Masuk sahaja bilik, kedua-duanya mendiamkan diri. Rayyan diam, begitu juga Qaisara. Janggal? Semestinya tidak! Cuma masing-masing tak tahu nak borak apa.
"Erm merajuk ke isteri abang ni?" Kepala si isteri diusap perlahan. Wajah itu direnung dalam. Melampiaskan rasa rindunya setelah sepanjang hari dia tiada dirumah. Jampi apalah yang sayang bagi dekat suami sayang ni. Parah betul kau ni, Qaiser Rayyan! Wake up man!
Qaisara mengerling si suami sekilas kemudian menggelengkan kepala sebagai jawapan kepada soalan itu tadi.
"Tipu!"
"Betullah, buat apa saya nak merajuk..."
"Elelelele, sayang abang ni. Taknak mengaku pulak dia! Sayang mesti rindukan abang, kan?"
"Urm dahlah, saya nak tidur." Qaisara membaringkan tubuh di atas katil itu. Malas nak layan dengan soalan-soalan Rayyan. Buat sakit hati je!
"Hey tak habis lagi ni. Sayang tak nak tanya ke abang pergi mana tadi? Kot-kot abang keluar dating dengan si Zara tu ke..." Duga Rayyan sambil melompat-lompatkan kening. Memang hobinya mengusik si isteri, nak buat macam mana kan?!
Qaisara yang sedang baring terus duduk semula. Zara? Mamat ni nak kena smackdown dengan aku ke? Mulalah bait-bait overthinking nak keluar. Entah apa yang dia orang buat kalau keluar berdua. Pergi mana? Hatinya terus tak tenang. Wajah dihadapan dipandang tajam.
Rayyan tergelak kecil melihat 'tindakan refleks' si isteri. Raut wajah di hadapannya tika ini amat ketara dengan raut cemburu. Bahagia pula hati ini. Terasa diri disayangi dan dicintai. Ecececeh! Kalau Rayna dengar ni, mampuih aku kena bahan setahun!
"Awak jumpa 'pompuan' tu ke? Baik awak jujur dengan saya sekarang. Ergh!"
"Aip! Apa 'pompuan-pompuan' ni. Dia ada namalah, Qaisara sayang. Panggil dia Zara, okay? Lagi satu, bukan 'awak' tapi 'abang'. Lagi sekali abang dengar sayang berawak-awak dengan abang, abang terus tutup mulut sayang tu guna mulut abang." Senyum nakal sengaja diconteng pada muka.
"Asyik nak backup minah tu je." Omelnya perlahan. Namun, mukanya tetap berubah kemerah-merahan mendengar ayat terakhir lelaki itu. Haish mamat ni sukalah macam ni! Pantang ada peluang! Eh mamat pulak... maksud aku, laki aku!
"Ha sayang cakap apa? Abang tak dengar..." Telinganya didekatkan dengan si isteri.
"Ergh tak ada apalah. Bye, nak tidur." Baru sahaja dia mahu membaringkan tubuh, Rayyan sudah menahan.
"Abang pergi kafe hari ni, tak cukup pekerja tadi. So abang tolong coverkan. Sorry sebab tak bagitahu sayang awal-awal. Abang terlupa..."
Qaisara mencebik mendengar ayat terakhir lelaki itu. Terlupa? Bini yang sorang ni pun boleh terlupa. Nampak sangat aku bukan siapa-siapa dalam hidup dia. Sendu betul kau ni, Qaisara!
"Okay." Nadanya berubah lirih. Sedikit terasa dengan si suami. Qaisara terus membaringkan tubuh lalu memejamkan mata.
"Sorrylah, abang bukan sengaja." Jari telunjuk mencuit-cuit pipi si isteri.
Diam. Tiada apa-apa respons.
"Ayanggg... Abang minta maaf, okay?"
"Okay." Balas Qaisara sepatah dengan mata yang masih terpejam.
"Sayang merajuk lagi, kan? Bukak mata tu, meh pandang suami sayang yang hensem lagi kacak bergaya ni." Tangannya menekap cantik pada kedua-dua belah pipi gebu si isteri.
Hensem lagi kacak bergaya? Fuh, betul-betul puji diri sendiri ek! Narsistik! Wajah Rayyan dipandang sekilas lalu anak mata laju dilarikan. Pandang kipas lagi selamat kot hati aku ni! Kalau pandang mata encik suami, mahu tercair kejap lagi! Dup-dap dup-dap karang!
"Baby abang ni kenapa merajuk sangat ni? Abang tak sengajalah sayang. Abang betul-betul minta maaf, abang busy sangat-sangat hari ni. Tak menyempat-nyempat nak tengok telefon."
Qaisara terus bangun dari baringan. Keluh kecil dilepaskan.
"Saya tak layak nak marah mahupun merajuk dengan awak. Lagipun, saya bukan siapa-siapa dalam hidup awak. Tak penting pun kewujudan saya ni. Awak pun kan dah biasa hidup tanpa saya." Qaisara bingkas bangun. Tak betah duduk berdua dengan lelaki itu. Takut-takut kalau mereka bergaduh besar kejap lagi. Baru hari kedua menikah, dah gaduh? Apa daaa...
"Aip! Apa sayang merepek ni? Eyy, tak mahulah macam ni. Sayang penting dalam hidup abang. Sayang isteri abang. So, jangan sesekali lagi sayang cakap macam ni. Abang dah tak nak dengar lagi sayang cakap benda bukan-bukan macam ni lagi. Dan lagi satu..." Jeda. Si isteri ditarik supaya duduk dihadapannya kembali. Rayyan menarik sengih nakal sebelum...
Chup!
Bibirnya selamat mendarat cantik pada bibir si isteri. Orang dah kata tadi, tak nak dengar! Kan dah mendapat! Hahahahaha!
Qaisara langsung kaku. Bibirnya dipegang. Mata langsung tak berkelip. Seketika kemudian, wajah di hadapan dipandang bagai nak diterkam.
"Awak buat apa ni, Qaiser Rayyan!"
"Buat pahala!"
"Ish awak ni kan! Sudahlah, lebih baik saya tidur!"
Chup!
Sekali lagi bibirnya menempel cantik pada bibir Qaisara.
"Muhammad Qaiser Rayyan!!! Awak ni dah kenapa? Saya tak sukalah." Jeritnya geram.
"Abang dah kata tadikan, jangan nak berawak-awak dengan abang. Sayang juga yang tak nak dengar. Hahahaha!"
"Ish bencilah! Saya nak tidur bilik Rayna lah."
"No! Okay-okay abang tak kacau sayang dah." Pinggang Qaisara dipeluk erat. Tak mahu wanita itu keluar dari bilik.
Qaisara diam. Selesa pula dipeluk sebegitu. Aip, kawal diri tu, Nur Qaisara!
"Erm, sayang masih marah dekat abang ke?"
Qaisara masih buat don't know je dengan soalan lelaki itu. Masih diam tidak berkutik.
"Haa... Memang abang cakap dengan aircond, kipas, lampu, pintu bilik ni pun. Ergh!" Perli Rayyan bersama riak geramnya.
Qaisara menahan gelak. Tersembul satu idea nakal untuk mengenakan lelaki itu pula.
"Okay fine! Saya akan maafkan abang tapi dengan satu syarat..." Ujarnya bersama satu sengihan. Panggilan juga sudah ditukar kepada 'abang' semula. Takut juga kalau suaminya buat 'scene-scene' drama korea dia tu lagi.
"Alah sayang ni. Urmm yelah, apa syaratnya..." Balas Rayyan dengan riak pasrahnya.
"Abang kena stream sama-sama music video group k-pop favourite sayang. Tak lama mana pun, only for 1 hours. Please..."
Rayyan tercengang dengan syarat si isteri. Stream for 1 hours? Fuh! Memang tak ada kerja betul! Kalau stream benda lain okaylah jugak. Ini nak suruh dia stream mamat-mamat korea dia tu! Naurrr... Sememangnya tidak dan tidak! Cemburu tahu tak sayang oi!
"No! Sayang tukar syarat lain!"
"Erm, abang tak nak, tak apalah." Qaisara sengaja bersuara luluh. Mukanya langsung memainkan peranan. Dia bangun menuju ke laptop di atas meja kerja lelaki itu.
Rayyan mengeluh panjang mendengar balasan si isteri. Nasib baik sayang tahu tak! Si isteri didekati. "Eyyy... Yelah-yelah. Sayang nak stream video apa? Haish sayang sangat dengan k-pop idol sayang tu!"
"Bukan k-pop idol lah, tapi 'pakwe'..." Qaisara tergelak kecil selepas menghabiskan ayatnya itu.
Rayyan terus mencebik. Pipi si isteri ditarik geram.
"Abang!!! Sakitlah!"
"Padan muka! Siapa suruh sibuk dengan mamat-mamat korea tu je! Abang rasa macam diduakan tau tak!" Luahnya tak berpuas hati.
"Hahahahah! Apalah abang ni! Dengan dia orang pun nak cemburu. Macam budak kecik tahu tak!"
"Of course lah cemburu! Dahlah ramai pulak tu! Eyyy sakit hati!"
"Kuat cemburu betullah abang ni! Kalah perempuan tahu tak!"
"Erm tahu pun!" Balas Rayyan dengan yakin. Dia turut setuju dengan kata-kata si isteri. Al-maklumlah, sayang isteri, kan? Opkoslah nak jaga baik-baik. Itu yang cemburu memanjang. Choiii!
Qaisara menggeleng sambil tangannya laju menekan papan kekunci laptop itu. Lagu Trigger!
"Hensem tak dia orang?" Soal Qaisara kepada si suami yang sedang memuncung disebelah. Skrin laptop diajukan ke suami.
"Tak!" Laju dia menjawab. Fuh, terus jadi haters ek kau, Rayyan! Kalau dekat dalam aplikasi twitter ni, mahu aku kena kecam kaw-kaw. Bukan dia tak tahu yang peminat-peminat k-pop di dalam Twitter ni bukan biasa-biasa. Pantang sentuh bab idola mereka, mahu kena 'bash' teruk. Hahahaha tapi tak tahulah sejauh mana kebenaran itu. Ini pun dia tahu sebab pernah terbaca dalam satu artikel di dalam internet. Dunno...
"Abang ni kan! Urm...taknak kawan!" Qaisara menarik muncung sedepa.
"Yelah-yelah, semua hensem! Tapi abang yang terpaling hensem! Fullstop!"
Qaisara mencebik mendengar kata-kata si suami. Taknak kalah keyh! Tapi betullah kot, laki aku terpaling hensem. Eheks, tiba-tiba nak claim terpaling sayang suami ek kau ni, Qai!
"Abang..."
"Erm?" Soalnya dengan mata yang masih fokus dengan music video lagu Trigger yang masih terpasang di dalam laptop itu. Ralit dia memerhatikan gerak-geri tarian mereka. Boleh dikatakan tarian mereka semuanya serentak. Perfect sync!
Outfit mereka pun lawa. Entah berapa banyak pakaian yang mereka pakai dalam satu video muzik ini. Sekejap-sekejap mereka berpakaian seperti ingin berlumba a.k.a baju racer, kemudian beralih ke baju berwarna hitam penuh, selepas itu mereka bertukar pula ke baju berwarna putih dan ada juga dia ternampak mereka berbaju-T. Memang tidak dapat dinafikan bahawa mereka ada gaya tarikan sendiri seperti melalui rentak lagu, vokal, tarian, pakaian, rupa paras dan banyak lagi. Ergh... patutlah bini kau tu suka sangat dengan dia orang, Rayyan oi!
"Saya mengantuk. Jom tidur."
"Eh tadi kata nak stream for 1 hours bagai..." Perlinya sambil tersenyum mengusik.
"Saya saja je nak kenakan abang tadi! Hahahaha..."
"Haish bini abang ni karang! Nakal eh! Siapa ajar jadi naughty-naughty ni?" Hidung Qaisara dicuit manja.
"Of course lah abang! Hahaha..."
"Eyyy abang jugak yang disalahkan. Erm... Dahlah, jom tidur. Daripada kita stream mamat korea tu, lebih baik kita buat baby. Nak berjam-jam pun abang sanggup tahu tak." Senyum nakal dicoretnya.
Qaisara terdiam mendengar kata-kata lelaki itu. Melihatkan senyuman nakal yang tertampal dibibir suaminya membuatkan dia meneguk liur laju. Berderau darah kalau muncul sahaja bab-bab 'baby' ni. Sungguh dia masih tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab yang satu itu.
"Abang tidurlah dulu. Saya nak pergi toilet kejap." Qaisara terus menghilang ke bilik air.
"Hahahahaha takut lerrr tu!" Rayyan menjuih bibir. Tubuh dihempas di atas tilam empuk itu. Hari yang sangat memenatkan! Tanpa menunggu si isteri yang entah keluar entah tidak dari bilik air itu, matanya terus terpejam erat. Mengantuk bercampur dengan penat!
Qaisara yang baru keluar dari bilik air itu terus menghampiri si suami yang sudah terlena.
"Awalnya dia tidur. Baru tinggal kejap, dah terus ke bulan ek. Penat sangat ni..."
Qaisara membaringkan tubuh disebelah lelaki itu. Comforter dihujung kaki ditarik lalu dibalut pada tubuhnya dan suaminya. Badan diiring menghadap si suami. Wajah itu direnung dalam.
Tidak pernah dia sangka yang lelaki ini akan menjadi suaminya yang sah. Tak pernah terjangkau dek akal fikiran. Kisahnya terasa seperti di dalam drama dan novel melayu pula. Namun, sampai bila hubungannya dengan Rayyan akan bertahan? Mungkin sampai bila-bila atau sampai setengah jalan sahaja? Hatinya tidak mampu meletakkan apa-apa jaminan kebahagiaan untuk hubungan ini. Dia takut jika kisah dia dan Fahmi berulang kembali. Dia takut jika Rayyan turut meninggalkannya jikalau ada ternampak kekurangannya. Lagi-lagi jika Rayyan tahu tentang rahsia besarnya. Kisah silamnya... Dia yakin Rayyan akan membuangnya setelah mendapat tahu tentang perkara itu! Satu-satu kekurangannya yang paling dia takuti!
"I'm so sorry, abang. Saya tak berani nak taruh seluruh hati saya untuk abang. Saya takut."
Share this novel