BAB 17

Romance Completed 848

“Kalau tak okey juga sampai raya?”

“Hish! Janganlah Encik Iqbal cakap macam tu. Bulan-bulan puasa ni…. Doa tu tau!”

“Saya ni sehelai sepinggang je. Mana ada bawa baju.”

“Tak pe…. Encik Iqbal pakai dulu baju Angah. Esok nanti saya suruh Angah temankan Encik Iqbal ke Bandar beli baju. Tapi…. Encik Iqbal pernah naik motor, kan?” Motor?

Iqbal menggeleng perlahan. Nak naik motor?

“Kak Long, abang Murshid kirim salam… Ops!” Ternyata jeritan Najwa itu membuktikan bahawa dia lupa akan kehadiran Iqbal.

“Apa kena mengena dengan Kak Long pulak?” Masmona merasa tidak senang dan lantas menarik tangan Najwa.

“Dia kata nak pinang akak.” Iqbal masih lagi menangkap kata-kata Najwa walau pun sayup kedengaran.

Namun belum sempat Iqbal bangkit Mak Sinah datang menantang kopi dan kuih lebihan berbuka tadi.

“La…. Kenapa muka macam tu? Tak selesa rumah makcik ke?” Iqbal ternyata serba-salah.

“Bukan macam tu makcik. Kereta saya.”

“Hilang ke? Kita buat report polis ye.”

“Bukan…. Saya tahu siapa yang ‘bawa’ kereta tu. Sebab saya….. sehelai sepinggang je.”

“O… itu jangan risau. Boleh pinjam baju angah. Ala… kita tak tahu… ada rahmat apa yang nak terjadi. Makcik harap Iqbal janganlah segan. Anggap saja kami ni macam keluarga Iqbal juga.” Senyum Mak Sinah.

“Makcik, saya nak tanya sikit boleh?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience