BAB 10

Romance Completed 848

Masmona tidak berkata apa, sebaliknya hatinya bagaikan bergelora. Jalan? Macam pelik sahaja bunyinya. Iqbal tersedak mendengarkan ibunya bersuara.

“Tapi kerja rumah ni siapa nak buat puan?” Masmona berdoa agar cadangan dari Puan Juita itu hanyalah satu cadangan sahaja. Dan bukannya perkara yang dianggap serius.

“Apa salahnya. Bukan selalu….” Iqbal memandang ke arah Masmona seolah meminta pertolongan.

“Saya baru sahaja di sini. Takkan nak jalan-jalan pulak.”

“Okey, kalau macam tu biar makcik sekali temankan Masmona berjalan esok. Kita beli baju baru.” Ternganga mulut Masmona dengan kata-kata Puan Juita itu.

“Saya tak faham…. Macam mana orang gaji dulu boleh berhenti kerja?” Masmona pelik. Masakan penerimaan seumpama itu tidak dihargai oleh orang gajian. Iqbal masih lagi tunduk. Sedangkan Masmona masih lagi dalam keadaan teka-teki. Ingin sahaja dia bersemuka dengan Iqbal ketika itu. Namun Iqbal lebih bijak menyembunyikan wajahnya. Dia ingin kepastian dan dia masih lagi tidak faham dengan situasi yang melanda dirinya.

Keesokannya harinya dalam keadaan terpaksa, Masmona memenuhi hajat Puan Juita. Akhirnya bukan dia keluar berduaan, namun dengan Iqbal sekali. Iqbal a sahaja yang menanti di rumah menunggu Puan Rubiah. Dari satu kedai ke satu kedai mereka berjalan. Dan dari satu butik ke butik yang lain Masmona merasa segan dengan kebayakkan baju adalah untuk dirinya. Iqbal ? Dia hanya di belakang dan tidak memberi pendapat langsung!

“Mas… cuba tengok cincin ni…. Cantik tak?” Masmona mengangguk.

“Kalau Mas, yang mana cantik?” Masmona agak keberatan untuk meluahkan pendapat. Nanti apa pula dikata. Di beri bertis nak peha.

“Ala…. Jangan risau. Makcik belikan untuk Iqbal a. Marilah tengok.” Masmona sedikit malu dengan ajakan Puan Juita itu. Akhirnya dia memerhatikan susunan cincin yang begitu cantik. Tapi harganya? 10 bulan gajinya belum tentu dia boleh membeli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience