Dengar sahaja bunyi tombol pintu dipulas, cepat-cepat Qaisara menyorokkan diri ke dalam comforter. Tidak mahu lelaki itu melihat dirinya yang tidak mengenakan sebarang hijab.
Rayyan mengulum senyum. Tubuh si isteri di atas katil dihampiri. Baru sahaja dia mahu menarik comforter itu, wanita itu sudah menahan.
"No! Saya tak pakai tudung."
"Hey, sayang. I'm your husband okay! Tak payahlah nak sorok-sorok macam ni."
Qaisara melepaskan keluh panjang. Comforter diturunkan lalu dia menukar posisi dari baring kepada duduk. Rambut yang sudah kusut dibetulkan.
"Cantik isteri abang!" Puji Rayyan, ikhlas. Tangannya naik mengusap lembut rambut wanita itu.
Pipi Qaisara mula memerah mendengar pujian itu. Tersenyum malu dibuatnya. Namun senyumannya mati apabila teringatkan pasal tadi.
"Kenapa abang naik bilik? Bukan ke ex-girlfriend abang masih ada dekat bawah lagi?"
Cemburu ke bini aku ni? Hahahaha mampuihh aku nak jawab soalan-soalan dia!
"Urm dia tu tak penting, sayang tu isteri abang tau. Mestilah abang nak teman isteri abang ni." Ayatnya cuba disusun sebaik mungkin.
"So betullah minah yang berkepit dengan abang dari tadi tu ex-girlfriend abang?"
"Erm, yelah kot." Rayyan menjawab dengan nada selamba.
Qaisara mengetap bibir. Jawapan lelaki itu sangat tidak memuaskan hatinya.
"Abang jawab betul-betul boleh tak?"
"Betullah kot, apa yang sayang cakap tadi." Balasnya lagi. Hampir sahaja tawanya terletus melihat muka kelat si isteri.
"Yelah tu. Ex-girlfriend konon! Entah-entah abang dengan dia tak putus lagi. Itu yang dari tadi berkepit je." Qaisara laju membidas.
"Sayang jealous ke?"
"Tak langsung!" Laju Qaisara membalas.
Rayyan mengelengkan kepalanya. Tak nak mengaku pulak bini aku ni. Dia mendekatkan muka betul-betul dihadapan muka si isteri.
Qaisara menundukkan wajah. Bibir diketap.
"Ye ke sayang tak jealous? Boleh percaya ke ni?" Duga Rayyan dengan bibir yang tersungging diatas.
"Yelah. Tak ada masa saya nak jealous-jealous bagai." Balasnya, geram.
"Okay!"
Qaisara terus mendengus mendengar jawapan lelaki itu. Okay je? Kambing betul!
Rayyan menyengih melihat reaksi si isteri. Kejap lagi kita sambung berdebat ye sayang! Tuala mandi diambil, dia terus menghilangkan diri ke dalam bilik air itu.
Qaisara berdecit geram. 'Nak lari lerrr tu!' Pintu bilik air itu diketuk berkali-kali. Dah macam ah long nak kutip hutang pula gaya dia.
"Kenapa sayang?" Hanya kepala Rayyan yang menjenguk ke luar.
"Buat apa? Kita tak habis lagi!"
"Kejap lagi kita sambung ye. Erm ke sayang nak sambung berdebat dalam bilik air ni? Tapi itulah, takut jadi benda lain je." Bibirnya mencoret ke atas. Nakal!
"Eyyy nyampahlah dia ni! Dasar gatal tak reti garu!" Terus Qaisara mencampakkan tubuhnya diatas katil semula.
Rayyan tersengih lebar lalu menutup kembali pintu bilik air itu.
#############
Solat maghrib dan isyak sudah ditunaikan, mereka berdua duduk berteleku di atas tikar sejadah itu. Masing-masing mendiamkan diri selepas doa habis dibaca.
Qaisara mengeluh panjang sebelum dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan lelaki itu. Rayyan tersenyum lebar. Huluran si isteri disambut. Bibirnya terus mendarat pada dahi wanita itu. Dikucup penuh syahdu.
"I love you, sayang." Bisiknya penuh romantis.
Qaisara terpempan. Kalau macam nilah setiap hari, mahu boleh kena 'kencing manis' tahu tak! Suara dibetulkan sebelum dia membalas.
"Apa love-love huh? Kita tak habis lagi pasal tadi! Tak payah nak bagi ayat-ayat jiwang abang tu sekarang!" Leter Qaisara sambil membuka dan melipat telekungnya. Sejadah yang digunakan mereka tadi turut dilipat kemas.
"Amboi! Tak menyempatlah kesayangan abang ni!" Rayyan bangun lalu duduk di atas sofa.
Qaisara menyimpan senyum. 'Kesayangan ek!' Kau hado?! Hahahaha...
"Meh duduk sini, sayang. Kita borak." Tempat duduk disebelahnya ditepuk-tepuk.
"Ha boraklah..." Ujar Qaisara setelah melabuhkan punggung disebelah lelaki itu. Nadanya masih nada merajuk! Sis masih taknak kalah keyh!
"Merajuk lagi ke isteri abang ni?" Kepala si isteri diusap manja.
"Of course! Siapa suruh menggatal dengan perempuan lain!"
"Sayang jealous kan?" Keningnya terjongket-jongket.
"Urmm...sikit!" Nadanya mengendur.
"Haa kan senang kalau dari tadi sayang mengaku! Tak adalah drama kita ni jadi berepisod-episod."
"Erm..."
"Yes abang mengaku yang dia tu ex-girlfriend tipu-tipu abang. No, actually kita orang couple tak sampai seminggu pun."
Qaisara mengangkat kening. Pelik dengan penjelasan lelaki itu. Ex-girlfriend tipu-tipu? Tak sampai seminggu? Dorang buat couple ni macam beli internet pakej 7 hari je ek? Apa daaaa?!
"Hahahaha! Tahu pun terkejut! Cerita dia macam ni tau, si budak Zara tu bekerja dekat kafe abang since abang baru bukak kafe tu lagi. So yeah, dah kerja sama-sama ni, mulalah nak ter-catch feeling bagai. So, si Zara ni confess dekat abang and abang masa tu memang tak ada perasaan langsung dekat dia. Abang just anggap hubungan kami sebagai bos dengan pekerja. Tak lebih dari tu."
Qaisara tekun mendengar. Kepala sesekali diangguk.
"So nak dijadikan cerita, lepas dia confess dekat abang, dia ajak abang couple. So, abang cakaplah yang abang tak ada perasaan langsung dekat dia tapi she keeps merayu-rayu dekat abang. So, abang cakap dekat dia 'kita cuba couple selama seminggu.' So kalau time tu abang ter-catch feeling, maybe kita orang akan teruskan hubungan tu. But yeah, I'm here...I'm your hubby now!"
Qaisara tersenyum sampai ke telinga mendengar ayat terakhir lelaki itu. Yes, he's my hubby now!
"Tapikan abang, saya tengok dia macam tak move on lagi je. Dari tadi asyik nak berkepit dengan abang." Luah Qaisara bersama nada tak puas hati.
"Yep! Tapi don't worry lah sayang oiii...Awak tu dah selamat jadi isteri abang tau! Tak payah nak fikir-fikir pasal dia dah."
"Urmm baiklah."
Rayyan mengangguk lantas mengusap lagi kepala si isteri. Rambut yang menutup mata si isteri diambil lalu diselitkan ke belakang telinga.
"Erm abang..."
"Iya sayang."
"Dia still kerja dengan abang ke?"
"Ya Allah, tak habis lagi ek budak ni. Nope! Dia berhenti lepas kita orang putus."
'Yessss!' Jerit Qaisara dalam hati. Tak perlulah aku nak risaukan dia orang lagi! Wajah ceria dipamerkan.
"Amboi, terus ceria ek kesayangan abang ni!"
"Mana ada!" Nafi Qaisara. Terus dia bangun dari duduk.
"Sayang nak pergi mana?"
"Eh bukan dah habis ke? So, saya nak keluarlah. Nak cari makan. Lapar..."
"Petang tadi orang ajak makan taknak! No, kita tak habis lagi!"
Qaisara mencebik. Dia kembali duduk disebelah si suami.
"Actually, sayang sedar ke tak yang sayang pernah lukakan hati abang?" Bibirnya tersungging ke atas.
'Omo-omo dia nak cakap pasal ni! Adushhh...mana nak letak muka ni!' Qaisara mula gelabah beruk.
"Erm erm..."
"Apa yang erm erm?" Pintas Rayyan dengan nada sinisnya.
Qaisara terdiam. Tak tahu apa yang dia patut balas.
"Ha, tahu pun terdiam."
Qaisara berdecit sebelum membalas si suami. "Saya nak mintak maaf sangat-sangat pasal haritu. Saya bukan saja-saja je nak reject abang, tapi sebab perkahwinan ni lah..." Suaranya semakin lama, semakin perlahan. Wajah ditunduk. Malu nak pandang si suami.
Rayyan menguntum senyum. Dia berdeham kecil sebelum membalas.
"Erm sayang tahu tak yang sayang kejam masa tu? Sudahlah reject abang, lepas tu tinggalkan abang macam tu je! Tak sempat abang nak kata apa-apa, tahu-tahu sayang dah 'hilang' macam tu je." Luah Rayyan dengan nada merajuknya. Hahahaha! Padahal dia dah tak kisah sangat pun pasal ni sebab wanita yang reject dia itu telah pun menjadi isterinya yang sah! Ehekssss...
Qaisara terdiam mendengar luahan hati lelaki itu. Memang dia setuju dengan lelaki itu. Dia kejam masa tu! Kening yang tak gatal digaru kecil. Tiada lagi kata-kata untuk membalas lelaki itu.
"Hahahaha! Tak ada lah, actually abang dah lupakan pun pasal tu sebab sayang pun dah selamat jadi isteri abang. Abang gurau je tadi!"
Qaisara berdecit geram. Cubitan mautnya laju menghinggap pada lengan sasa lelaki itu.
"Aduhhhh! Sakitlah sayang..." Rayyan terus mengusap tempat cubitan itu. Sakit tahap tak hengatttt! Bibirnya memuncung.
"Padan muka abang! Dahlah, saya nak pergi makan. Lapo!" Tudung disarungkan dikepala lantas dia terus menuju ke pintu.
"Deyyy...tunggulah laki awak ni, sayang oii!" Rayyan bangun mendekati si isteri.
"Taknak! Werk!" Pantas Qaisara berlari anak turun ke tingkat bawah.
Rayyan menggeleng perlahan lalu tersenyum bahagia. She's so cute! I love her!
Share this novel