"Assalammualaikum..." Ucap Rayyan separa menjerit dari luar rumah itu. Matanya melilau di dalam rumah itu sebelum matanya menangkap kelibat Faz di sebalik ampaian tinggi itu. Senyum terukir di bibir. Nasib baik ada orang!
Faz yang sedang menyidai kain itu tersentak. Rayyan? Dia buat apa dekat sini? Tuala di atas kepala dibetulkan.
"Waalaikummussalam Rayyan."
"Eh, ingat saya lagi ek!"
"Of course! Lagi-lagi si Qai tu..." Faz laju menutup mulut. Aduh, sikit lagi nak terlepas!
"Qai? Kenapa dengan dia?" Rayyan sedikit blur mendengar butir bicara yang keluar dari mulut wanita dihadapannya itu.
"Hahahaha tak ada apalah. By the way, Rayyan datang sini kenapa ye? Nak jumpa Qai ke?"
Rayyan mengeluh kecil sebelum mengangguk kepalanya perlahan. Hati kecilnya merintih ingin melihat wajah itu secepat yang mungkin. Sungguh dia rindukan wanita itu. Teruk dah kau ni, Rayyan!
"Dia ada ke, Faz?"
"Oh, Qai tak ada. Dia balik rumah parents dia. Tak sure pulak dia balik bila."
"Oh..." Balas Rayyan dengan nada hampa. Dia sanggup kosongkan jadual kerjanya pada hari ini semata-mata untuk berjumpa dengan wanita itu, ternyata ianya hanya sia-sia sahaja.
"Rayyan ada benda ke nak sampaikan dekat Qai? Nanti apa-apa saya boleh tolong sampaikan." Ujar Faz setelah membaca riak wajah hampa lelaki dihadapannya itu.
"Erm tak apalah, Faz. Sorry ganggu petang-petang ni." Langkah dibawa menuju ke kereta Nissan putihnya.
"Rayyan!" Panggil Faz yang baru keluar dari rumah bersama sehelai kertas kecil. Laju dia berlari mendapatkan lelaki itu.
Rayyan berpaling. Wajah wanita itu dipandang dengan penuh tanda tanya.
"Ni alamat rumah parents Qai. I know you love her! Go and find her!" Ujar Faz setelah menghulurkan sehelai kertas kecil berwarna putih itu.
Mata Rayyan sedikit bercahaya. Sungguh baiknya hati wanita dihadapannya itu.
"Thank you so much, Faz. Appreciate sangat-sangat!" Kertas kecil itu tadi bertukar tangan. Alamat itu dibaca. Oh! Tak jauh sangat pun actually. Thanks, god!
Faz mengangguk kecil. Senyum manis dipamerkan.
"Good luck Rayyan!"
Rayyan mengangguk laju.
Share this novel