BAB 5

Romance Completed 848

“Saya suruh awak kemaskan barang supaya saya boleh menggajikan awak di rumah ibu saya.” Masmona menggurutkan dada tanda lega. Kalau betullah diberhentikan kerja, mana lagi mahu dicari rezeki. Pulang ke kampung? Bukan pilihan utamanya.

“Tapi…. Saya baru kerja sini.”

“Saya yang menggambil pekerja dan bila masa sahaja saya boleh memberhentikan orang.” Aduh! Angkuhnya!

“Awak duduk mana? Dengan siapa?” Pertanyaan dari Iqbal itu membuatkan Masmona agak terkejut. Betapa beraninya majikaannya itu. Tanpa berselindung dia bertanyakan itu dan ini.

“Saya duduk di Kerinchi. Tinggal dengan kawan. Sebab mak adan ayah saya jauh di kampung.”

“Bagus! Saya nak lepas kemaskan barang di sini saya nak awak juga kemaskan barang di rumah awak. Bawa baju dan apa yang patut sebab awak akan tinggal dengan saya.”

“Apa?” Berbular biji mata Masmona bila ayat yang diucapkan oleh Iqbal memang menakutkan. Daniel? Dia lebih tersenyum dari bersuara.

“Eh, bukan. Dengan ibu saya. Sebelum ni pun orang gaji di rumah ibu saya akan diberikan satu bilik khas. Dan gaji awak juga saya akan berikan satu ribu dan jika kerja awak memuaskan saya akan naikkan gaji awak.”

“Satu ribu? Angka Nampak lebih dari apa yang diperolehinya kini. Ah, rezeki jangan ditolak, dan musuh usah dicari.

Tanpa berfikir panjang Masmona menerima akan tawaran yang diberi oleh Iqbal tanpa menyedari ada rancangan disebaliknya. Dia terus keluar dari bilik Iqbal dan segera mengemas barang-barangnya dan segera meninggalkan pejabat apabila mengetahui Iqbal menantinya di kereta. Sampai sahaja di kerata ternyata Masmona mula merasa serba salah. Iqbal yang sedang duduk di tempat memandu nampak tenang walau pun jambang menghiasi wajahnya sudah cukup membuatkan Masmona merasa amat SERAM! Akhirnya Masmona mengambil keputusan untuk membuka pintu belakang. Inigin di buka pintu depan seperti tidak layak untuk dia duduk di sisi Iqbal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience