BAB 19

Romance Completed 848

Masmona keluar saat kelibat lelaki itu hilang dari pandangan mata. Debaran hati Masmona masih lagi bergelora. Semuanya bersatu. Segan, marah, benci, sayang semuanya bercampur baur.

“Apa apa yang boleh saya tolong?” Pelawaan itu mematikan lamunan Masmona. Kini debaran yang lain pula menyelinap di dalam sanubarinya.

“Tadi tu Murshid, kan?” Masmona memandang ke arah Iqbal.

“Saya tahu semuanya.”

Masmona senyap.

“Kenapa awak lari dari dia?” Ternyata Masmona tersentak dengan pertanyaan Iqbal itu. Dia tidak sangka Iqbal akan bertanyakan tentang Murshid.

“Saya belum bersedia untuk berjumpa dengan dia. Setelah apa yang telah dia lakukan pada saya.” Tegas Masmona.

“Itu bukan penyelesaiannya.”

“Bagaimana pula dengan Encik Iqbal ? Sekurang-kurangnya saya masih boleh teruskan hidup. Bangkit dari kekecewaan. Sedangkan Encik Iqbal ? Masih belum dapat menerima hakikat. Masih hidup dalam bayangan Encik Iqbal yang lalu.”

Iqbal senyap. Dia mengamati wajah jujur milik Masmona.

“Encik Iqbal beruntung. Cinta Encik Iqbal mati saat jasad melayang. Kerana kita tahu, walau jasad hilang namun kasih sayangnya masih utuh di hati. Cuma kita yang tidak tahu menilai. Sedangkan saya? Cinta saya mati walau pun jasadnya ada didepan mata. Saat itu kasih dan sayang hancur dan menjadi kubur.”

Bergetar tangan mendengarkan kata-kata Masmona itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience