BAB 21

Romance Completed 848

“Bukankah angah dah kata. Abang Iqbal kalau dah buang jambang dengan misai tu kan nampak kacak. Senyuman abang tu, kenapa sembunyikan? Bukan ke senyuman abang tu manis? Eh, Kak Long dan jumpa abang selepas abang cukur semua ni?”

“Belum lagi.”

“Kalau Kak Long nampak ni, mesti dia pengsan.” Ujar Angah. Iqbal hanya sekadar ketawa. Dia sendiri pun tidak sabar melihat perubahan wajah Masmona apabila melihatkan apa yang telah dia lakukan untuk wajahnya. Kalau tidak Angah yang memujuk dan juga apa yang telah terjadi semalam, sudah pasti wajahnya masih lagi dihiasi jambang dan misai. Kesian Angah yang terpaksa bangun awal gara-gara Iqbal bertanya cukur.

Masmona tidak betah untuk keluar di saat dia mengetahui akan warna bajunya sama dengan Iqbal. Dia sendiri tidak tahu. Kalau dia tahu Iqbal membeli baju sama dengan warna bajunya sudah tentu dia akan menukarkannya. Nak pakai baju lain? Nanti apa pulak kata ibunya. Susah payah ibunya menjahit baju disulami manik takkan dia nak meruntuhkan perasaan ibunya? Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dan berkurung di dalam bilik.

“Mas…”

“Eh, Mak. Kenapa?” Senyuman penuh makna dari ibunya membuatkan Masmona berada di dalam tanda tanya.

“Kenapa dengan mak ni? Senyum macam ada apa-apa je.”

“Anak mak dah kena pinang.” Masmona tersentak.

“Apa mak kata?”

“Anak mak dah kena pinang. Mak rasa sudah sampai masanya Mas berumah tangga. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Mak dah setuju dengan peminangan tu. Tapi sebelum tu mak nak tanya Mas dulu. Kalau Mas setuju…. Al-hamdulillah. Kalau Mas tak setuju mak tak boleh nak buat apa.”

Masmona diam. Dia tahu tiada siapa untuk dia nantikan. Tiada siapa yang menemani hatinya saat ini. Dia tahu, jodoh dari bibir ibunya itu adalah tanda restu. Dia bersedia dengan siapa sahaja. Andai dengan Mushid juga. Walau pun cinta sudah retak sebelum ini dia bersedia untuk menyantumnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience