Matanya sedari tadi mengerling ke wajah kerisauan si suami. Tangannya masih tekun melipat kain yang masih bergunung di dalam bakul itu.
"Abang okay tak tu? Dari tadi Nur tengok abang macam tak okey je." Soal Mak Nur dengan nada penuh kerisauan.
Encik Qairul hanya mempamerkan senyum tawar. Jauh disudut hatinya, dia terlalu risaukan balasan si anak esok hari.
"Cuba abang cerita dengan Nur. Risaulah Nur tengok abang senyap macam ni je."
"Tak ada pun sebenarnya, Nur." Keluh panjang dilepaskan. "Abang cuma risau penerimaan anak kita esok. Macam mana kalau dia tak boleh terima dengan keputusan kita?" Sambung lelaki sudah sedikit berumur itu.
Mak Nur tersenyum tawar. Hati keibuannya itu turut menzahirkan kerisauan di dalam hati.
"Inshaa Allah, bang. Anak kita tu jenis dengar cakap. Dia pun bukan jenis lenting sana sini. Inshaa Allah, kalau abang cakap elok-elok dengan dia, mesti dia okey punya."
Lelaki itu mengangguk perlahan. Sedikit hilang resah di hati tuanya.
"Inshaa Allah, Nur. Esok abang cuba cakap baik-baik dengan dia. Doa-doa dia boleh terimalah keputusan kita."
Mak Nur turut mengangguk mendengarkan kata-kata lelaki itu.
"Kawan abang tu ada kata apa-apa ke? Macam mana dengan anak kawan abang tu? Dia boleh terima ke?" Soal Mak Nur, ingin tahu. Kalau belah perempuan sahaja yang setuju, tetapi belah lelaki hanya mendiamkan diri tak guna juga kan?
"Kawan abang katanya dia akan bagitahu anaknya lusa macam tu. Abang pun tak berapa nak ingat sangat apa yang kami borakkan masa telefon hari tu. Tapi dia kata, Inshaa Allah anak dia pun boleh terima memandangkan anak dia pun masih belum berpunya."
Mak Nur mengangguk lagi. "Kalau dia dah cakap macam tu, ikutlah. Doa yang baik-baik jelah untuk anak dan bakal menantu kita tu, bang. Si budak Rayyan tu pun bukan kita tak pernah jumpa kan? Adalah dalam dua tiga kali kita jumpa dia. Nampak baik je budak tu. Inshaa Allah dia boleh bimbing Sara ke arah kebaikan."
"Betul! Abang setuju dengan Nur. Inshaa Allah dia boleh jadi lelaki terbaik untuk anak kita." Lelaki tua itu menambah.
Mak Nur mengangguk buat kesekian kali. Pakaian yang sudah siap dilipat, diangkatnya lalu disusun elok di dalam almari baju itu.
############
Suasana di dalam rumah banglo itu hanya sunyi sepi tanpa sebarang suara. Datin Rozy tidak semena-mena melepaskan keluh panjang. Hati tuanya sangat berasa sunyi. Rumah besar tapi penghuni rumah itu cuma tiga orang dan kadang-kadang empat orang jikalau anak lelakinya itu balik.
"Mama kenapa ni? Dari tadi lagi Rayna tengok mama asyik mengeluh je. Mama ada masalah dekat butik mama ke?" Rayna merapati tubuh tua itu.
"Tak ada apa-apa lah adik. Urm abang kamu balik sini bila?"
"Tak sure pulak adik. Kenapa ma?"
"Nanti adik tolong pesan dekat abang, suruh dia balik lusa. Mama dengan papa ada benda sikit nak bincang dengan dia." Datin mengeluarkan satu arah buat si anak. Rayna hanya mengangguk.
"Kenapa ma? Nak bincang apa ni? Bunyi macam serius je."
"Tak ada apa-apa pun. Lusa nanti kita bincang."
"Okeylah, kalau mama cakap macam tu. Adik nak masuk bilik dulu, ma. Nak buat assignment."
Datin Rozy mengangguk perlahan.
"Jangan lupa pesan dekat abang kamu tu!" Pesannya lagi.
"Iya, baik ma."
Share this novel