Bab 20

Romance Series 7991

majlis malam berinai berlangsung dengan meriah di rumah Datuk Mustaffa dan Datin Faridah, dihadiri sanak saudara di sebelah Datuk Mustaffa dan juga Datin Faridah, maklumlah Farisya seorang sahaja anak gadis mereka. majlis itu kelihatan meriah dengan cahaya lampu berkelip-kelipan di hadapan rumah.

Farisya cantik berkebaya merah ala nyonya duduk di pelaminan untuk jarinya diukir inai oleh Kak Siti, orang yang dipertanggungjawab untuk menghiasi jari jemarinya. wajahnya kelihatan muram, tiada senyuman dibibir yang dioles gincu merah menyala itu.

geram hatinya pada mommy dan daddynya, sudah diberitahu yang kenduri ni tak usah dihebohkan pada  orang ramai, tengok saja pada majlis berinai ini pun sudah ramai orang, macamana pula majlis akad nikah keesokkan harinya nanti. ahh.. dia malu hendak menunjuk suaminya yang buruk paras rupa pada semua orang. arghh.. hatinya menjerit kuat..

"weh.. apasal muka kau tu monyok je dari tadi.. tak seronok ke jadi pengantin". Natasya Fatihah mula bertanya, pelik dirinya melihat Farisya kelihatan tidak ceria. kalau diikutkan orang nak berkahwin, muka pengantin mesti berseri-seri tapi sepupunya itu lain pula.

"eh.. tak de apa-apa la, aku okey je ni sakit perut period". Farisya berbohong malas nak melayan Natasya, kalau dilayan makin menjadi-jadi pertanyaan Natasya padanya. dia tak ada mood sekarang ni.

Farisya memandang sepupunya yang cantik berkebaya kuning, ingin sahaja dia menyuruh Natasya Fatihah duduk di sini mengantikan tempatnya menjadi pengantin.

biar sepupunya itu jadi isteri pada mamu Pulau Pinang tu. dia tersenyum kecil kemudian mengeluh lemah. mana mungkin nak menukar pengantin pada saat genting macam ni, semua sudah tahu yang dia lah pengantin perempuan. lagipun dia tak nak malukan muka mommy dan daddynya. dia anak yang baik. Farisya cuba memujuk hatinya.

"kau ni asyik sakit perut je kan kalau dengan aku, jangan kau kentut lagi kat depan muka aku sudah, tak sanggup aku!.." Natasya memberi amaran dengan matanya dijegil pada Farisya. trauma seminggu dengan kelakuan Farisya dahulu.

teringatkan tentang peristiwa itu Farisya ketawa kuat membuatkan Kak Siti menegurnya kerana risaukan inai di tangan Farisya kotor dan menganggu kerjanya yang tengah elok mengukir inai di tangan Farisya.

Farisya segera meminta maaf pada Kak Siti. dia menjeling ke arah Natasya Fatihah tak semena-mena dia ditegur oleh Kak Siti. tapi hatinya terdetak teringatkan jejaka yang menegur perbuatannya pada Natasya dulu. adakah dia datang jugak esok?. mengenangkan itu dia tersenyum tidak sabar.

"amboii.  anak mommy senyum sampai ke telinga, suka ye nak kawin esok". Datin Faridah menegur Farisya melihat anaknya tersenyum hatinya gembira. risau juga yang Farisya terpaksa untuk berkahwin. mana taknya sejak akhir-akhir ni wajah Farisya tak seceria dulu, memanglah anaknya itu sudah bersetuju tapi disebabkan oleh lakonan suaminya. kalaulah Farisya tahu tentang itu. dia tak pasti apa tindakan Farisya. dia kenal sangat dengan perangai anaknya itu.

"ye la mommy, kakak tu suka la sebab nanti dah ade orang teman kakak tido, teman kakak pergi shopping!!.." Farish yang muncul dari luar pintu dengan penuh beg kiri kanan di tangannya menyampuk percakapan Datin Faridah.

"Farishhhh...!!" jerit Farisya membuatkan Kak Siti bersuara menegur kelakuan Farisya yang tak duduk diam.

"duduk diam sikit adik oii.., akak nak lukis inai kat tangan ni, nanti comot jangan salahkan akak tau". kak Siti menegur lembut. takut pula nak marah kuat-kuat, anak Datuk kut! dari elok pendapatan lumayan di sini langsung dia kena halau pula.

Farisya seraya memohon maaf, dia tidak sangka adik kembarnya Farish sanggup pulang pada majlis perkahwinannya. sudah diberitahu padanya bahawa Farish tidak dapat pulang disebabkan sedikit masalah, jadi dia tidak mengharap adiknya datang semasa hari bersejarahnya esok.

"kakak ni, duduk diam-diam nanti kita sembang.. Farish nak simpan beg kat bilik". Farish meminta diri.

"banyak Farish nak tanya kakak pasal bakal abang ipar Farish, senyap-senyap ye kakak, tau-tau dah nak nikah". sempat Farish berbisik di telinga Farisya sebelum dia berlalu naik ke biliknya.

Farisya terkedu. mampus aku!..

Farisya berasa teruja dengan kepulangan Farish. kata Farish ada masalah itu cuma alasan adik kembarnya untuk memberikan kejutan pada hari istimewanya.. istimewa ke? dia pun tak pasti. tapi yang pastinya dia kena bagitahu perasaannya pada Farish terhadap Irfan Farhain nanti.

                ????????????
tok.. tok.. tok..

Farish mengetuk pintu bilik kakak kembarnya untuk menuntut janjinya tadi, dia nak mengenal siapa lah yang berjaya mengetuk pintu hati kakaknya itu. sudah terbayang wajah bakal abang iparnya mesti hensem sebab kakaknya itu cantik, putih bersih wajahnya.

Farisya membuka pintu, sudah tahu gerangan siapa yang mengetuk pintu biliknya itu laju sahaja kakinya menghala ke meja solek mengambil sebuah buku lalu dia duduk di birai katil mengajak adiknya duduk sekali di sebelahnya. dia membuka helaian demi helaian muka surat yang dia ingini lantas memandang Farish yang melihatnya pelik.

"ini buku syarikat daddy la kakak.. Farish nak tahu pasal bakal abang ipar Farish la, bukan nak tahu pasal syarikay daddy lah..". Firash bersuara pelik dengan tingkah laku kakaknya. apa kena mengena buku ni dengan bakal suami kakaknya. dia mengerutkan dahinya memandang wajah Farisya yang mula kelihatan sedih, kelihatan air mata mula keluar dari tubir mata kakaknya.

"laa..kenapa kakak nagis pulak dahh, kakak tak suka ke dengan bakal suami kakak tu, cuba cerita kat Farish". hati Farish berasa sakit melihat kakak kembarnya menangis. dia mahu memujuk tapi dia juga ingin mengetahui apa kaitan dengan buku syarikat daddynya ini. pelik sungguh.

"emm.. sebenarnya kakak tak kenal pun siapa bakal suami kakak, daddy yang nak jodohkan kakak dengan pekerja syarikat daddy". Farisya bersuara lirih.

"ooo..".

"habistu kenapa kakak terima dia kalau kakak tak kenal, kakak pernah jumpa dia tak?. Farish sudah faham apa kaitan dengan buku syarikat daddy di hadapannya, helaian yang diselak Farisya menunjukkan gambar pekerja daddynya. dia sudah agak kakaknya mahu menunjuk gambar bakal suaminya tu padanya.

"kakak tak pernah jumpa pun tapi kata daddy, kakak pernah terserempak dengan dia kat pejabat, tapi kakak tak perasan pun. kakak tunjukkan gambar dia kat Farish tapi Farish janji jangan gelak tau!..". Farisya sudah memberi arahan kepada Farish, tak mahu Farish mengutuknya 7 keturunan.

"kenapa? mesti tak hensem kan, kalau pilihan daddy tu Farish tau la macamana.. hahaha.." Farish sudah ketawa melihat wajah cemberut kakaknya terus dia mendiamkan dirinya.

"ish.. belum tunjuk lagi dah kutuk kakak, kakak terima dia pun sebab masa daddy bagitahu kakak kena kawin dengan dia, kakak ugut nak lari duduk dengan Farish, tetiba jantung daddy sakit, kakak takut jadi apa-apa kat daddy, kakak taknak sebab kakak, daddy mati jadi kakak terima la dia jadi suami kakak". Farisya menceritakan semula detik Datuk Mustaffa sakit kerananya sambil tangannya menunjukkan wajah Irfan Farhain pada Farish.

Farish melihat wajah bakal abang ipar yang ditunjuk Farisya, matanya terbeliak terkejut wajahnya yang putih kelihatan memerah menahan ketawa.

"eh.. macam muka kawan Farish la kat NZ tu, nama dia Ali keturunan India tapi dia dah masuk Islam lama dah". Farish mula bercerita tentang sahabatnya di sana. memang serupa sungguh bakal suami kakaknya dengan sahabatnya itu tapi Ali badannya kurus lonjong, bakal abang iparnya ini berbadan tough.

yang dia hairan apa sebab daddy nak jodohkan kakaknya dengan....

"Irfan Farhain nama dia, umur 30 tahun, dia keje kat syarikat daddy sebagai mat depacth je".. arghhh.." Farisya menjerit kuat tapi dengan menekup mulutnya dengan bantal kecil berbentuk love jeritannya menjadi perlahan.

"so.. ?" Farish bertanya pelik

"Farish!.. takkan tak kenal kakak macamana, kalau kakak kawin dengan dia, boleh ke dia tampung hidup kakak yang gila shopping ni, dia keje penghantar surat je Farish.. kakak takut kakak tak boleh hidup dengan dia, kakak dah biasa hidup senang lenang. kakak rasa lepas kakak kawin mesti hidup kakak terkongkong". panjang lebar Farisya mengadu pada adik kembar yang sememangnya tahu kesemua rahsia-rahsianya.

Farish mengangguk-angguk kepalanya sudah mula faham kenapa daddynya memilih Irfan Farhain menjadi suami kakaknya. kakaknya itu memang hantu shopping dia tahu sangat dengan perangai kakaknya yang satu itu. jadi dengan kahwinkan kakaknya dengan Irfan sikap boros kakaknya mungkin dapat dikawal, Farish meneka..

"bijakkan saya". Farish berkata di dalam hati, dia merasa apa yang ditekanya mesti betul, takkan sesaja daddynya menyuruh kakaknya berkahwin dengan Irfan tanpa selidik baik buruk perangai calon suami untuk anak gadisnya. dia yakin dan percaya dengan pilihan daddynya itu.

Farisya terdiam sejenak.

"patut tak kakak batalkan semua ni, Farish.. kakak rasa tak bersedia lagi la". Farisya memberi cadangan gilanya ingin meminta pendapat Farish.

"eh.. jangan buat gila la kakak, tengok tangan kakak dah cantik berinai ni, nak batalkan buat apa?, kakak kata tak nak bagi daddy sakit kan.. kalau kakak buat perangai gila ni, bukan daddy je sakit sekali mommy pun sakit". Farish sahaja nak menakut-nakutkan Farisya.

"ala kakak, kakak terima je abang Irfan tu jadi suami kakak, Farish yakin dengan pilihan daddy mesti tip top dia punya perangai walau muka dia tak hensem macam Farish ni". sempat Farish memuji dirinya sendiri sambil menasihati Farisya yang sedang memucungkan mulutnya.

"kakak pergi la tido esok nak kena cantik-cantik baru abang Irfan tengok
kakak, dia rasa nak terkam". Farish sudah mula mengusik Farisya.

"eh kakak pulak, Farish la kena pergi tido ni bilik kakak la, tahu la kakak.. dah-dah gi keluar sana sibuk je". Farisya menghalau adiknya, lagi lama Farish di sini lagi kuat Farish mahu mengusiknya.

"lagi satu kalau kakak tak suka abang Irfan sebab dia tak hensem, malam esok kalau kakak nak ehem.. ehemm dengan dia kakak tutup la lam..."

belum Farish menghabiskan ayatnya itu Farisya sudah membaling bantal kecik berbentuk love ke arah Farish tapi sempat dielak kerana Farish sudah tergocoh-gocoh keluar apabila melihat Farisya sudah bersedia membaling bantal tersebut kepadanya.

"tutup lampu tau kakak!.." sempat lagi Farish mengusiknya di luar pintu,  kedengaran ketawa kuat dari Farish apabila dia melihat Farisya sudah mengetap giginya geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience