BAB 22

Romance Completed 848

“Kalau mak rasa sesuai dengan Mas, dan mak pun dah bersetuju Mas ikut sahaja.” Entah mengapa kata-kata itu laju sahaja meluncur keluar dari bait katanya.

“Al-hamdulillah….. jom keluar, jumpa dengan bakal mertua Mas. Murshid pun ada juga.” Murshid? Hatinya bergolak. Andai itu sudah aturannya, dia pasrah.

Keluar sahaja dari bilik, Masmona terlihatkan keluarga Murshid. Namun begitu. Bukan keluarga Murshid sahaja yang ada. Malahan dia melihatkan Puan Juita yang sedari tadi melemparkan senyuman buat dirinya. Dia mendapatkan majikannya itu. Di salam dan dia melemparkan senyuman buat Puan Juita. Entah mengapa dia begitu hairan dengan Puan Juita yang tidak mahu melepaskan pelukan dan linangan air mata Puan Juita membuatkan dia berkeadaan serba salah.

“Saya cuti lama sangat ke?” Puan Juita menggeleng.

“kami semua rindukan Mas. Nanti balik ye.” Masmona mengangguk. Dia merasa tidak senang berada di situ memandangkan hari itu adalah hari untuk dirinya juga. Dia berlalu dan segera ke dapur. Di dapur pula dia berhadapan dengan Iqbal. Iqbal yang duduk di kerusi makan membelakanginya. Dia tidak tahu mahu ke mana. Sedangkan arahan dari ibunya perlu dipatuhi.

“Potong ketupat tu. Hidangkan pada tetamu kita ni.” Ah, nak atau tidak dia perlu berhadapan dengan Iqbal. Dan dia juga perlu menyatakan bahawa dia sudah menjadi milik orang dan tidak mungkin untuk dia bekerja di rumah Puan Juita. Untuk dia memberitahu dengan Puan Juita sebentar tadi, dia tidak betah. Mungkin melalui Iqbal dia berharap Puan Juita akan dapat memahaminya.

“Allah!” Terjatuh semuanya ketupat yang baru diambil dari para. Nasib baik yang belum dipotong lagi. Itu pun di saat dia terpandangkan Iqbal dengan perubahan yang berbeza. Apatah lagi saat dia bertentang mata. Masmona membongkok mencapai semua ketupat yang jatuh. Debaran Masmona kian kencang. Sehinggakan menyesakkan nafasnya. Dia cuba untuk menarik nafas. Namun senyuman yang dilemparkan oleh Iqbal membuatkan dia terpana.

Masmona tersedar dari lamunan di saat namanya dipanggil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience