BAB 14

Romance Completed 848

“Itulah dia. Kalau tak menangis memang tak sah.”

“Iqbal ….. Mas ni rindu dengan keluarganya. Tak salah kita tolong dia.” Melihatkan air mata Masmona hati lelaki Iqbal kalah.

“Yelah…. Yelah….” Puan Juita tersenyum dengan keputusan Iqbal itu.

“Encik Iqbal nak singgah R & R?” Iqbal tersentak. Lamunannya putus dan hilang.

“Apa?” Sudah…. Berangan pulak dia…

“Nak singgah R & R tak? Saya nak sembahyang asar.” Ujar Masmona melihatkan R & R Seremban yang hanya 5 kilometer sahaja pemanduan. Iqbal angguk tanpa bersuara.

Usai sahaja sembahyang asar, Masmona merehatkan diri di bawah pohon tatkala melihatkan Iqbal yang sedang berehat di dalam kereta tidak betah untuk dia mengejutkannya. Maklumlah…. Panas ditambah pula dengan berpuasa sudah tentu dia letih. Setengah jam lamanya Masmona menantikan Iqbal bangkit. Namun apabila Iqbal bangkit, dia segera mendapatkan lelaki itu.

“Berapa lama saya tertidur?” Tanya Iqbal setelah dia membasuh muka.

“Setengah jam.”

“Kenapa tak kejutkan saya?”

“Saya kesian tengok Encik Iqbal. Encik Iqbal tentu letih. Maafkan saya kalau saya buatkan Encik Iqbal marah.” Sekali lagi Iqbal mati dengan kata-kata. Dia lantas menghidupkan enjin kereta dan segera meninggalkan R & R Seremban.

Mereka sampai di Merlimau, Melaka di saat azan maghrib berkumandang. Masmona membuka bonet kereta dan segera memberi salam. Wajah ibunya terpancar di muka pintu. Rindunya tidak dapat dibendung lagi. Dia memeluk ibunya dan deraian air mata diseka dengan baju kurungnya.

“Masuklah… kenapa tercegat lagi. Tu…. Iqbal, kan? Jemput dia masuk dulu. Berbuka.” Sebelum balik ke kampung Masmona telah memberitahu ibunya akan dia pulang bersama-sama dengan Iqbal, majikannya. Kerana dia tidak mahu ibunya itu akan berfikir yang tidak elok dan membuatkan hati ibu itu risau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience