BAB 4

Romance Completed 848

“Encik Iqbal panggil saya?” Masmona tunduk. Ada getaran pada suaranya. Sudah banyak cerita yang didengar dari rakan-rakan tentang Iqbal. Garang, serius, dan wajahnya sering kali mempamerkan wajah yang sentiasa masam. Walau pun dia baru bekerja 5 bulan namun cerita-cerita yang didengarnya bagaikan dia sudah lama kerja di syarikat itu. Yang pasti semua cerita yang didengarinya adalah cerita-cerita yang tidak enak didengarinya. Namun pada pendapat Masmona majikannya itu adalah seorang yang setia.

Iqbal memerhatikan Masmona dan dalam masa yang sama dia juga menjadi penilai. Dan memang ternyata gadis yang berdiri di hadapannya … uh! Muda tapi dah rupa macam makcik yang berumur 50 tahun.

“Saya ada buat salah ke, Encik Iqbal ?” Masmona tidak betah untuk bertentang mata dengan Iqbal selagi lelaki itu memandangnya.

“Dah berapa lama awak kerja?” Tegas sahaja suara Iqbal. Sesekali dia memandang ke arah Masmona. Nampak gadis itu penuh dengan ketakutan. Garang sangatkah dia? sampai Masmona tunduk bagai ingin tembus lantai pejabat itu.

“Baru lima bulan, Encik Iqbal. Ada apa yang tak kena ke?”

“Saya rasa baik awak kemaskan barang awak sekarang juga.” Mendengarkan penjelasan Iqbal serta-merta air mata Masmona tumpah. Saat itu wajah ayah, ibu dan adik-adik bermain diruang matanya. Ah, kemanakah lagi kaki ini harus melangkah andai tiada rezeki di sini? Apakah yang telah dilakukan sehingga dia diperlakukan sedemikian.

“Yang awak menangis kenapa?” Daniel yang sedari tadi menjadi penonton mula bersuara.

“Saya diberhentikan kerja.” Perlahan sahaja suara Masmona. Daniel gelak. Sedangkan Iqbal ? Wajahnya tiada perubahan yang ketara. Tetap dengan wajah yang serius.

“Bila masa pulak saya nak berhentikan awak kerja?” Tanya Iqbal memandang Masmona dengan rasa yang bersulamkan kasihan. Teruk sangatkah arahan yang telah diberikan tadi sehinggakan Masmona boleh mengalirkan air mata?

“Encik Iqbal suruh saya kemaskan barang?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience