BAB 14

Romance Series 5855

Usai tetamu sudah sedikit beransur pulang, pasangan mempelai itu beredar masuk ke dalam bilik buat seketika. Mereka berdua duduk dibirai katil. Tiada perbualan diantara mereka. Kedua-duanya masih berasa janggal.

Rayyan menoleh sekilas ke arah isterinya itu. Perlahan-lahan dia merapati Qaisara. Namun, si isteri bergerak menjauhi sedikit daripadanya. Rayyan tersenggih melihat kekalutan isterinya itu. Dia semakin merapati Qai lalu dipeluk erat pinggang wanita itu.

Qaisara berdecit perlahan seraya cuba membuang tangan lelaki itu dari pinggangnya namun sedikit pun tangan lelaki itu tidak beralih.

"Lepaslah Rayyan!" Qaisara berdecit geram.

"Tak nak lepas! Sayangkan dah officially jadi isteri abang. Suka hati abanglah nak buat apa-apa dekat sayang. Nak buat lebih daripada tu pun boleh tau." Senyum nakal dipamerkan. Memang sengaja nak mengusik si isteri!

Gulp! Qaisara menelan liur lantas menjeling suaminya sekilas.

"Awak jangan nak macam-macam dengan saya eh! Kalau tak, saya jerit!" Qaisara memberi ugutan berbaur amaran kepada Rayyan.

Rayyan mengelengkan kepala mendengar ugutan si isteri. Sungguh macam budak-budak sekali telatahnya itu. Eyyy comel tahu tak!

"Sayang jeritlah sekuat yang sayang nak. Orang takkan pedulikan sayang pun. Diaorang faham sangat." Ujar Rayyan selamba. Senyum nakal masih dipamerkan diwajah hensem itu. Choiii hensemlah sangat!

Qaisara mengeluh panjang. Langsung tak makan saman ek mamat ni! Bukan setakat tak makan saman je, malah dia pulak yang kena balik! Aisehhhhh...

'Ish, baru jadi isteri tak sampai berapa jam, kau dah buat dosa dekat suami kau. Ish,ish,ish...' Gerutunya dalam hati.

"Rayyan, saya nak mintak maaf." Pohon Qaisara, perlahan. Kepala menunduk memandang lantai.

"Sokay, abang tak ambil hati pun." Si suami tersenyum. Kepala si isteri diusap perlahan.

"Sayang..." Panggil Rayyan meleret.

Qaisara menjongketkan keningnya.

"Call me Abanglah. Tak sedaplah, plus tak sweet langsung kalau sayang panggil abang guna nama abang je."

"Hm boleh je!" Balas Qaisara tanpa ragu-ragu.

Rayyan menyengih. Nasib baik dia tak reject macam haritu! Kalau tak memang aku merajuk habis-habisan. Hahahaha!

"Begitu indah sekali kan perjumpaan kita kali ketiga ni." Rayyan menguntum senyum. Aisehhh man!

Qaisara membuat mimik muka mendengar ayat yang keluar daripada mulut lelaki itu.

'Tak boleh blah betul ayat laki aku ni!' Kutuk Qaisara dalam hati. Tawa yang hampir pecah ditahan sebaik mungkin.

Mata Rayyan memandang seraut wajah sang isteri disebelah itu.

"Sayang kutuk abang dalam hati eh?" Duga Rayyan sambil menari-narikan kening beberapa kali.

Terletus jua tawa dari mulut Qaisara mendengar pertanyaan dari lelaki itu.

Chup!

Tawa mati apabila si suami menghadiahkan sebuah ciuman di pipi kanannya.

"Abang! Apa ni!" Mencerlung matanya memandang Rayyan. Bibir diketap geram seraya menjeling si suami. Jantungnya laju berdegup. Bagai hendak pecah rasanya. Laju dia bangun lalu menjauhi lelaki itu.

"Kenapa jeling-jeling tu, abang cungkil mata tu karang." Tegur Rayyan dalam nada gurauan.

Qaisara mendengus geram. Dia pantas bangun menuju ke bilik air seraya menghempas kuat pintu bilik air itu.

Terperanjat Rayyan dibuatnya. Dada diurut perlahan. Ish garang betul bini aku ni! Ni belum lagi aku buat benda lain dekat dia, tak pasal-pasal nanti aku kena humban dengan dia ni.

Bunyi lagu Crawling nyanyian American rock band terkenal itu mengejutkan Rayyan. Iphonenya pantas dikeluarkan dari poket seluar. Firas call? Panggilan pantas diangkat seraya keluar dari bilik itu.

Qaisara didalam bilik air memegang dadanya. Dadanya berdebar-debar menerima sentuhan lelaki itu.

"Saya mintak maaf, Rayyan. Saya terlalu nervous..." Suara kecilnya berkata-kata. Keluh dilepaskan. Dia menyedari sikapnya yang agak berkurang ajar dengan suaminya. Dia berjanji dengan diri sendiri yang dia akan mengawal diri daripada bersikap sebegitu lagi.

Lambat-lambat dia keluar juga dari bilik air itu. Jam di dinding dikerling sekilas. Jam sudah menginjak ke pukul 6.30 petang. Mata melilau pula di setiap pelosok bilik itu untuk mencari kelibat si suami. Bilik itu kosong sahaja. Keluh panjang dilepaskan sebelum dia membentangkan sejadah untuk menghadap-Nya.

Usai solat asar, dia terus melangkah keluar dari bilik untuk mencari si suami. Matanya sedikit bercahaya apabila dapat menangkap susuk tubuh suaminya di dalam sekelompok kecil tetamu disitu. Terus dia bergerak menghampiri si suami.

Tersenyum Rayyan melihat si isteri datang menghampiri. Pinggang si isteri dipeluk erat. Jelas kelihatan muka isterinya bertukar rona. Ececececeh depan tetamu bolehlah dia nak pegang-pegang si isteri sana sini. Kalau dalam bilik dia buat macam ni, mahu kena humban kejap lagi!

"Cantik isteri, bos!" Puji Firas seraya mengenyitkan mata kepada Qaisara.

"Kan! Cantik betul isteri bos kita ni!" Tokok Yani. Najah disebelah mengangguk dengan kata-kata Yani dan Firas. Mereka semua merupakan pekerja-pekerja di kafe milik Rayyan.

Qaisara hanya tersenyum mendengar pujian itu. Kembang jugak apabila dipuji depan-depan sebegitu.

'Eh cop-cop! Suami aku ni bos ke? Tak tahu pun!'

Rayyan menjeling Firas sekilas apabila ternampak lelaki itu mengenyitkan mata kepada isterinya. Hati jantannya sedikit cemburu walaupun dengan pekerja sendiri. Erghhh parah kau ni Rayyan!

"Kau jangan nak menggatal dengan isteri aku eh! Bantai kau kejap lagi kang, Firas!"

"Rilekslah bos. Aku gurau jelah."

Qaisara menggelengkan kepala. Dengan mamat tu pun laki dia nak jealous! Namun hatinya sudah mula membina taman bunga apabila terkenangkan si suami sudah mula cemburu dengannya. Cemburu tandanya sayang! Gitcheww...

"Dia orang memang macam ni kak. Pantang jumpa, asyik nak gaduh je! Harap je sorang bos, sorang pekerja. Dua-dua sama naik, kak." Yani menambah apabila melihat wanita disebelah bosnya sudah tergeleng-geleng kepala.

Rayyan dan Firas mengekek mendengar kata-kata si Yani.

"Oh..." Balas Qaisara sepatah. Sejujurnya dia masih segan dengan semua rakan-rakan si suami. Tak tahu nak borak apa dah.

"Sayang lapar tak? Nak makan?" Bisik Rayyan sambil tangan masih memeluk kemas pinggang si isteri. Taknak lepas, sis!

Qaisara menggeleng perlahan. "Tak lapar lagi." Bisiknya semula.

"Sayang tak nak masuk bilik ke?" Soal Rayyan lagi dalam nada berbisik.

"Haih bos kita ni! Main bisik-bisik pulak depan kami. Hormatilah yang single ni, okay!" Leter Firas selamba. Memang hobinya cari pasal dengan bosnya barangkali.

Qaisara tergelak kecil mendengar bebelan lelaki itu. Soalan si suami tadi dihiraukan sahaja.

Rayyan mencebikkan bibirnya. Wajah si isteri direnung dalam. Apabila mata mereka bertembung, Rayyan terus memberikan isyarat 'masuk bilik' kepada si isteri. Namun Qaisara memulaukan sahaja lelaki itu.

"Bos jemput Zara sekali kan haritu? Mana ek dia?" Celah Najah tiba-tiba.

"Of course lah jemput. Dia kan pekerja saya jugak! Tapi tak tahu pulak dia datang ke tak..." Jawab Rayyan lalu matanya melilau mencari kelibat wanita itu.

"Ececececeh pekerja jugak konon! Dia kan ex-girlfriend bos...Oopss!" Sampuk Najah, pekerjanya yang bermulut becok itu.

Mata masing-masing memandang Najah, Qaisara dan Rayyan silih berganti. Yani disebelah sudah memberi isyarat 'kunci mulut' kepada Najah.

Qaisara mengerutkan dahi dengan perubahan suasana itu. 'Ex-girlfriend je kan? Kenapa semua nak acah-acah cover ni?'

"Sayang pergi naik atas dulu. Nanti abang masuk bilik kita." Bisik Rayyan apabila keadaan sudah menjadi sedikit janggal.

"Nak jumpa ex abanglah tu. Urmm pergilah..." Bisik Qaisara kembali. Langkah terus dibawa ke sebuah meja tidak jauh dari situ. Mata naik melilau mencari sahabat baiknya, Faz.

Rayyan mengeluh panjang mendengar balasan si isteri. Cemburu ke dia? Haih...

"Eh kau ni kan, Najah! Mulut tu jaga sikit boleh tak! Kan isteri bos ada jugak tadi." Bidas Firas selepas isteri kepada bosnya sudah beredar.

Yani mengangguk laju. Geram juga dengan rakan sekerjanya itu.

"Sorrylah, aku tak sengaja. Terlepas cakap tadi..." Balas Najah sambil menundukkan wajah. Takut nak pandang wajah-wajah dihadapannya itu.

"Dah-dah. Don't worry okay! She's okay. Tapi lepas ni, please jangan mention lagi pasal benda ni." Rayyan membetulkan keadaan. Sesekali matanya mengerling ke arah si isteri. Nasib dia ada dengan Faz! Boleh lighten up mood dia sikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience