BAB 11

Romance Completed 848

“Kalau Cik Iqbal a saya rasa cincin tu nampak cantik.” Tuding jari Masmona kepada cincin permata yang berbentuk hati itu.

“Pada pendapat saya pun macam tu juga. Tak mengapa, makcik call Ana dulu.” Masmona memerhatikan sahaja kelakuan majikannya itu. Belum sempat juru jual itu mengeluarkan cincin itu, Puan Juita lebih pantas menarik tangan Masmona.

“Kenapa puan?”

“Katanya nak mencari dengan Daniel. Tak mengapalah Mas. Kita jalan ke tempat lain pulak.”

“Dah petang ni puan. Rumah tu tak masak lagi. Lagi pun dah banyak sangat barang kita beli ni.” Ajak Masmona yang merasakan dia berada di dalam keadaan serba salah. Kebanyakan yang dibelanjakan oleh Puan Juita adalah untuk dirinya. Dia tidak mahu terhutang budi.

“Baiklah…. Kalau itu yang Mas nak, kita balik dulu.”

Sampai sahaja di rumah, Masmona tidak menanti lama. Setelah dia bersembahyang asar dia terus ke dapur. Namun dia tersentak apabila Iqbal berada di dapur seperti tikus. Mencari makanan barangkali.

“Encik Iqbal nak makan ke?” Tegur Masmona di belakang. Kelakar pula bila dia melihatkan telatah Iqbal itu. Sudah macam orang setahun tak makan lagaknya.

Iqbal tersentak. Dia berpaling. Malu pula bila dia ditegur sebegitu.

“Tak masak ke?”

“Pagi tadi saya dah masak. Mungkin dah habis kot. Kalau Encik Iqbal lapar saya masak sekarang.”

“Er….” Iqbal mati dengan kata-kata. Buatnya di Masmona ni tahu yang dia lapar gara-gara ingin menikmati masakan Masmona untuk sudah tentu dia akan menyorok mukanya di dalam periuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience