BAB 24

Romance Completed 848

“Itu jodoh kita yang kedua. Saya minta maaf kerana menggunakan Masmona untuk menutup kelemahan saya. Saya tidak mahu berkahwin dengan Diana. Itu cara saja untuk saya melepaskan diri dari Diana.”

“Saya tak faham.”

“Saya mengatakan kepada Mas bahawa Mas adalah orang gaji. Tetapi dengan ibu saya mengatakan Mas adalah calon isteri saya. Maaf abang, Mas.”

Saat Iqbal mengungkapkan kata keramat ‘abang’ air mata Masmona tidak dapat dibendung lagi.

“Bila abang terpaksa menghantar Mas pulang ke kampung hati abang menjadi marah. Namun bila bersama-sama dengan Mas abang dapat semangat abang semula. Semangat yang sudah lama hilang. Mas adalah penyuluh hidup abang.”

“Abang tak sangka apa yang ibu buat telah merubah hidup abang. Kalau abang balik KL juga malam tu dah tentu abang tidak akan kenal rapat dengan Mas dan abang tidak akan bertemu jodoh dengan Mas. Dan abang tidak akan berubah.”

“Pagi tadi bila abang tahu Mas sedondon dengan abang…. Itu pun dah kira jodoh juga, kan?”

Masmona mengangguk.

“Yang sebenarnya Mas, mak Mas dan ibu adalah sahabat dari dulu lagi. Tahu tak apa angan mereka berdua?”

Masmona menggeleng.

“Mereka nak menjadi besan. Itu pun jodoh kita, Mas. Dan, Murshid lewat 2 minit apabila ibu meluahkan keinginan untuk Mas menjadi menantu dia. Kalau tidak abang melepas nak dapatkan Mas.”

Air mata Masmona terus mengalir. Iqbal menyeka air mata Masmona. Dia melemparkan sebuah senyuman yang paling manis untuk Masmona.

“Dan yang paling penting, sayang….. cincin yang sayang pilih hari tu memang kena dan padan dengan jari manismu, sayang.” Saat tersarung cincin yang pernah diimpinya dan dipilih ketika keluar dengan Puan Juita dulu dia tiada dapat berkata apa dan memeluk Puan Juita dengan seerat-eratnya.

“Abang tak nak tunggu lama. Nanti bila Kak Long kahwin…. Kita tumpang sekaki ye.” Masmona tersenyum…. Ternyata ada sinar bahagia untuk dirinya….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience