BAB 23

Romance Completed 848

Masmona memotong ketupat dengan perasaan yang penuh dengan debaran. Sedangkan Iqbal hanya sekadar menjadi pemerhati.

“Encik Iqbal janganlah pandang saya.” Iqbal tersenyum apabila Masmona merasa tidak senang bila dipandang sebegitu. Dia tidak pernah melihat Iqbal tersenyum. Ah, alangkah manis senyumannya. Hati Masmona sudah tidak keruan. Tanganya mula menggeletar. Ya Allah! Tetapkanlah hati hambamu ini….

Masmona tidak mahu tunggu lama. Dia perlukan bantuan. Dia mencari kelibat Najwa. Namun belum sempat dia berpusing, wajah Puan Juita menghiasi ruang matanya.

“Eh, puan. Kenapa masuk dapur pulak. Pergilah atas. Puan kan tetamu saya.”

“Saya nak tengok bakal menantu saya.”

“Tak pe puan. Nanti saya balik puan boleh…..” Masmona memandang ke arah Iqbal. Kemudian kepada Puan Juita. Puan Juita mengangguk.

“Puan ada anak lelaki lain ke?”

“Iqbal sajalah buah hati pengarang jantung saya.”

“Puan…. Saya tak layak puan. Encik Iqbal pun bukan suka pun dengan saya.”

“Dia sendiri yang suruh saya datang….” Masmona berpaling.

“Memang saya tak suka dengan awak. Tapi saya sudah mulai sayang awak. Saya sudah mula jatuh cinta dengan awak. Cinta awak kini dalam hati saya.”

“Kenapa saya?”

“Awak adalah jodoh saya. Pertama kali saya melakukan perkara yang bodoh dalam hidup saya. Saya cabut kertas, tertera nama Mas. Itu jodoh kita yang pertama.”

“Iqbal bawa Mas balik ke rumah dikatakan Mas adalah calon isteri dia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience