Akhirnya, sudah sebulan berlalu dengan pantas. Hari ini merupakan hari terbahagia buat Nur Qaisara. Eh kejap... Bahagia ke? Pengantin lelaki pun entah siapa-siapa! Qaisara sedari tadi ke hulu dan ke hilir. Faz yang disebelah pun tak tahu nak kata apa lagi dengan kawannya itu.
"Duduklah diam-diam Qai oiii. Kang terkoyak baju pengantin tu karang."
"Eyyy aku takutlah! Entah siapa pulak pasangan aku kejap lagi. Buatnya gigi jongang ke? Sengau ke? Eh buat naya jelah."
Faz menepuk dahi. Majlis tak sampai setengah jam lagi nak mula, baru dia nak risau pasal benda ni.
"Don't worrylah, Qai. Tak adanya ayah kau nak bagi muka mamat-mamat yang macam kau cakap tadi tu. Mesti ayah kau dah tapis dulu rupa-rupa sebelum jadi bakal suami kau. Adehhh dia ni. Dah takmo fikir-fikir dah."
Akhirnya Qaisara boleh bernafas dengan lega setelah mendengar kata-kata Faz. Punggung dilabuhkan disebelah sahabatnya itu.
"Wei kejap lagi aku dah jadi bini orang. Macam mana kalau bakal suami aku tu tak bagi aku keluar lepak dengan kau lagi. Mesti kita dah jarang jumpa kan selepas ni." Luah Qaisara dengan nada sedih.
"Eyy jangan buat drama air mata sekarang boleh tak. Muka kau tu dah siap bersolek. Mahu mak andam membebel kejap lagi."
"Tapi itulah, kalau suami kau tu tak bagi kau jumpa aku, aku pergi datang rumah kau setiap hari. Siap berkempen lagi dekat situ! Biar padan dengan muka dia. Hahahahahaha!" Sambung Faz lagi.
Qaisara tertawa besar dengan idea kawan baiknya itu. Kepala digeleng perlahan. Bab bukan-bukan ni serahlah pada Faz!
Tok! Tok!
Pintu bilik dikuak dari luar. Dua sahabat itu berpandangan sesama sendiri.
"Qaisara, awak dah boleh ready dekat luar. Pengantin lelaki dan tok kadi dah sampai." Ujar seorang wanita muda yang dalam jangkaannya umur dalam lingkungan 20-an juga.
Qaisara mengangguk. Terus darah gemuruh berkobar-kobar semula.
"Tarik nafas perlahan-lahan lepastu hembus. Chill Qai. Jangan nervous okey. Everything gonna be okay!" Faz mengusap lembut bahu Qaisara.
Qaisara mengangguk lagi. Nafas ditarik dalam-dalam dan dilepaskan perlahan. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Share this novel