BAB 11

Romance Series 5855

Hujan lebat tidak henti-henti sedari tadi. Mulutnya masih terkumat-kamit berdoa agar majlis berjalan dengan lancar. Ketika itu, dia sudah berada di ruangan yang disediakan khas untuk pengantin perempuan. Dadanya berdebar-debar bagai hendak pecah rasanya.

"Dah ready ye?" Soal Tok kadi itu.

Pengantin lelaki mengangguk. Qaisara hanya dapat melihat belakang tubuh lelaki itu.

"Rayyan hadi bin Azman?" Soal Tok kadi itu lagi.

"Iya saya."

"Rayyan hadi?" Qaisara melilaukan mata, cuba untuk melihat wajah lelaki yang bakal menjadi suaminya sebentar lagi. Namun masih sukar untuk melihat wajah itu kerana lelaki itu masih tiada tanda-tanda untuk berpaling ke arahnya.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Qaisara binti Qairul dengan mas kahwin RM1,000.00 tunai."

"Aku terima nikah Nur Qaisara binti Qairul dengan mas kahwin RM1,000.00 tunai." Lafaz pemuda itu dengan sekali lafaz sahaja.

Lelaki itu berpaling lantas Qaisara terkejut. Rasa tercekik pula dirinya melihat lelaki itu.

"Apa ni? Aku tak nak kahwin dengan dia!" Jerit Qaisara tiba-tiba. Dia terus berdiri tanpa berfikir panjang.

Lelaki jongang dan berkaca mata yang baru sahaja sah menjadi suaminya datang merapati.

"Hey, sayang. Kenapa ni? Kita dah selamat nikah dah pun tadi."

"Tak nak! Tak nak! Aku tak nak kahwin dengan kau!" Terus dia berlari keluar dari masjid itu namun lelaki itu lebih pantas menahan pergelangan tangannya.

"Nak pergi mana ni, sayang? Awak dah selamat jadi isteri saya tau tadi."

"Lepaskan aku! Aku nak cerai!" Jeritnya sekuat hati.

"Aku nak cerai! Aku nak cerai! Aku nak cerai!"

"Wei..." Faz laju menepuk pipi sahabatnya itu.

"Aku nak cerai!" Ujar Qaisara dengan mata yang masih terpejam.

"Qai!" Kali ini dia menggoyangkan tubuh wanita itu sedikit kuat.

Qaisara tersentak. Mata dicelik. Kiri dan kanan di perhati. Nafas lega dihembus. Mimpi rupanya!

"Kau mimpi apa ni, Qai? Dari tadi aku dengar nak cerai, nak cerai."

Qaisara hanya menggeleng perlahan. Keluh dilepaskan. Mimpi tadi cuba diusir pergi dari fikirannya.

"Aku takut, Faz. Aku takut kalau aku tak boleh terima lelaki pilihan parents aku tu."

"Ermmm...kau ni banyak sangat berfikirlah, Qai. Doa yang banyak-banyak. Pergilah buat solat-solat sunat dulu sebelum sambung tidur. Dah pukul 3 pagi ni."

Qaisara mengangguk lagi.

"Aku masuk bilik aku dulu."

"Baik..." Balasnya perlahan. Tiada tenaga lagi untuk berkata-kata. Bilik air dituju lantas wudhuk diambil. Semoga hadirnya ketenangan di dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience