BAB 13

Romance Completed 848

“Maksud puan?”

“Iqbal dah lama tidak merasa beraya di kampung. Untuk kali ini makcik harap Masmona sudi terima Iqbal untuk berhari raya bersama-sama dengan keluarga Mas.”

“Nak ke dia, puan? Saya tak fikir dia nak.” Masmona sedar, kedatangan dirinya di dalam keluarga itu bagaikan asing buat Iqbal. Dan wajah Iqbal sering kali mengelak saat mereka berjumpa. Ala….. dia berjumpa pun seminggu sekali. Apalah sangat.

“Makcik tengok sekarang ni ada perubahan dalam diri Iqbal.”

“Maksud puan?”

“Er…. Tak pelah. Iqbal akan ikut Masmona balik. Itu sahaja. Yang lain nanti makcik akan fikirkan.”

“Tapi…”

“Tak ada tapi-tapi lagi.” Akhirnya Masmona akur. Mengenangkan Puan Juita, dia kalah. Kalau mengenangkan Iqbal, mati hidup balik pun dia tiada akan mengajak majikannya itu sama balik ke kampung.

26 Ramadhan….

Setelah didesak oleh ibunya akhirnya Iqbal akur dengan permintaan ibunya.

“Apalah salah hantar Masmona tu balik. Lagi pun tiket bas dah habis.” Puan Juita memberikan alasan.

“Kalau dah tahu kenapa tak suruh Iqbal yang beli tiket tu?” aduh! Satu bala nak hantar budak ni balik kampung.

“Salah ibu juga tak beri dia keluar. Tau-tau tiket bas dah habis. Tolonglah Iqbal. Kesian tengok Masmona ni nak balik kampung.”

“Ha, yang awak ni pun satu. Kalau tak balik kampung tu tak boleh ke?” Nada Iqbal lembut tetapi tegas. Air mata Masmona tumpah lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience