BAB 21

Romance Series 5845

Sepanjang perjalanan, hanya sepi sahaja kereta itu. Rayyan sesekali mengerling manja memandang wajah si isteri. Diam je ni… Mood tengah tak elok ke?

“Sayang…”

Qaisara berpaling lalu menaikkan kening sebelah kanannya. Malas nak buka mulut gamaknya.

“Rindu.”

“Ceh! Dah depan mata pun nak rindu-rindu.” Bibir dicebik. Namun dalam hati sudah kembang setaman!

“Alah sayang ni tak sweet langsunglah. Cuba buat muka terharu ke, muka bahagia ke. Ni duk mencebik-cebik macam tu. Haish!”

“Dah abang yang duk ‘bergula’ tak bertempat.” Balasnya bersahaja.

Rayyan tergelak kecil dengan balasan Qaisara. Timbul pula dek akal untuk mengusik isteri kesayangannya ini.

“Sayang nak tahu tak? Kalau abang bagi ayat tu dekat Zara kan, mahu dia terus peluk abang tahu tak. Tu baru namanya cinta.”

Laju Qaisara berpaling. Bibir diketap. Cinta? Hak puihhhh… Sememangnya dia mengatakan yang dia tak mahu memberikan hatinya kepada lelaki itu sepenuhnya. Namun, tidak dapat dinafikan yang rasa sayang sudah hadir setelah sudah sering mendapat layanan yang baik dari lelaki itu. Perempuan mana je yang tak cair dengan semua itu? Cinta dan sayang adalah dua perkara yang berbeza kan?

“Kenapa ketap-ketap bibir tu? Jealous?”

“Tak pun.” Bibir dijuih ke hadapan. Menahan rasa.

“Baguslah kalau macam tu. Tak adalah abang nak risau lagi kalau nak keluar date dengan dia.”

Keluh dilepaskan. Wajah lelaki disebelahnya dipandang tajam. “Abang ni tak habis-habis nak cakap pasal Zara tu kenapa? Apa hubungan abang dengan dia?”

“Checkmate! Sayang jealous! Hahahaha!”

“Ish! Mana ada!” Pandangannya terus dibuang keluar. Malas nak melayan encik suami.

“Okay-okay, I’m being serious right now. Sayang kerja dekat mana?”

“Office.”

“Erm abang nak sayang berhenti. Tak perlulah kerja-kerja ni. Abang mampu nak tanggung sayang dan anak-anak kita.”

Qaisara mengerling. Wajah itu dipandang dengan perasaan yang sukar diertikan. Berhenti kerja? Tanggung anak-anak kita? Dia cakap anak-anak kita?

“Tak nak. Saya nak kerja.” Putusnya perlahan.

Rayyan mengeluh. Jari-jemari si isteri disulamkan dengan tangan kirinya. Tangan kanannya masih terletak elok pada stereng kereta itu. Mata juga masih fokus dengan pemanduannya.

“Kenapa tak nak berhenti? Susah sangat ke arahan abang yang satu ni?” Suara Rayyan kedengaran tegas tapi tidak menaikkan sedikit pun oktaf suara itu.

Qaisara menggigit bibir. Takut dengan perubahan nada lelaki disebelahnya itu. Wajahnya ditundukkan sebelum menjawab.

“Saya tak nak susahkan abang. Saya tak perlukan duit abang. Saya takut kalau suatu hari nanti…” Kata-kata dibiarkan tergantung.
Memang sebelum kahwin lagi dia sudah fikirkan pasal benda ni. Dia takut dengan hubungan mereka ini. Even, kalau kahwin dengan orang lain pun, dia akan turut takutkan perkara ini. Malah lebih takut, mungkin? Macam mana kalau dia ditinggalkan suatu hari nanti? Dilepaskan begitu sahaja? Kalau dia tak kerja, bagaimana dengan kehidupan dia untuk masa akan datang? Kalau tak kerja, semestinya tiada duit. Bagaimana dia mahu sara hidupnya untuk masa akan datang?

Rayyan terdiam. Kereta diberhentikan di bahu jalan. Wajah si isteri dipandang tunak.
“Sayang cakap apa ni? Sayang takut suatu hari nanti, apa? Takut kita berpisah? Itu yang sayang maksudkan?”

Qaisara mengangguk perlahan. Wajah masih menunduk menekur kasut. Takut hendak berlawan pandang dengan lelaki itu.
Keluh panjang dilepaskan sebelum Rayyan memegang kejap kedua-dua belah bahu Qaisara. Wajah itu turut dinaikkan sedikit supaya menghadapnya.

“Hey sayang, kenapa fikir sampai macam tu sekali. Dalam hidup abang ni, abang memang nak kahwin sekali je seumur hidup yakni dengan Nur Qaisara sahaja. Nur Qaisara sahaja yang boleh jadi isteri abang. Nur Qaisara sahaja yang boleh jadi bidadari dunia akhirat abang. Abang langsung tak ada niat untuk tinggalkan sayang walaupun kita kahwin atas permintaan keluarga. Sayang kena tahu yang abang memang sudah ada perasaan cinta dengan sayang sebelum kita nikah lagi.”

“Please jangan fikir lagi yang abang akan tinggalkan sayang. Sayang dah jadi segala-galanya dalam hidup abang. Abang tak paksa sayang untuk terima abang sepenuhnya tapi abang mintak sayang bukakan hati sayang untuk terima abang sebagai suami sayang. Jangan fikir yang bukan-bukan. Have faith dengan Allah SWT. Banyakkan berdoa semoga hubungan kita kekal berpanjangan sehingga ke akhir dunia malah till Jannah. Okay?” Sambungnya panjang lebar.

Akhirnya menitis jua air mata dari tubir mata. Kata-kata itu meresap ke dalam hati. Keyakinan dia terhadap lelaki itu kian bertambah. Ada betulnya kata suaminya itu. Have faith dengan Allah SWT. Banyakkan berdoa untuk hubungannya dan Rayyan.

“Dah tak mahu nangis-nangis. Abang sayang sayang dengan sepenuh hati abang. Abang pun tak dapat nak ramal apa yang akan jadi dengan hubungan kita pada masa hadapan. Tapi berbalik kepada apa yang abang cakap tadi, have faith dengan Allah. Panjatkan doa, minta kebahagiaan dalam hubungan kita suami isteri.” Tutur Rayyan lagi. Tangannya naik mengusap air mata si isteri.

Perlahan-lahan Qaisara mengangguk. Hatinya mula yakin dengan ketulusan suaminya.

“Saya akan berikan kepercayaan saya dekat abang. Saya sebenarnya takut kalau abang tinggalkan saya suatu hari nanti selepas nampak satu persatu kekurangan saya. Saya dah pernah ditinggalkan oleh seseorang disebabkan kekurangan saya. Saya harap abang faham…”

Rayyan mencoretkan senyum nipis. Fahamlah dia kini yang isterinya mempunyai kisah tersendiri. Teringat dia dulu dengan kata-kata Faz semasa mereka baru pertama kali berjumpa. “Dia ada ‘kisah’ sikit pasal cinta-cinta ni. So, dia serik sikit nak bercinta-cinta ni.”

“Abang faham sayang. Abang pun banyak kekurangan. So, kita dah jadi suami isteri ni, why not kita saling melengkapi antara satu sama lain? Sayang mesti pernah dengar kan ayat ni? Put a trust on me, will you?”

Qaisara mengangguk laju. Akhirnya dia mampu tersenyum lega. Alhamdulillah aku dikurniakan suami sebaik Muhammad Qaiser Rayyan.

“Terima kasih abang. Terima kasih sebab terima saya seadanya.”

“Terima kasih juga sayang sebab beri kepercayaan sayang dekat abang. I love you for the entire world. I love you, sayang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience