BAB 20

Romance Completed 848

“Kerana takdir, Encik Iqbal menidakkan segala apa yang terjadi disekeliling. Encik Iqbal merasakan cinta yang hilang itu tidak akan tumbuh dan tidak akan ada cinta yang lain. Saat saya pulang ke kampung, saat Murshid melangkah di ruang mata, saya tidak tahu ke mana cinta ini patut saya bawa. Tidak seperti Encik Iqbal. Encik Iqbal boleh melimpahi doa untuk si dia.”

Kebenaran yang terluah dari hati Masmona itu membuatkan Iqbal bertindak dengan hanya diam membisu. Setelah memenuhkan ketupat di dalam periuk, nama Angah mula dilaung. Diminta untuk menghidupkan api. Ketika itu juga Masmona berlalu meninggalkan Iqbal keseorangan. Iqbal, masih lagi kaku dan hilang kata-kata. Entah mengapa dia mula merasa kalah di saat itu. Dia mula tersentak dari mimpi yang sudah lama terkurung di dalam hati.

Takbir raya mula berkumandang di cuping telinga Iqbal. Kedinginan pagi itu membuatkan Iqbal bangkit dengan penuh rasa kesyukuran. Kehadiran mimpi yang tidak dijangka membuatkan Iqbal memanjatkan doa dan Al-Fatihah untuk arwah Lily. Saat itu ada satu semangat baru yang mengalir di dalam segenap urat darahnya. Dia yakin kini dan dia pasti tidak akan berpaling lagi.

Setelah selesai bersembahyang sunat hari raya, Iqbal pulang dengan hati penuh riang dan gembira. Kelibat Masmona mula dicari. Namun hampa.

“Najwa, Kak long mana?” Najwa diam seribu bahasa. Perubahan wajah Iqbal membuatkan Najwa mati kata.

“Najwa!” Tersentak anak dara itu.

“Ha? Kak Long? Ada dalam bilik. Segan katanya. Bila mak kata baju abang Iqbal dengan baju Kak Long sedondon. Iqbal membelek baju melayu pucuk pisang yang dibelinya tempoh hari. Kini keyakinannya mula memekar.

“Ala… abang Iqbal. Jangan dilayan sangat kak Long tu. Jom kita ke dapur. Angah dah lapar sangat ni. Iqbal akur namun hatinya teringin sekali untuk berjumpa dengan Masmona. Matanya masih lagi tidak lepas mencari kelibat Masmona. Namun dia hampa. Dia ke dapur dengan sedikit kekecewaan.

Iqbal mencedok kuah kacang dan meletakkan di dalam pinggannya. Satu suap, dua suap dia menyempurnakan dengan nikmat yang tidak terhingga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience