Hanya bunyi dentingan sudu dan garfu berlaga dengan pinggan di meja makan itu, membuatkan dadanya berdebar hebat. Sungguh janggal rasanya. Buat kali pertama, dia duduk semeja dengan mama dan papa mertuanya. Kecut pulak dengan keadaan sekarang. Eh… tapi aku nak takut apa ek? Aku bukan buat salah pun kan?
Rayyan menyembunyi senyum. Dia tahu isterinya sedang gemuruh. Matanya menangkap tangan Qaisara yang sedang menggigil.
“Hai morning semua…” Tegur Rayna yang baru muncul di meja makan. Pipi mamanya dicium sebelum dia menarik kerusi disebelah wanita separuh abad itu.
“Haa baru muncul ni. Kau baru bangun eh, dik?” Soal Rayyan. Sengaja dia mahu menghidupkan suasana di meja makan itu.
“Iya. Adik ngantuklah. Semalam tidur pukul 4 pagi sebab siapkan assignment.”
“Iyolah dik oii...”
“Haa mama, papa. Kejap lagi Rayyan balik rumah tau.” Beritahunya sambil mengerling sekilas wajah si isteri yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
“Alorh cepatnya balik. Mama tak sempat lagi nak kenal-kenal dengan menantu mama.” Rungut Datin Rozy lantas mencebikkan bibirnya.
“Alah awak ni, Rozy. Bagilah chance pengantin baru nak kenal-kenal each other dulu.” Dato’ Razin santai menyelit.
“Eyy abang ni!”
“Ha ni Rayyan bila nak bawak isteri Rayyan pergi honeymoon? Dah cari-cari tempat ke?”
Langsung tersedak kecil Qaisara, apabila terdengarkan soalan yang keluar dari mulut papa mertuanya. Masing-masing terus tergelak kecil dengan reaksi ahli baru di dalam keluarga mereka itu.
“Papa ni pun tak menyempatlah nak tanya pasal benda-benda macam ni. Kesian Kak Sara tau.” Sampuk Rayna yang masih dalam tawa.
“Eh tak apalah. Akak okay je.” Akhirnya Qaisara bersuara. Wajah menunduk menekur jari.
“Awak ni Sara, tak perlulah nak malu-malu dalam keluarga ni. Kita kan dah jadi satu keluarga. Semua dalam rumah ni okay.” Ujar Datin Rozy pula. Risau pula tengok menantu dia yang sorang ni.
“Dia memang macam ni, ma. Malu-malu kucing.” Usik Rayyan pula.
Laju sahaja tangan Qaisara mencubit paha lelaki itu. Geram!
“Sakitlah, sayang!” Aduhnya kecil. Sengaja nak mengusik si isteri.
“Amboi pengantin baru ni. Langsung tak pandang kiri kanan ek. Kami ni ada lagi tau dekat sini.” Bidas Rayna lalu menyumbat roti bakar yang disapukan jem perisa coklat dan kacang itu ke dalam mulut.
“Sibuklah, adik! Nak manja-manja dengan isteri sendiri pun salah.”
“Ceyh! Nak manja-manja pergi dalam bilik sana! Hormati yang single ni okey!”
“Single konon! Macamlah aku tak tahu pakwe adik tu siapa. Uhuks…”
Dato’ Razin dan Datin Rozy menggeleng kepala sahaja dengan kerenah dua beradik tu. Memang dah masak sangat dengan anak mereka ini. Pantang duduk semeja mesti ada je nak gaduh.
“Eyy yelah-yelah. Adik kalah.” Rayna terus menarik muncung panjang. Memang beginilah dia selalu. Selalu kalah apabila berlawan mulut dengan abangnya. Erghhh!
“Kamu berdua ni kan. Tak malu ke Sara tengok perangai kamu ni.” Tegur mamanya perlahan.
Qaisara hanya tergelak kecil. Wajah suami disebelah dikerling. Muka tak makan saman langsung! Selamba sahaja muka.
“Dah adik yang start dulu.”
“Diamlah, bang!”
“Ha sudah-sudah. Eh kamu berdua ni kan. Ni Rayyan, papa nak tanya lagi sekali. Dah cari ke tempat nak honeymoon?”
Rayyan tersengih sambil menggeleng kepala perlahan.
“Belumlah, pa. Lagipun Rayyan busy sikit dengan kerja dekat pejabat dan kafe Rayyan tu. Tak menang tangan nak uruskan semua.”
Qaisara terus mengerutkan dahi. Pejabat? Dia ni sebenarnya kerja apa ni? Kafe ke office man?
“Itulah papa dah pesan haritu, fikir banyak-banyak masa nak buka kafe tu. Haa, kan sekarang dah pening kepala. Masalahnya kafe Rayyan tu bukan satu cawangan je, tapi dah tiga cawangan.”
“Alah pa. Dah minat Rayyan kan. Lagipun cawangan yang dekat Kajang tu adik boleh tolong uruskan. Yang dekat Bangi tu pulak, Rayyan boleh tengok-tengok sekali. Cuma yang dekat Serdang tu je tak ada siapa yang boleh tengok-tengokkan. Rayyan plan nak hantar pekerja Rayyan yang nama Firas tu dekat Serdang sana tu. Tapi tengoklah kalau dia nak ke tak…”
“Ha nanti pandai-pandai kamulah nak urus macam mana. Yang pasti, jangan tinggalkan pejabat papa terkontang-kanting eh. Dan lagi satu, pasal honeymoon kamu tu nanti biar papa dan mama uruskan.”
“Baik, pa. Terima kasih papa dan mama!”
“Iyelah.”
“Sara kerja kan? Sara kerja dekat mana sebelum ni? Dah berhenti kan?” Celah Datin Rozy pula.
“Ha’ah, Sara kerja dekat area Sungai Buloh. Eh, tapi Sara tak berhenti lagi. Minggu depan Sara dah mula kerja semula.”
Rayyan terdiam mendengar balasan si isteri. Tak pernah-pernah dia tergerak hati untuk tanya pasal benda ni. Nampaknya dia kena bincang balik dengan isterinya itu.
Share this novel