"Aku terima nikah Nur Qaisara binti Mohd Qairul dengan mas kahwin RM1,000.00 tunai."
Dengan sekali lafaz sahaja, Qaisara sudah selamat menjadi isterinya yang sah. Dia tersenyum sampai ke telinga melihat si isteri. Yes! Dia! So speechless.
Manakala Qaisara di situ masih menunduk. Langsung tidak mahu memandang wajah suaminya. Entah siapa pun dia masih tak tahu. Debaran di dada masih memuncak walaupun dia telah selamat menjadi isteri yang sah oleh lelaki yang tak dikenali itu.
Rayyan menghampiri wanita itu untuk acara menyarungkan cincin serta membatalkan air sembahyang.
Qaisara serta-merta mengangkat muka setelah melihat si suami yang sudah duduk dihadapannya.
"Rayyan?" Jelas riak muka menzahirkan perasaan sangat terkejut. Air liur diteguk laju. Plot twist apakah ini?
"Yeah, it's me! Muhamad Qaiser Rayyan. Your hubby." Bisik Rayyan menggoda.
Sejujurnya dia pun turut terkejut melihat bakal isterinya tadi. Ternyata wanita itu adalah Qaisara! Wanita yang dia cintai. Malah, wanita itu juga yang telah menolak lamarannya sebelum ini! Namun, tidak pernah sekelumit benci pun dia simpankan buat wanita itu.
Zupppp!
Darah malu naik menyimbah muka Qaisara. Wajah ditundukkan semula. Sungguh dia malu hendak menghadap muka lelaki itu kerana perjumpaan terakhir mereka diakhiri dengan dia yang menolak lamaran dan meninggalkan lelaki itu. Boleh tak dia nak undurkan masa untuk kali ini?! Oh god!
"Eh pengantin ni. Lamanya nak sarung cincin." Tegur Mak Nur, ibu kepada Qaisara.
"Hehehehe..." Rayyan mengeluarkan cincin dari kotak cincin itu.
Qaisara menghulurkan jari kepada si suami. Tangannya terketar-ketar.
"Eh, sayang. Chill je okay! Don't be nervous." Bisik Rayyan perlahan.
Qaisara mengangguk. Nafas dihela perlahan.
Akhirnya, cincin sudah tersarung cantik dijari manis. Dia turut menyarungkan ke jari manis lelaki itu. Wajah Rayyan diperhati. Sejujurnya dia memang rindukan wajah ini. Tidak sangka pula lelaki ini adalah suaminya. Nasib baik dia tak reject kaw-kaw hari tu! Kalau tak, memang 'masaklah' kau, Qaisara!
Rayyan menarik wajah Qaisara merapatinya. Dahi wanita itu dikucup penuh syahdu.
"Assalammualaikum, isteriku." Ucap Rayyan dengan nada yang perlahan. Hanya dia dan Qaisara sahaja yang boleh mendengarnya.
"Waalaikummusalam..." Balas Qaisara dalam hati. Matanya dipejam rapat.
Alhamdulillah majlis akad nikahku dipermudahkan. Terima kasih, Ya Allah. Aku bersyukur dengan ketentuanmu.
Share this novel