BAB 1

Romance Series 5845

Menungan Qaisara itu membuatkan Faz berdecit geram. Dia punyalah beria bercerita dari tadi, namun sahabatnya itu langsung tidak mendengar.

"Woi, mak cik!" Jerit Faz geram. Tangan dilambai-lambaikan di hadapan muka Qaisara.

Qaisara tersentak. Faz disebelah dijeling sekilas. Minah ni suka betul kacau orang tengah mengelamun!

"Kau berangan apa ha? Fikir pasal masa hadapan ekk?" Usik Faz lalu menguntum senyum nakal.

Faz atau nama betulnya Fazrina. Umur minah ni sebaya dengan dia jugak. Faz ni adalah satu-satunya kawan dan kawan baiknya. Kawan yang teramat baik! Fullstop! Dikala dia kesedihan mahupun kesusahan, hanya Faz sahaja yang sudi menghulurkan tangan dan juga menjadi bahu untuknya bersandar.

"Tengok tu, fikiran kau kat mana sekarang ni?" Tangan Faz naik menampar lembut bahu Qaisara. Geram dengan kawan baiknya itu. Dia punyalah tengah beria bercerita itu ini, tahu-tahu Qaisara masih tenggelam dalam dunia dia tu. Dasar budak ni!

Qaisara sekali lagi tersentak. Hujung kening digaru kecil. Senyum dilebarkan buat Faz yang tengah hangin dengan dia tu.

"Kau tengah teringatkan mana-mana lelaki ke, sis?"

"Choi! Memang idoklerrr sis! Tak ada kerjalah aku nak ingat lelaki-lelaki ni. Dislike-dislike!" Qaisara membuat mimik muka menyampah.

"Tak cakap pun, aku dah tahu!" Balas Faz selamba. Dia dah kenal sangat dengan Qaisara.

Sebenarnya Qaisara tidaklah membenci semua lelaki. Cuma dia dah serik dengan apa yang pernah terjadi kepada dirinya sebelum ini. Sakitnya masih terasa sehingga ke hari ini. Sangat pedih! Betapa hina diri diperlakukan oleh lelaki yang pernah menjadi teman lelakinya suatu ketika dahulu. Dia masih teringat lagi akan kata-kata bekas teman lelakinya sewaktu lelaki itu meminta putus dengannya.

"Aku nak putus dengan kau." Ujar Fahmi selamba usai memarkirkan keretanya di hadapan rumah Qaisara. Ketika itu mereka baru sahaja pulang dari birthday party rakan kepada lelaki itu.

Qaisara tergamam. Aku salah dengar ke ni? Aku? Kau? Buat pertama kali dia mendengar lelaki itu membahasakan 'kau-aku' setelah sekian lama mereka berkongsi kasih. Kepala mendongak memandang Fahmi disebelah.

"Awak cakap apa tadi?"

Fahmi mendengus kasar. "Kau ni pekak ke apa? Mulai hari ini, kita dah tak ada apa-apa hubungan! Kita putus!"

Qaisara menunduk. Minda ligat memikirkan salahnya kepada lelaki itu. Perasaan ketika itu sudah bercampur-baur. Air mata juga cuba ditahan daripada menitis. Dia cuba memberanikan diri membalas pandangan lelaki itu.

"Tapi kenapa? Apa salah saya? Apa yang saya dah buat dekat awak, Fahmi?" Soal Qaisara perlahan. Air matanya yang sudah menitis, dilap dengan hujung lengan bajunya.

"Cuba sedar diri kau tu sikit. Kau yang dulu dengan kau yang sekarang, jauh sangat perbezaannya. Dulu kau kurus tapi sekarang ni..." Fahmi menghentikan bicara. Matanya melihat badan wanita itu atas bawah.

"Kau tengoklah badan kau tu, perempuan! Sekali pandang macam anak gajah pun ada, aku tengok kau ni. Kau tahu tak betapa malunya aku nak ajak kau keluar dating...Pergi party kawan aku tadi pun, dah naik berbulu dah muka aku ni tahu tak!" Sambungnya lagi. Senyum sinis dilemparkan setelah menghabiskan kata-kata. Rasa puas dapat melihat perempuan dihadapannya menangis dan sakit hati.

Pang!

Tangan Qaisara laju melempang kuat wajah lelaki itu setelah dia menghabiskan kata-kata.

"You're damn too much, Fahmi! Aku bukan perempuan lemah yang kau boleh hina ikut suka hati mak bapak kau je! Pergi matilah kau! Aku harap aku dah tak nampak lagi muka syaitan bertopengkan manusia macam kau ni!"

Dengan pantas dia melangkah keluar dari kereta lelaki itu dan terus meluru masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke arah lelaki itu lagi. Mulai saat itu, dia menjadi sedikit serik untuk bercinta lagi. Malah disebabkan itu juga, dia bertekad untuk kurus. Alhamdulillah, kini tubuh badannya tidak lagi seperti dahulu.

Air mata Qaisara mengalir perlahan apabila teringat kembali kata-kata yang diludah kepadanya pada 3 tahun yang lepas itu. Rasa sakit tu masih tidak boleh diubati.

Faz yang melihat air mata Qaisara merembes keluar terus gelabah tak tentu pasal.

"Eh wei, kenapa tiba-tiba nangis ni?" Kedua-dua belah tangan sahabatnya dipegang kejap.

"Nothing. Aku just teringatkan hinaan Fahmi dulu."

"Haish kau ni kan! Hari tu bukan kau dah janji dengan aku yang kau tak nak ingat pasal dia lagi ke? Ramai lagi lelaki yang baik dalam dunia ni. Lagipun kau yang sekarang bukan Qai yang aku kenal dulu. Kau dah gorgeous tahu tak sekarang! Sudah-sudah, takmo nangis-nangis. Kang tiba-tiba terserempak dengan jodoh kau kat sini karang, tak pasal-pasal dia nampak muka comot kau ni."

Tisu dari beg tangan dikeluarkan. Air mata Qaisara dilap penuh kasih. Sesungguhnya dia teramat sayangkan Qaisara yang dia telah anggap seperti keluarganya sendiri.

"Thank you, Faz." Tubuh Faz dipeluk erat.

"Eyyy apa ni peluk-peluk. And no thanks-thanks. Ini kali terakhir keyh kau nangis sebab jantan tu! Lepas ni aku dah tak nak tengok kau membazirkan air mata sebab jantan tak guna tu lagi!" Tubuhnya dileraikan. Muka sudah berubah serius memandang sahabat baiknya itu.

Qaisara tersenyum sampai ke telinga. Kepala dianngguk laju. Sungguh dia berasa bersyukur ditemukan dengan seorang sahabat seperti Faz ini.

Seketika kemudian, keadaan di dalam kafe itu menjadi sepi. Qaisara mengerling ke arah Faz yang sedang ralit membaca novel. Tengok Faz yang sudah tenggelam dalam dunianya, dia menarik hela panjang.

Diantara berjuta juta bintang

Hanya satu bintang yang paling terang

Diantara berjuta juta orang

Hanya kamu yang paling aku sayang

Lagu Tetap dirimu yang dimemenuhi ruang kafe itu dinyanyi kecil. Sambil-sambil itu, mata nakal mula meliar memerhati pengunjung-pengunjung kafe itu. Namun, matanya berhenti meliar apabila matanya bertembung dengan seorang pemuda yang baru masuk ke dalam kafe itu. Lama mereka bertentangan mata sebelum cepat-cepat Qaisara mengalihkan pandangan ke tempat lain. Jantungnya berdegup kencang.

'Heartbeat? Heart attack? Asal jantung aku berdebar semacam nampak selepas tengok mamat tu?' Getusnya dalam hati. Minuman diatas meja itu diambil lalu disedut laju.

Faz yang melihat kekalutan rakannya itu terus membuat lapisan di dahi. Dah kenapa makcik ni? Weirdooo...

"Kau kenapa ni? Kau okay tak?" Faz menyoal sambil biji matanya meninjau-ninjau ke sekeliling mereka. Nampak hantu ke minah ni? Faz berteka-teki dengan dirinya sendiri.

"Eh...Aku okay je! Jomlah balik, staf kafe ni macam dah start kemas-kemas, nak tutup dah kot." Usai berkata-kata, dia terus meluru keluar dari kafe itu. Sekali lagi matanya beradu dengan mata pemuda tadi. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.

Faz tercenggang. Jam ditangan dikerlingnya. Baru pukul lapan malam! Tutup apanya, sis? Apa kes minah ni? Dah kena sampuk ke apa? Faz laju membuntuti Qaisara setelah memasukkan novel ke dalam beg tangan.

Qaiser Rayyan yang berada di meja kaunter itu tersenyum-senyum sendirian melihat perlakuan kalut wanita tadi. Kelihatan comel pada pandangan mata.

"Bos!" Terjah Firas dari belakang.

"Oh mak dia!" Latah Rayyan. Naik mencerlung biji matanya memandang pekerja dia yang satu itu. Bibir diketap geram.

Firas tergelak kecil. Comel betul bos dia yang sorang ni! Mampuihhh aku kena bebel satgi!

"Kau tak reti nak bagi salam dulu eh, Fir? Mahu boleh gugur jantung aku kalau macam ni setiap hari, tahu tak!" Lengan Firas ditumbuk perlahan.

"Hahahaha sorry bos. Janji buat lagi! Ehh..." Firas menarik sengih nakal sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Rayyan menggelengkan kepala beberapa kali. Sudah masak sangat dengan kenakalan pekerjanya yang sorang itu! Memang sudah jadi rutin harian si Firas itu, kalau sehari tak mengusik dirinya, memang tak lengkaplah hidupnya itu. Namun, dia suka bekerja dengan lelaki itu. Bab-bab kerja, lelaki itu memang tangkas dan tidak main-main. Dan kerana itu jugalah, dia berani memberi sepenuh kepercayaannya kepada lelaki itu untuk menjaga kafenya jikalau dia tiada.

"By the way, bos termenungkan apa tadi tu? Fikir awek bos ehhh." Usik Firas selamba.

"Haish kau ni Fir! Bab bukan-bukan nombor satu ek! Tang bila aku ada awek ni? By the way, aku tak mainlah couple-couple ni. Kalau dah suka, aku ajak kahwin terus."

"Fuhhhhh terbaiklah bos kita ni! Sangat ber-future cerah! I loikeee!"

"Ek eh dia ni! Makin merepek pulak! Hahahaha dahlah, aku nak gerak dulu ni. Kalau ada apa-apa roger eh!" Ujar Rayyan sambil tangannya mengeluarkan dompet dari seluar slek. 6 keping not kertas RM 50 dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Firas.

"Nak buat apa ni, bos?" Tangannya tetap menyambut huluran itu.

"Pergilah ajak staf-staf lain makan. Aku tahu korang semua belum makan lagi." Usai menghabiskan butir bicara, Rayyan terus beredar menuju ke kereta yang diparkir betul-betul dihadapan kafe itu.

"Thanks, bos!" Laung Firas dari dalam kafe.

Rayyan mengangkat tangan lalu masuk ke dalam perut kereta.

Thank you for your support ! ❣️ Love you guysss as alwaysssss !!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience