BAB 2

Romance Completed 848

Tangan Iqbal masih lagi menggulungkan kertas yang mengandungi nama.

“Kau ingat jodoh tu macam nak beli ikan kat pasar ke? Sampai kau nak semua nama staff perempuan dalam syarikat kita ni?”

“Yang kau bagi ni semua yang belum kahwin kan?” Jawapan Daniel tidak dijawab sebaliknya dia terus meletakkan kertas yang sudah di gulung di dalam bekas.

“Erm… macam yang kau minta. Dari cuci pejabat ni sampai yang atas sekali. Tapi aku tak nak ambil risiko kalau kau tersalah pilih. Buatnya kau cabut keluar nama Cik Gayah tu naya kau.” Iqbal tersentak apabila nama Gayah terlintas dari bibir Daniel. Tangannya yang sedang memegang cebisan kertas tidak jadi diletakkan. Dia sudah tekad tadi. Sekali dia menarik nama dia tidak akan diletakkan semula. Ya, dia terpaksa menanggung risiko.

“Cik Gayah yang anak dara tua tu pun kau masuk juga ke?”

Daniel angguk. Iqbal menelan air liur dan ianya bagaikan tersekat di kerongkong.

“Kau biar betul.”

“Dah kau yang nak macam tu. Aku ikut je. Aku mana tahu yang kau nak buat cabutan untuk ‘bakal isteri’ kau.” Sengaja Daniel menguatkan suara dengan perkataan ‘bakal isteri’.

“Aku buat ni pun untuk kebaikan aku juga.”

“Ye…. Banyaklah kebaikan kau. Jangan kau lukakan orang yang kau pilih tu sudahlah. Ni, aku nak tanya. Aku masih tak faham dengan apa yang kau nak buat.”

“Umi aku dah beri aku kata putus. Pilihan aku atau dia. Diana? Bukan pilihan aku. Dia nak tunangkan aku raya ketiga nanti. Aku tak nak bertunang dengan dia.” Terang Iqbal. Kini barulah dia menceritakan segalanya yang bersarang difikirannya.

“Bukan ke sebelum kau dengan arwah Lily kau couple dengan dia?” Daniel cuba untuk mengingatkan sahabatnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience