Bagi memecahkan kesunyian di dalam kereta itu, Faz berdeham kecil sebelum memulakan bicaranya.
"Encik sebenarnya dari mana ni?" Soal Faz perlahan.
Qaisara terus menoleh ke belakang. Sedikit pelik dengan soalan yang diajukan itu. 'Minah ni tak perasan ke mamat ni ada dekat kafe tadi?'
"Erm tanyalah kawan awak ni. Dia tahu!" Rayyan membalas seraya matanya mengerling ke arah wanita disebelahnya. Saja nak mengusik!
Qaisara terus berpaling ke arah lelaki itu. Keningnya diangkat sekali. Apesal nak libatkan aku pulak ni? Ayoooo...
"Haaa? Kau tahu, Qai?" Faz semakin pelik.
"Tak adalah, tadi encik ni ada je dekat kafe yang kita pergi tu."
Rayyan hanya mengangguk.
"Lah yeke? Asal aku tak perasan ek?"
"Kau memang! Apa je yang kau perasan!" Hambur Qaisara lalu tergelak kecil.
Rayyan turut tertawa kecil. Suka betul dia mendengar celoteh mereka berdua itu.
Keadaan menjadi sepi semula. Mata Qaisara yang mula memberat akhirnya terkatup dengan sendirinya.
Pap!
Kepala Qaisara mendarat cantik di atas bahu Rayyan. Faz dibelakang sudah ternganga. Kau ni, Qai! Kalau tak buat hal, tak sah ek!
Rayyan sedikit terpempan. Dadanya berdebar hebat. Air liur diteguk perlahan. Selamba badak je budak ni landing atas bahu aku ek!
"Qai..." Panggil Faz dengan nada bisiknya.
"Tak apa. Biarkan je dia tidur dulu." Ujar Rayyan yang masih fokus pada pemanduannya. Nada cuba dikawal sebaik mungkin.
Faz hanya menurut. Kepala diangguk perlahan.
"Korang dah lama kenal ke?" Soal Rayyan secara tiba-tiba.
"Yep! Kita orang kenal dari tadika sampailah sekarang!"
"Wow! Lamanya!"
"Hahahaha...Itulah!"
"Boleh ke kalau awak cerita sikit pasal 'dia' ni?" Pinta Rayyan dengan nada perlahan. Takut menganggu lena wanita yang masih bersandar dibahunya.
"Kenapa? Encik suka dia eh?" Usik Faz bersama sengihan nakal.
Rayyan hanya tertawa kecil. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak.
"Mehlah saya cerita. Kang 'kempunan' pulak encik ni." Tambah Faz lagi.
"Jap-jap. I think no need lah encik-encik ni. Just panggil saya Rayyan je"
"Alright! So nama dia ni, Qai. Same age as me, 25 years old! Ermm... Actually saya tak tahulah nak cerita apa. Lagi senang kalau Rayyan bagitahu je yang Rayyan nak tahu pasal apa. Nanti saya jawab."
"Erm saya pun tak tahu sebenarnya..." Telinga Rayyan mula memerah.
"Adehhh...kalau macam tu saya bagitahu status minah ni jelah. Dia single and still available. Tapi dia ada 'kisah' sikit pasal cinta-cinta ni. So, dia serik sikit nak bercinta-cinta ni. Dia kata dia taknak couple-couple dah, dia nak kahwin terus. So, kalau Rayyan suka dia, ajak jelah dia kahwin terus. Kih! Kih! Kih!"
Tergelak besar dia dengan kata-katanya itu sendiri. Masa nilah nak 'jual' member! Siapa suruh sedap tidur dalam kereta orang. Kan dah kena 'jual' dengan aku! Hahahaha!
Rayyan tersenyum kecil. Kepala digeleng perlahan mendengar ilai tawa wanita yang berada di tempat duduk belakang itu. Matanya sesekali mengerling ke wajah polos wanita yang masih sedap 'landing' di bahunya itu.
"By the way kan, nama awak siapa?"
"Saya Fazrina. Panggil Faz je."
"Ouh Faz." Kepalanya diangguk perlahan.
Rayyan memperlahankan kenderaannya apbila sudah masuk dikawasan taman perumahan itu.
"Yang mana satu rumah Faz?"
"Yang pagar warna putih tu." Jarinya naik menunding ke arah pagar berwarna putih di hujung jalan itu.
Rayyan mengangguk seraya memarkirkan kereta dihadapan rumah yang ditunjukkan itu. Hampir 20 minit juga nak sampai. Kepala memusing memandang wanita disebelah pula.
'Amboi! Sedap sangat ke bahu saya ni. Tak angkat kepala langsung ek dari awal perjalanan sampai sekarang.' Persisnya dalam hati.
"Terima kasih banyak-banyak Rayyan sebab sudi tolong hantar kami. Inshaa Allah lain kali kita jumpa lagi, ye." Ucap Faz lalu menghulurkan sejumlah wang kepada lelaki itu.
"Eh tak payah! Saya ikhlas hantar awak berdua ni."
"Adehhh Rayyan ni. Erm kalau macam tu apa kata kita tukar nombor telefon. Not mine lah, Qai punya!" Hahahaha! Sekali lagi Faz mengenakan sahabatnya itu!
Dia bukan saja-saja nak 'jual' Qaisara tetapi dia macam kesian juga dekat kawannya yang selalu salah memilih pasangan. Tapi pada pandangan matanya, Rayyan boleh menjadi pasangan yang terbaik buat Qaisara. Full package pulak tu! Hensem, tinggi, kulit cerah! Hot stuff nyah! Nasiblah dia sudah bertunang, kalau tak, memang dialah yang menjadi orang pertama yang mengorat lelaki itu! HA! HA! HA!
"Eh awak seriuslah? Karang mengamuk pulak 'dia' ni."
"Shhh...diam-diam je. Kot-kot korang ada jodoh ke? Why not?"
"Hahahaha saya tak kata saya suka dia punlah. Awak ni pun!"
"Eleleleleh taknak mengaku pulak! Mehlah cepat telefon Rayyan! Nak ke, taknak ke, amik je. Kalau tak nak, buang je nanti." Ujar Faz lalu menyambut huluran telefon lelaki itu. Nombor telefon Qaisara disimpan. Siap ada emotikon 'love' sekali! Hahahaha!
"Thanksss..." Rayyan terus menyimpan telefonnya tanpa melihat terlebih dahulu.
Faz mengangguk.
"Weyh, Qai. Bangunlah! Dah sampai rumah kita ni." Kejut Faz sambil menggoyangkan bahu Qaisara lembut dari tempat duduk belakang.
Qaisara mendengus tetapi matanya masih terpejam rapat.
Pap!
Tangannya menampar kuat bahu Rayyan walhal Faz yang mengejutnya. Memang dia sedikit pantang jika tidurnya diganggu.
Faz menghela panjang. Malu pula nak tunjuk muka depan lelaki itu!
"Awak bangun! Awak dah sampai rumah awak ni. Kalau awak tak nak bangun jugak, saya bawak awak balik rumah saya." Bisik pemuda itu dalam nada mengugut. Senyum nakal tercoret indah di bibir lelaki itu.
Faz di belakang menahan gelak mendengar ugutan itu. Kalau betullah minah ni tak bangun juga, memang dia suruh mamat ni bawak balik betul-betul! Kih! Kih! Kih!
Terus celik mata Qaisara setelah mendengar kata-kata berbaur ugutan itu. Kawasan di sekelilingnya dipandang lalu menjatuhkan pandangan kepada pemuda dihadapannya itu semula. Perasaan malu mula bertandang dalam dirinya.
'Kiranya tadi aku pukul bahu mamat ni lah? Bukan setakat pukul je, kau siap 'landing' atas bahu mamat tu? Kau ingat tu laki kau ke Qai oiii! OMG?! Apa aku dah buat ni! Buat malu betullah! Manalah aku nak letak muka aku ni!' Qaisara berperang dengan dirinya sendiri. Tudung yang sudah senget-benget itu dibetulkan sedikit sebelum dia membuka pintu kereta itu. Suara dibetulkan sebelum dia bersuara.
"Terima kasih encik sebab tolong hantar kami balik ke rumah. Kalau tak ada encik tadi, tak tahulah nasib kami macam mana. And one more thing..." Qaisara memberhentikan bicaranya. Air liur diteguk perlahan.
"Saya minta maaf dekat encik atas semua perkara yang saya lakukan pada encik sebentar tadi." Sambung Qaisara sambil menundukkan wajahnya. Malu nak berhadapan dengan lelaki itu. Baru pertama kali jumpa, aku dah memalukan diri sendiri. Buat malu kaum hawa je kau ni Qai!
Faz tersenyum sendirian. Dia mengambil peluang untuk meninggalkan mereka berdua di dalam kereta itu.
Qaisara tersentak apabila tinggal dia dan lelaki itu sahaja di dalam kereta. 'Ish, masa nilah kau nak pergikan Faz oi!' Aku dah gelabah kambing dah ni!
Rayyan mengoyak senyum melihat wanita disebelah mula menggelabah.
"Saya mintak diri dulu ye, encik. Terima kasih banyak-banyak encik."
Qaisara terus keluar dari perut kereta sesudah meminta diri. Tak boleh lama-lama. Mahu 'tercair' kang kalau hadap mamat tu lama-lama!
"Wait-wait!" Rayyan pantas menahan Qaisara yang sedang berjalan ke pagar.
Qaisara menjongketkan keningnya kepada Rayyan.
"Nama awak siapa, ye?" Saja nak berkenalan dengan wanita dihadapannya walaupun dia sudah tahu melalui Faz sebentar tadi. Wajah itu ditiliknya sepuas hati. Masih bisakah dia memandang wajah itu lagi selepas ini?
"Nur Qaisara, Qai for short." Jawab Qaisara, tenang.
Rayyan mengangguk. Namun dia kurang berminat dengan nama panggilan wanita itu. Qai? Nama macam lelaki! Awak tu manis tau, cik adik! Lagi sedap kalau panggil Sara atau Qaisara! Komennya dalam hati.
"Nama encik apa pulak?" Soal Qaisara kembali.
"Tak payah berencik-encik sangatlah dengan saya. Nama saya Muhammad Qaiser Rayyan. Just call me Rayyan. Tapi kalau nak panggil saya Qaiser pun boleh jugak." Rayyan menguntum senyuman manis buat wanita itu.
"Eh? Qai jugak lah ni. Hmmm... Boleh tahan sedap jugak ek nama encik ni." Ujar Qaisara, ikhlas. Muhammad Qaiser Rayyan? Sedap! No, lagi indah kalau nama tu jadi nama imam aku! Ecececeh gatal kau ni, Qai!
"Ha'ah kan! Macam ada jodoh pulak!"
Qaisara menyembunyikan senyum. Dalam kes sekarang ni, bukan aku je gatal keyh! Mamat bunga depan ni pun sama naik! Nasib hensem!
"Eh encik ni. Bergurau lain macam."
Rayyan hanya mampu tergelak. Bukan ke aku baru cakap tak payah panggil encik tadi? Urghh! Jam di tangan dikerling. Fuh, dah pukul 9 malam!
"Saya gerak dulu ye, cik adik."
Qaisara mengangguk perlahan.
"Hati-hati di jalan raya, encik. Terima kasih banyak-banyak untuk hari ini."
Pemuda itu hanya mengangguk. Senyum manis terukir di bibir. Dia terus menghilang dibalik kereta itu.
Share this novel