BAB 18

Romance Completed 848

“Banyak pun tak pe….”

“Siapa Murshid?”

“Murshid? Ermmm…. Bakal menantu tak menjadi. Dulu dia pinang si Masmona tu. Bertunang. Dah tetapkan hari pun nak bernikah. Tup tap satu bulan lagi nak bernikah dak Murshid ni datang nak minta putus. Katanya nak teruskan pelajaran. Terima sajalah kawan ni. Tapi yang bagusnya tiga bulan lepas tu nikah dengan orang lain. Sekarang dah bercerai nak balik dengan si Masmona tu. Hari-hari datang nak bertanya nombor telefon Masmona. Takdenya makcik nak bagi.”

“Habis tu bila dia datang nak meminang Mas?” Iqbal bagaikan seronok mendengarkan cerita yang dicanangkan oleh Mak Sinah. Seronok juga dia mengorek rahsia Masmona. Gadis yang dikenalinya dua minggu lalu.

“Raya kot? Itu yang makcik dengar.” Mak Sinah berterus-terang.

“Habis makcik terima?”

“Hish! Kamu ni…” Alamak! Baru Iqbal sedar dia sudah melepasi batasanya.

“Makcik tak tahu nak cakap. Bergantung pada Masmona. Sebab ini soal hidup dia. Makcik tak boleh nak paksa. Tuan badan yang kena buat keputusan. Bukannya makcik. Nanti kalau makcik terima mahu amuk pulak si Masmona tu.”

Iqbal termangu apabila melihatkan kelibat Mak Sinah hilang dari pandangan matanya.

30 Ramadhan….

Esok, umat islam akan menyambut hari raya. Iqbal leka membantu Angah mengacau dodol. Masmona pula asyik menyempurnakan ketupat. Mak Sinah dan Najwa pula sibuk di dapur menyiapkan rendang, kuahkacang dan sambal untuk juadah esok hari. Sedang leka membantu Angah, Iqbal terdorong melihatkan seorang lelaki yang membawa bungkusan laju menuju ke arah Masmona. Namun belum sempat lelaki itu mendekati, Masmona lebih dulu lari masuk ke dalam rumah. Akhirnya lelaki itu pasrah dan menyerahkan plastik berisi daging ke tangan Mak Sinah. Sambil lelaki itu menjeling ke arah Iqbal seolah tanda tiada berpuas hati. Namun entah mengapa Iqbal menyambut pandangan mata Murshid dengan sedikit cemburu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience