BAB 18

Romance Series 5855

“Assalammualaikum, isteriku." Tutur Rayyan selepas menutup pintu bilik. Isterinya yang sedang bermain dengan Iphonenya di atas katil itu dihampiri.

"Waalaikummussalam..." Balas Qaisara, perlahan. Mata masih melekat pada telefon itu. Sengaja nak acah merajuk dengan lelaki itu! Siapa suruh tinggalkan dia lepastu keluar pagi balik malam!

Rayyan tersengih melihat kebisuan si isteri. Punggung dilabuhkan disebelah si isteri.

Chup!

Qaisara terus berpaling apabila lelaki itu menghadiahkan satu ciuman pada pipi kanannya. Mukanya bertukar rona.

"Ish! Sanalah, awak. Saya taknak kawan awak!"

"Alolololo kenapa ni...Dan lagi satu, kenapa ber'awak-awak' ni? Sayang ingat abang ni 'member-member' sayang ke?" Bibirnya memuncung.

"Erm! Dah lah, bye!" Qaisara terus keluar dari bilik itu. Bilik si adik ipar, Rayna dituju. Ceyh...dah jadi kawan kan!

Rayyan menggeleng perlahan. Tuala bersih yang tersangkut dalam almari diambil sebelum dia menghilang ke dalam bilik air. Mahu membersihkan diri terlebih dahulu sebelum menjalankan misi memujuk si isteri.

####################

Cause I-I-I'm in the stars tonight

So watch me bring the fire and set the night alight (hey)

Shining through the city with a little funk and soul

So I'ma light it up like dynamite, whoa oh oh

Rayna yang sedang galak 'membuat konsert' di dalam biliknya itu terkejut apabila pintu bilik dibuka dari luar.

"Eh akak! Meh masuk..." Dia terus menarik lengan Qaisara. Pintu bilik ditutup kembali.

"Akak ganggu ke?" Soal Qaisara perlahan. Takut-takut juga kalau kehadiran dia di dalam bilik itu akan membuatkan adik iparnya tak selesa.

"Eh, of course tak! Adik pun tengah bosan ni. Alang-alang akak dah masuk ni, bolehlah kita sembang-sembang! Hehe!"

Tersenyum lebar Qaisara mendengar balasan Rayna. Dia berdeham kecil sebelum melontarkan soalan.

"Waaa adik pun layan group k-pop ni jugak ke?!" Soal Qaisara penuh keterujaan. Sejujurnya, dia pun sukakan lagu-lagu korean pop ini. Namun, tak adalah sampai tahap fanatik terhadap idola k-pop itu. Hanya dengar lagu-lagu mereka dan kadang-kadang mengambil tahu perkembangan semasa tentang mereka. Itu sahaja!

"Akak pun layan jugak ke?" Soal Rayna kembali dengan nada keterujaan yang sama.

"Yep!"

"Waaa sukalah akak ni! Sekepala betul dengan adik!"

"Hahahahaha! By the way, adik minat group apa?"

"Ermm..." Rayna berfikir sejenak. Al-maklumlah, multi-fandom katakan. "Ha! Adik more to group macam Bts, Exo, Super Junior, Ikon, haa senang cerita, boy group yang famous-famous tu semua adik layan."

Qaisara mengangguk laju. Terkeluar muka-muka ahli kumpulan yang disebutkan adik iparnya itu tadi di dalam kepala otak. Ehekss... Amboi! Pasal benda-benda lagha ni boleh pulak ingat! Cuba kalau tanya pasal benda-benda yang berilmiah, konfem blur sampai ke esok pagi. Adehhh...

"Akak pulak minat group apa? Kot-kot adik boleh minat jugak!" Soal Rayna ingin tahu.

"Erm akak eh... Kalau akak, akak minat satu group ni je. Group ni kinda underrated tau. Nama group tu 'Verivery'. Akak pun tak tahulah macam mana boleh sangkut dengan group tu je. Hahahaha!"

"Verivery? Adik macam pernah dengar tau, tapi tak sure dekat mana."

"Music show ke?"

"Ha betul-betul! Tak silap adik, ada maknae dia yang jadi MC untuk music show tu kan? Adik tak ingat show apa..."

"Show champion!" Pantas Qaisara menjawab. Dia kalau dah bukak al-kisah kumpulan kegemarannya itu, memang terujalah dia! Hahahahaha...

"Haaa betul-betul! Maknae dia comel sangat. Tapi itulah, adik tak pernah lagi dengar lagu dia orang. Cuba akak suggestkan satu lagu..."

"Ermmm jap eh..." Qaisara mula memainkan satu persatu lagu kumpulan kegemarannya itu di dalam kotak fikiran. "Ha...cuba adik dengar lagu Undercover!"

"Undercover eh...Jap adik search." Tangan Rayna laju menekan papan kekunci pada laptop itu. Setelah jumpa lagu itu, dia terus memainkannya.

Hi, hola, hola, we will take on (we be on)

High, hola, hola, you're my metaphor (camera is on)

Qaisara mula menyanyi kecil bahagian korus itu. Lagu favourite kot! Opkoslah tak behave!

"Waaaa bestlah kak lagu ni! Group members dia pun hensem sangat!" Jerit Rayna sebaik sahaja video muzik itu sampai ke penghujungnya.

"Kan! Hensem sangat-sangat. Akak minat dekat yang ni." Qaisara menunding jarinya pada salah seorang daripada ahli kumpulan k-popnya itu.

"Hensem!"

"Kan!!!" Qaisara pula terjerit kecil. Excited naw sis ni!

Klak!

Pintu bilik dikuak dari luar, Rayna dan Qaisara terus menoleh. Wajah cemberut Rayyan terpancul di muka pintu. Qaisara menyimpan tawa sementelah melihat wajah si suami. Dia ada dengar ke yang aku jerit-jerit tadi? Desisnya dalam hati.

"Amboi! Siapa yang hensem sangat-sangat tu?" Soal Rayyan dengan nada cemburu.

'Okay, dia dengar! I'm dead!' Persisnya lagi. Wajah terus dikalih memandang Rayna. Cuba tidak memandang wajah si suami. Hahahaha! Run bestie!

"Sibuk je abang ni! Of courselah 'pakwe-pakwe' kita kan, kak!" Ujar Rayna selamba. Sengaja mahu menyakitkan hati abangnya. 'Pakwe-pakwe' yang dikatakan itu tadi merujuk kepada k-pop idol yang sedang mereka saksikan itu.

Qaisara laju mengangguk. Wajah si suami disebelah langsung tidak dipandang.

"Eyyy adik! Kau ajar akak kau ni tengok mamat-mamat korea tu eh?" Wajah si abang sudah seperti mahu makan si adik. Aisehhh...

"Eh tak adalah. Saya yang suruh adik bukak tadi. Saja nak tengok 'laki-laki' saya." Potong Qaisara dengan muka selamba badak.

Rayna disebelah sudah tergelak kecil mendengar balasan kakak iparnya. Keningnya dimenari-narikan memandang Rayyan. Saja nak mengusik si abang! Hobi mungkin?

Rayyan mengetap bibir. Geram! Skrin laptop itu dipandang dengan rasa cemburu yang membuak-buak. Rasa macam isterinya menduakan dia pulak! No! Bukan dua je, tiga, empat, lima, enam, tujuh, erghh ramainya! Cemburu betul dia dengan lelaki-lelaki korea di dalam skrin laptop itu. Ergh!

Qaisara di sebelah sudah tersengih bak kerang busuk. Wajah selamba ditayang. Takkan cemburu juga kot dengan abe-abe korea saya ni?

"Eyyy dahlah, mehlah balik bilik kita sayang. Adik nak tidur dah tu." Rayyan menarik lengan si isteri namun Qaisara sengaja mengeraskan badan.

"Tak adalah. Adik tak ngantuk pun lagi." Pintas Rayna selamba.

Rayyan mengetap bibir mendengar kata-kata si adik. 'Tak membantu langsung adik aku ni!'

"Aaa see! Adik pun kata dia tak nak tidur lagi." Qaisara membuat muka sinisnya.

"Ahhh tak ada. Dah jom balik bilik kita." Kali ini Rayyan menarik pinggang si isteri pula.

"Eyyyy yelah-yelah. Bye adik. Jangan tenung 'pakwe' akak tu lama-lama tau!" Gurau Qaisara lalu mengikuti langkah si suami.

"Haishhh...'Pakwe-pakwe'! Sebat sayang karang!" Rayyan mendengus perlahan.

"Hahahahaha!" Rayna tergelak kecil. Pintu biliknya ditutup semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience