BAB 17

Romance Series 5845

Qaisara mengeluh panjang apabila suaminya sudah keluar ke mana pun dia tak tahu. Dari pagi lagi sudah menghilang. Entah-entah pergi lepak dekat kafe dia tu.

Televisyen dihadapan dibuka. Tiada satu rancangan pun yang menarik minatnya. Dia kebosanan! Lagipun dia masih di rumah belah suaminya. Kata Rayyan, esok baru mereka pulang ke rumah mereka sendiri.

"Eh hai kak Sara." Tegur Rayna yang baru turun itu. Niatnya turun sebab nak ke dapur tapi ternampak pula kakak iparnya diruang tamu itu.

"Eh hai." Qaisara menayang senyum buat adik iparnya. Sebenarnya dia masih tak tahu nama adik iparnya itu. Semalam lepas makan, dia dan Rayyan terus naik ke bilik. Penat sangat! So, memang tak menyempatlah nak bersuai kenal.

Rayna berjalan menghampiri lalu duduk disebelahnya.

"Semalam kita tak sempat kan nak berkenalan..." Rayna meluncurkan kata-kata lalu mengeluh perlahan.

"Kan! By the way, nama siapa? Sorry tanya, akak tak tahu..."

"Hahahaha no lah, tak perlu pun nak mintak maaf. Panggil 'Adik' je. Actually nama betul adik 'Rayna', tapi akak panggil je 'Adik' keyh!"

Qaisara mengangguk laju.

"Adik sebenarnya nak tanya tau, akak baru first time ke jumpa abang semalam?" Korek Rayna sambil tangannya mengoyang-goyangkan tangan wanita itu.

"Nope! Third time kot...Hahahaha actually akak dah pernah jumpa abang awak tu dekat kafe dia tu and guess what? Akak pun tak sanga yang dia tu sebenarnya bakal suami akak."

"Wow! Interesting!"

"Eh jap-jap...akak pernah jumpa dia dekat kafe? Akak ke orang yang..." Butir bicara Rayna tergantung. Eh bukan kot...

"Orang yang?" Kening Qaisara menjongket.

"Tak ada apalah kak."

"Eyyy adik. Ceritalah dekat akak. Kenapa, kenapa?" Qaisara mengerdipkan mata beberapa kali.

"Alah akak ni. Janganlah buat muka comel macam tu. Okaylah adik cerita tapi akak jangan bagitahu abang tau and lagi satu akak jangan cemburu tau."

Qaisara hanya mengangguk bak burung belatuk.

"Cerita dia macam ni, abang haritu dia ada cerita pasal crush dia tu tau. Dia kata dia jumpa dekat kafe dia lah pastu dia kata dia love at first sight. Lebih kurang macam tu kot, adik pun tak ingat sangat sebenarnya."

Zupppp!

Qaisara dapat merasakan wanita yang diceritakan itu adalah dirinya.

"So abang mintaklah pendapat adik. Adik katalah pergi ngorat dia macam tu. Eh tahu-tahu abang pergi propose terus perempuan tu masa dorang baru kali kedua jumpa."

"Lepastu lepastu?" Soal Qaisara, sengaja ingin tahu. Walhal dia sudah tahu endingnya. Hampir sahaja dia tergelak besar mendengar cerita itu.

"Abang kena reject bodoh-bodoh je. Balik rumah terus broken! Hahahaha..."

"Hahahahahahaha! Dia broken? Teruk ke simptom-simptom broken dia, dik?"

"Hahahaha not bad! Macam orang katalah, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Hahahaha! Adalah dua hari macam tu jugak dia tak makan, tak keluar bilik dan tak pergi kafe dia."

"Aigooo abang awak tu..."

"Kan, nasib baik abang!"

"Sebenarnyakan adik..."

"Kenapa kak?" Soal Rayna. Perasaan ingin tahu membuak-buak.

"Akaklah orang yang reject dia tu. Perempuan yang adik cerita tu sebenarnya adalah akak."

"Omo-omo! Akak biar betul."

Qaisara hanya mengangguk bersama senyum kambingnya.

"Eyyy akak saja je kan! Kenapa taknak bagitahu awal-awal!"

"Hahahaha saja nak dengar cerita pasal abang awak tu."

"Eyy akak ni kan! Tapi kan akak, abang ada cakap apa-apa ke dekat akak?"

"Hahahaha...tak ada pun. Dia maafkan akak."

"Hahahaha comellah abang dengan akak ni! Mama!!! Nak kahwin jugak!"

Qaisara menggeleng perlahan. Boleh sekepala adik Rayyan ni!

"By the way, abang mana kak? Tak nampak pun dia. Dia masih tidur lagi ke?"

"Urm dia keluar. Akak pun tak tahu dia pergi mana."

"Ohh, dia pergi kafe dia kot. Eh dahlah, adik nak pergi breakfast kejap. Akak dah sarapan?"

"Belum lagi."

"Ha, jom makan dengan adik!" Rayna terus menarik tangan si kakak iparnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience