BAB 8

Romance Completed 848

“Ayah saya lumpuh, puan. Biasanya saya akan mandikan dia. Adik saya pula tugas dia pakaikan pampers. Selalunya kami angkat ayah ke bilik air. Kami tak mampu nak beli kerusi roda.” Puan Juita mengangguk faham. Lantas mereka meninggalkan Puan Rubiah setelah wanita itu tertidur. Masmona mula tersedar yang dia masih belum lagi memasak.

Dapur yang begitu asing buat Masmona membuatkan Masmona mengenali tempat di mana letaknya barang-barang asas seperti bawang, garam dan gula. Setelah meninjau barulah dia meminta izin dari Puan Juita untuk ke kedai memebeli barang dapur dan lauk untuk dia memasak. Debaran kian terasa kerana dia tidak tahu akan menu harian keluarga itu. Serba-salah pun ada. Nanti dikatakan ikut lepas tekak dia. Namun sebelum ke kedai dia telah bertanya akan majikannya itu. Dan menu yang menjadi harapan keluarga itu adalah menu masakan kampung.

Waktu berputar pantas. Jam telah menunjukkan ke angka sembilan malam. Masmona sudah pun menyediakan makanan sementara menantikan Puan Juita selesai sembahyang isya’. Masmona tersenyuma puas dengan menunya malam itu. Sayur pegaga masak lemak dengan keledek, Ikan tilapia bakar di cecah dengan air asam, sambal udang, sambal belacan mangga, ulaman dan juga sup sayur untuk Puan Rubiah. Namun sengaja dia memasak lebih seandainya Puan Juita teringin. Puan Juita turun dari tingkat atas sambil melemparkan senyuman kepada Masmona. Sebelum dia ke meja makan, sempat lagi dia meninjau keluar tingkap seandainya Iqbal pulang seperti mana yang dipesannya siang tadi.

“Kita berdua sajakah Masmona ?” tanya Puan Juita memecah keheningan malam.

“Nampaknya macam tu, puan.” Masmona tahu apa yang dimaksudkan oleh Puan Juita itu.

“Ala…. Dah berapa kali cakap, tak payah nak panggil puan. Panggil makcik je.”

“Tak biasalah puan. Tak manis nanti kalau Encik Iqbal dapat tahu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience