BAB 16

Romance Completed 848

“Kenapa Encik Iqbal ?” Pertanyaan Masmona tidak berjawab malahan tindakan Iqbal yang terus keluar dan membuka pintu membuatkan Masmona berada di dalam tanda tanya.

“Kenapa ibu buat Iqbal macam ni? Habis tu macam mana sekarang ni?”

“Yang lain tak boleh tolong ke? Kereta syarikat ke?”

“Ha? Tak boleh? Habis takkan Iqbal kat sini? Dah nak raya ni.” Iqbal segera mematikan talian. Dia meraup wajahnya. Terduduk tatkala melihatkan BMW 6 series miliknya ‘hilang’ dari halaman rumah Masmona.

“Mana….. kereta…..”

“Diam boleh tak?” Masmona tersentak dengan suara Iqbal yang kasar itu. Iqbal terhenyak di atas kerusi. Nak melaung? Tiada guna. Iqbal menggarukan kepalanya. Masmona masih lagi setia. Menantikan Iqbal bersuara.

“Kereta saya bukan hilang. Pak Mat dah bawa balik KL.” Berbular biji mata Masmona mendengarkan butir kata Iqbal itu.

“Kenapa dia tak bawa Encik Iqbal sekali?”

“Itu yang saya pelik. Ibu kata kereta dia dengan kak Long rosak. Masakan boleh rosak kedua-duanya sekali? Nak pinjam kereta syarikat? Bukan untuk peribadi, ye Encik Iqbal. Ibu dah beri peringatan.”

“Habis tu macam mana? Encik Iqbal tak telefon dengan Encik Daniel?” Masmona cuba memberi pandangan.

Iqbal menggeleng.

“Dia dah balik kampung. Kedah sana. Takkan dia nak ke sini semata-mata nak ambil saya? Awak ingat Kedah dengan Melaka ni 15 minit je ke?” Melihatkan perubahan wajah Iqbal membuatkan Masmona rasa kasihan.

“Tak mengapalah Encik Iqbal. Tidurlah sini dulu. Mungkin tak lama kereta puan tu rosak. Mungkin esok atau lusa okey lah tu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience