kereta ke. Rupa-rupanya hampeh! Adoilah!
"Haaa...Gelak! Gelak! Memang aku nak dengar kau gelak pun, dik oi..." Sekali lagi Rayyan menjuih bibir. Kalau bercakap dengan minah ni, memang kena banyak bersabar sikit.
"Hahahaha sorry! But gila selamba crush abang tu tidur dalam kereta orang yang dia baru pertama kali jumpa!"
"Urmm..." Rayyan mengangguk setuju.
"So? Did you make any move, brother?"
"Nope, not yet."
"Erghhh why? Karang dia kena caras dengan orang lain, baru padan dengan muka abang!"
"Eyyy kau ni, dik. Doalah yang baik-baik untuk aku dengan dia."
"No lah, adik cakap betullah. Kalau doa je tapi tak ada usaha langsung. Tak ke mana jugak kan? Tak gitewww, brother?"
"Yelah...So kau nak aku buat apa ni, dik? Aku bukan tahu sangat pun bab cintan-cintun ni."
"Pergilah ngorat dia! Alamat rumah dia, abang dah tahu kan?"
Rayyan mengangguk perlahan.
"Tapi sebelum tu, abang memang confirm ke yang dia tu single? Bukan isteri atau tunang orang?"
"Yep very-very confirm! Kawan baik dia sendiri yang bagitahu abang haritu. But..." Fuh confident terlajak! Buatnya member minah tu 'kencing' kau, tak pasal-pasal je.
"But?"
"Kawan dia cakap yang dia tu dah serik sikit dengan cinta-cinta ni. So kawan dia cakap, kalau suka terus ajak kahwin. Hahahahaha! Literally, itu pun prinsip aku jugak! Penatlah nak couple lepas tu putus, lepas tu ulang sampai ke tua."
Rayna mengangguk setuju.
"So bila nak 'make a move'? Tunggu dia ada someone else?"
"Nantilah aku fikir cara. Tengah tunggu masa yang sesuai."
"Yelah, bang. Good luck! Apa-apa roger adik okies!" Bahu abangnya ditepuk perlahan. Memberikan sedikit semangat buat lelaki itu.
###########
Sementara itu, sekejap-sekejap Qaisara mengeluh panjang. Wajah Rayyan sudah beberapa kali diusir pergi namun wajah itu juga yang berada dalam fikiran.
Faz yang sedang membuat kerja pejabat itu mengerutkan dahi apabila mendengarkan keluhan daripada Qaisara. Masuk kali ini, entah kali ke berapa dia mendengar wanita itu mengeluh.
"Kau ada masalah ke, Qai?" Soalnya, sedikit prihatin.
Dia hanya menggelengkan kepala lalu mengeluh lagi.
"Tengok tu! Dari tadi kau mengeluh je. Kau ada masalah ke? Kalau ada masalah, ceritalah dekat aku. Kot-kot aku boleh tolong kau." Faz bangun dan merapati wanita itu.
"Mamat tu..." Qaisara memulakan perbicaraannya.
"Mamat mana pulak ni? Kau ada sangkut dengan mana-mana lelaki ke? Ke ada mamat yang kacau kau ni?" Faz mengerutkan dahi. Jarang sekali sahabatnya itu membuka cerita tentang lelaki. Kali terakhir dia membuka cerita pasal lelaki adalah semasa dia tengah hangat bercinta dengan Fahmi. Selepas dia putus dengan Fahmi, tidak ada lagi cerita tentang mana-mana lelaki yang diborakkan. Serik mungkin...
"Mamat hari tu..."
"Mamat hari tu? Siapa?"
"Hmmm, Rayyan." Balas Qaisara dengan nada perlahan.
"Rayyan? Asal wei? Kenapa dengan dia? Kau ada jumpa dia lagi ke?"
"Tak." Balasnya sepatah.
"Ke kau dah tangkap cintan dengan mamat tu? Muka mamat tu pun boleh tahan jugak plus sado dia pun lebih kurang je dengan si pelakon Fattah Amin tu." Faz mula membuka al-kisah tentang artis popular tanah air itu pula.
Qaisara menggumam bibir. Wajahnya berona kemerahan. Malu apabila Faz sudah dapat mengagak masalahnya itu.
"Apa hal pulak kau nak blushing-blushing ni? Betul ke? Kau dah jatuh cinta dengan dia ke?" Macam machine gun mulut Faz berkata-kata.
"Aku tak tahulah apa masalah aku sekarang. Aku asyik teringatkan mamat tu je sekarang ni. Dekat pejabat pun, aku tak boleh fokus nak buat kerja. Dia macam dah kuasai fikiran aku. Kusut kepala otak aku ni tau tak..." Luah Qaisara dengan penuh emosi.
"Kau dah jatuh cinta dengan dia eh. Fuyoo, love at first sight lah mak cik ni..." Usik Faz lalu menguntum senyum.
Qaisara mendengus geram. Tangannya laju mencampakkan bantal yang berada di atas riba tepat mengenai muka Faz. Terbahak-bahak dia mengetawakan Faz disebelah.
"Siapa suruh suka sangat usik orang. Kan dah dapat habuannya."
"Betul lah aku cakap. Tang mana yang salah? Takkanlah kau love at second sight kot..." Bidas Faz sambil membuat mimik muka. Masih dengan rajuknya.
"Hmm yelah-yelah. Sorry..."
Faz mengukir senyum. Tahu pun nak mintak maaf!
"Weyh, aku ada lagi satu masalah..." Beritahu Qaisara sambil mengeluh panjang. Kali ini masalahnya lagi berat dari masalah tadi.
"Apa pulak masalah kau kali ni?" Faz mengerutkan dahinya, melahirkan beberapa lapis garisan di wajah itu.
"Ayah aku suruh aku balik rumah dia esok."
"Then? Apa masalahnya? Suruh balik rumah je kan?"
"Memanglah suruh balik rumah je tapi ayah aku cakap ada benda penting yang dia nak bagitahu aku." Qaisara mengeluh lagi. Dia seperti sudah dapat mengagak perkara apa yang dikatakan penting oleh ayahnya itu. Namun dia berharap bukan perkara itu yang akan diutarakan esok hari. Sungguh dia tidak bersedia untuk perkara itu.
"Pergilah balik. Kot-kot ada berita gembira yang ayah kau nak bagitahu." Faz menepuk bahu sahabatnya lembut.
Qaisara melepaskan keluhan berat seraya mengangguk.
Share this novel