BAB 7

Romance Completed 848

“Mana boleh dia duduk dalam bilik belakang tu. Tak pe…… biar dia duduk dalam bilik tetamu.”

“Eh… tak pe… bilik yang belakang tu sudah cukup untuk saya. Dekat rumah sewa saya satu bilik kecik pun dah kongsi 3 orang.” Jujur sahaja kata-kata Masmona. Puan Juita tersenyum mendengarkan pengakuan ikhlas Masmona. Seperti mana yang di katakan oleh Iqbal, Masmona lebih selesa di bilik belakang. Dan akhirnya Puan Juita bersetuju walau pun tidak rela.

“Balik malam ni, kita cuba rasa masakan Masmona ni.” Kali ini Puan Juita pula yang meninggalkan pesan. Seperti biasa, Iqbal mengeluh keras.

“Tengoklah nanti ibu. Kalau tak banyak kerja kat pejabat tu Iqbal balik. Tapi janganlah nak tunggu saya pulak.” Iqbal yang tidak serumah dengan keluarga lebih senang dan ringkas untuk hidup sendiri. Puas Puan Juita memujuknya, namun anak mudanya itu lebih senang hidup membujang bersama Daniel. Walhal bukan jauh sangat pun jarak rumah keluarganya, namun hasrat untuk berdikari Puan Juita membenarkan juga.

Setelah Iqbal menghantar Masmona di rumah keluarganya, maka bermulalah tugas baru Masmona di dalam rumah milik keluarga Iqbal. Segala apa yang perlu dibuat maka dibuat dengan kadar segera. Ini kerana dia perlu untuk mengejar waktu makan malam. Namun sebelum sempat dia melangkah ke dapur, dia di panggil oleh Puan Juita. Dengan langkah perlahan dia mengikuti Puan Juita hingga ke tingkat atas. Setelah Puan Juita membuka salah satu pintu bilik di tingkat atas, dia melihat seorang wanita yang lepasi tiga perempat abad itu terbaring lesu. Hatinya mula ternyata.

“Ini ibu mertua makcik. Nenek Iqbal. Dah lama dia jadi begini. Setelah suami makcik meninggal tiga tahun lalu.” Ujar Puan Juita sayu. Masmona lantas memegang tangan Puan Rubiah dan bersalaman dengan wanita itu. Dia pasti wanita itu tahu bahawa dia sedang menerima tetamu.

“Saya nak salinkan pampers dia. Kalau tidak keberatan, boleh Masmona tolong?” Masmona dengan ringan tulang lantas mencapai pampers di bawah katil dan dia membantu dengan hati yang terbuka.

“Masmona macam dah biasa je?” Tanya Puan Juita melihatkan Masmona tidak kekok membantu. Malahan juga Masmona yang memberi cadangan untuk memandikan Puan Rubiah memandangkan waktu menginjak petang. Wajah Puan Rubiah juga berseri dengan bedak yang disapu oleh Masmona.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience