BAB 1

Romance Completed 848

Daniel memandang tepat ke arah wajah Iqbal dengan seribu tanda tanya. Apakah betul apa yang diperkatakan oleh Iqbal itu tadi? Atau dia yang tersalah dengar. Namun dengan riak wajah Iqbal yang beria-ia dan serius membuatkan Daniel merasakan ada kebenarannya. Iqbal senyap. Dia menggulungkan kertas dengan gulungan kecil.

“Kau tahu tak apa belum ada orang buat macam mana yang kau buat sekarang ni. Kau dah hilang akal ke? Kau jangan nak bergurau dengan semua ni.” Ujar Daniel dengan tidak percaya apa yang akan dilakukan oleh Iqbal.

“Kau tengok muka aku ni ada macam orang nak bergurau ke?”

Daniel menggeluh. Iqbal, sahabat yang dikenali sejak di bangku sekolah lagi sebelum ini tidak seperti Iqbal yang sekarang ini. Iqbal dulu seorang yang ceria, suka bergurau dan senyuman sering kali terukir di bibirnya. Dan sekarang? Sejak lima tahun lalu, di saat Lily meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya wajah Iqbal hilang serinya. Gurauannya juga mati dengan tiba-tiba. Ceria, tiada di dalam kamus hidupnya kini.

“Muka kau sama je aku tengok. Nak senyum punyalah payah. Apa lagi kau nak gelak tawa. Orang tengok pun takut dengan kau. Jambang kau tu, bilalah nak terang.” Bebel Daniel membuatkan Iqbal merenungnya tidak puas hati.

“Erm…. Kau dengan umi aku sama je. Apa? Jambang aku ni ada ganggu kau ke?”

“Bukanlah…. Aku tengok kau ni bila nak berubah? Dah lima tahun Lily pergi. Takkan kau nak terus macam ni? Aku pasti Lily pun tak nak tengok kau macam ni. Tak terurus langsung.” Daniel sedaya upaya memberi penilaian agar sabahatnya itu boleh berubah.

“Kau tak faham, Daniel. Masakan aku boleh lupakan Lily begitu sahaja. Tiada siapa yang boleh menggantikan tempat dia.”

“Itu aku tahu. Apa yang penting kau tak boleh menolak takdir. Aku yakin ada jodoh untuk kau dan kau perlu ingat tu. Tapi yang aku pelik kau nak buat apa sebenarnya ni? Aku tak faham.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience