BAB 6

Romance Completed 848

“Barang awak sudah letakkan di bonet?”

“Dah.”

“Habis tu kenapa awak buka pintu belakang?”

“Nak masuklah.” Entah mengapa tegas sahaja suara Masmona. Mungkin dia merasa tidak senang dengan setiap perbualannya dengan Iqbal.

“Awak ingat awak tu bos ke? Atau pun kerata saya ni teksi?” Masmona segera menutup pintu kerata BMW 6 Series milik Iqbal. Dia kemudiannya membuka pintu hadapan dengan rasa debaran dan tangan yang kian bergetar. Seumur hidupnya tidak pernah dia mengimpikan kereta mewah itu apa lagi duduk di dalamnya. Masmona memandang sekilas ke arah Iqbal. Wajah itu dia amati sebentar. Ternyata dalam jambangan yang menghiasi wajah Iqbal namun lelaki itu sebenarnya lembut. Ah, Masmona ! Bangun! Masmona tersentak.

Masmona melangkah masuk ke dalam rumah banglo milik keluarga Iqbal dengan wajah yang amat kagum. Susun atur perabot dan juga hiasan dalam yang di hias cantik membuatkan Masmona memandang liar. Masmona berdiri di saat Iqbal hilang dari pandangan matanya. Masmona mencari kelibat Iqbal. Kemudian dia menyalahkan dirinya kerana leka melihat dekorasi dalam ruang tamu itu. Namun penantian Masmona tidak lama di saat Iqbal datang dengan seorang wanita yang sudah melebihi separuh abad.

“Ibu, ini Iqbal kenalkan Masmona. Seperti mana yang Iqbal katakan tadi.” Puan Juita memandang ke arah Masmona dan ternyata setelah Masmona bersalaman dengan Puan Juita dia dipeluk. Alangkah terkejutnya dia dengan perilaku ibu Iqbal itu. Namun dia merelakan.

“Masmona …. Memang cantik orangnya. Jangan segan silu dalam rumah ni. Anggap seperti rumah sendiri.” Senyum Puan Juita. Tangan Masmona masih lagi tidak dilepaskan. Iqbal berdehem.

“Saya nak ke pejabat balik. Beg baju awak boleh simpan dekat bilik belakang.” Pesan Iqbal. Masmona mengangguk. Namun Puan Juita lebih suka membantah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience