BAB 15

Romance Completed 848

Iqbal membuka kasut dan melangkah kaki dengan amat berat sekali. Bukannya dia tidak sudi untuk bertandang ke rumah itu. Namun begitu hatinya mula melonjak untuk pulang segera ke Kuala Lumpur. Iqbal masuk ke rumah dengan perasaan yang amat kekok sekali. Dia mengikut Masmona sehingga di dapur. Ramainya! Iqbal bersila dan dia hanya menjadi pemerhati. Adik-adik Masmona yang paling kecil adalah 7 tahun. Dengan keadaan adik-beradik yang masih sekolah, Iqbal dapat mentafsir betapa susah Masmona mencari rezeki.

“Ayah mana mak?”

“Ada dalam bilik. Tidur agaknya.” Kemudian Iqbal tersedar ayah Masmona tiada di sisi. Masmona yang sudah pun menghabiskan hidangan segera ke bilik untuk menjenguk ayahnya. Iqbal yang juga merasa tidak senang di kalangan adik-beradik Masmona juga turut membasuh tangan.

“Itu abang ipar kita ke?” Tanya salah seorang adik Masmona yang berusia lingkungan tingkatan 2.

“Hish! Kamu ni…… makan je. Jangan banyak cakap.”

Masmona mendapatkan ayahnya yang lumpuh seluruh badan itu. Iqbal hanya menjadi pemerhati di belakang. Namun dia turut bersalaman dengan orang tua Masmona itu.

“Ayah jadi macam ni sejak enam tahun lalu. Kemalangan sehingga dia jadi begini. Sejak itu juga Mas mencari kerja untuk menyara keluaga dan segala keperluan ayah. Nasib baik ada Angah yang kini sudah bekerja. Ringan beban mak nak menyekolahkan adik-adik. Hanya mata dapat membaca isi hati ayah. Betapa dia rindu untuk memeluk anak-anaknya.” Iqbal terkedu. Masmona menggenggam erat tangan ayahnya. Entah mengapa dia begitu ringan untuk bercerita.

Tiba-tiba telefon bimbit Iqbal berbunyi. Masmona dapat menangkap bahawa yang menelefon adalah Puan Juita.

“Apa?” Masmona tersentak dan terus bangun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience