Rayyan melepaskan hela lega apabila keretanya sudah terparkir cantik di lorong berdekatan dengan rumah ibu bapa wanita itu. Matanya dikecilkan melihat gerangan pemandu di dalam kereta Suzuki Swift putih yang baru keluar dari pagar rumah itu.
"Qai? Dia nak pergi mana ni?" Soalnya seorang diri.
Laju keretanya mengikuti kereta itu dari jauh. Taknaklah nampak obvious sangat kan! Hahahaha!
"Oh pergi tasik rupanya..." Keretanya turut mengambil parkir disebelah kereta wanita itu. Nasib baik keretanya bertinted gelap! Tak adalah kantoi bodoh macam tu je.
Melihatkan wanita itu telah mengambil tempat duduk disebuah pondok di hadapan tasik itu, Rayyan terus melangkah keluar dari kereta.
Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dia menghampiri wanita itu. 'You can do it, Rayyan!'
Qaisara tersentak melihat lelaki itu. 'Rayyan? Dia buat apa dekat sini?' getus hati kecilnya. Wajah itu ditilik serta-merta.
"Hai. Sorang je?" Tegur Rayyan lalu mengambil tempat duduk disebelah wanita itu. Dasar muka tak tahu malu!
"Ha...Sorang je. En...encik buat apa dekat sini?" Tergagap Qaisara membalas teguran lelaki itu. Dadanya berdegup laju. Kenapa setiap kali dia bersama lelaki ini, dadanya akan berdegup laju seperti ini? Petanda apakah ini? Ha jangan merepek Qai oi! Tak payah nak petanda sangat!
Rayyan tergelak kecil. Comel betul wanita dihadapannya itu! Wajah itu diamati dalam. Aku rindu kau, Qaisara! Ingin sahaja dia menjerit ayat itu namun ianya tidak mampu terluah dek butir bicara.
"Aip! No encik-encik. Just call me Rayyan or 'Abang'..." Wanita itu dikerling nakal. Sengaja mengusik!
Laju Qaisara berpaling menghadap lelaki itu. Panggil abang? Choiiii...Memang taklerrrr!
"Errr awak buat apa dekat sini sebenarnya?" Soal Qaisara lagi apabila lelaki itu langsung tidak menjawab soalannya itu tadi.
"Abang saja je jalan-jalan dekat tasik ni. Eh tahu-tahu terjumpa cik adik manis dekat sini." Temberangnya sambil menahan tawa. Jalan-jalan konon! Qai tahu kau tipu, mahu kena smackdown japgi!
Gulp! Air liur diteguk laju. Abang? Cik adik manis? Eyyy dia ni kenapa? Aku lepuk karang, apa pun tak dapat!
"Oh okay!"
"Qaisara..." Panggil lelaki itu, sedikit meleret.
Qaisara berpaling lagi. Keningnya menari-nari.
Rayyan menarik nafas dalam-dalam. Patut ke dia confess sekarang? Jantungnya semakin berdebar-debar. Dear heart, kau chill je okeyh!
"Ermmm...Abang actually ada benda nak cakap..."
Belum sempat Rayyan mahu menghabiskan bicara, Qaisara sudah memotong.
"Saya tak selesalah awak bahasakan diri awak 'abang-abang' ni. Kita pakai 'saya-awak' je eh..." Ujar Qaisara, terus-terang. Sejujurnya dia kurang selesa apabila lelaki itu membahasakan dirinya 'abang'. Lainlah kalau lelaki adalah suaminya? Eheks! Sudah, Qai! Fokus okay!
Rayyan mengeluh panjang sebelum mengangguk.
"Ha sambunglah. Awak nak cakap apa tadi?"
"Marry me, Qaisara!" Luahnya sekali lafaz. Wajah dihadapannya direnung dalam sedalam perasaan cintanya tika ini.
Qaisara tergamam, terpanar, terkaku, terkelu, haa semuanyalah! Tekaknya tiba-tiba rasa berpasir.
'Mamat ni sebenarnya sihat ke tak? Baru jumpa dah ajak kahwin?! Risau ek!' Persisnya dalam hati.
Namun sejujurnya hatinya sedikit berbunga kerana dia turut sukakan lelaki itu. Namun tidaklah secepat ini. Mereka perlu juga kenal hati budi masing-masing dulu.
'Choiii! Nak kenal hati budi masing-masing konon! Kau tu dah nak kahwin, cik kak oiii!' Gerutunya dalam hati.
"Qai?" Tegur Rayyan apabila wanita disebelahnya itu kelihatan kaku.
"Erm awak ni sihat ke tak, Rayyan? Kita baru jumpa dua kali tau! Awak sengaja nak main-mainkan?" Suaranya sedikit mendatar dihujung ayat.
"No, saya tak main-main Qaisara! Saya ikhlas sayangkan awak. Saya jujur yang saya sebenarnya cinta pandang pertama dengan awak. Kahwin dengan saya, Qaisara..." Suaranya separa merayu.
Qaisara sekali lagi terdiam. Matanya menilik wajah lelaki itu. Mencari sebuah keikhlasan disebalik kata-kata itu. Hatinya menjadi sedih untuk menolak lamaran lelaki itu. Tapi, untuk menerima lelaki itu, semestinya tidak. Dia tidak mampu melukakan hati kedua-dua ibu bapanya.
"Saya mintak maaf, Rayyan. Tapi..."
"Tapi?" Rayyan memandang mata wanita itu. Hatinya tiba-tiba terasa seperti dihimpap batu yang besar kerana dia telah dapat meneka jawapan yang bakal keluar dari mulut kecil itu.
"I'm so sorry Rayyan. But I can't. Saya akan bernikah bulan depan. I'm out." Tanpa menunggu balasan lelaki itu, Qaisara terus berlalu.
Rayyan tergamam. Tiada niat untuk mengejar wanita itu. Hatinya sakit. Sakit sangat! Ditolak dan ditinggalkan! It hurts! Air mata jantannya menitis satu persatu.
Share this novel