Bab 1

Romance Series 7991

Bismillahirahmanirahim..

    ******************************

Irfan Farhain berlari-lari anak memasuki syarikat Mustaffa Holdings. memandangkan ini hari pertama dia mula berkerja di syarikat itu, dia perlu menunjukkan sikap yang baik dan berdisplin.

ditambah pula kerja yang dia dapat ini adalah dari ihsan Datuk mustaffa sendiri, apabila dia berjaya menangkap pencuri yang mencuri beg duit Datuk Mustaffa yang sedang membuka pintu kereta BMWnya, sewaktu dirinya hampir-hampir putus asa mencari perkerjaan di Kuala Lumpur.

Dan memandangkan jam sudah menunjukkan hampir pukul 8.00 pagi. dia bernasib baik kerana motor kapcainya tak membuat perangai hari ni. "good job my motor, tak sia-sia aku beli kau walaupun secondhand, boleh la dari tak ada". ditepuk-tepuk lembut kusyen motor kesayangan itu tanda berterima kasih.

kalau difikirkan jenuh juga la kalau tak ada motor itu mesti dia tengah berhimpit dan berebut-rebut dengan orang ramai yang sama-sama hendak menaiki kenderaan awam. apatah lagi kalau waktu-waktu sesak macam ni. memang tak lah.

Hari ni dia nampak segak dengan persalinan yang nampak kemas siap berkemeja, bercoat dan bertali leher bagai.. gara-gara ibunya Puan Mariah yang beria apabila diberitahu bahawa dia sudah dapat kerja di syarikat besar.

sudah dimaklumkan apa pekerjaan yang dia dapat malah dia dah beritahu Puan Mariah bahawa kerjanya tidak perlu berbaju formal macam orang kerja pejabat, tetapi ibunya degil sungguh!. pergi juga keluar membeli kain yang sesuai untuk dijadikan sehelai coat. jimat sikit.

alangkah gembira hati Puan Mariah kerana anaknya yang satu tu sudah dapat kerja, di syarikat besar lagi, itu membuatkan hatinya bergitu teruja, gembira dan bangga. semuanya menjadi satu perasaan yang melonjak-lonjak dalam tubuhnya.

almaklumlah Puan Mariah adalah seorang tukang jahit di daerah Taiping kat Perak.

dan dan nak tunjuk skill la tu.

             **********************

"Adikk.. walau hang keja hantaq surat ja, hang kena jugak pakai baju hat segak, malu la kat ibu kalau orang tengok anak ibu ni dok pakai baju hat selekeh, tak lawa la lagu tu, lagi-lagi keja kat syarikat besaq tu ha, ni ibu dah jait kot ni kat hang, jangan hang tak pakai pulak, ibu dah bersusah payah nak jait baju ni kat hang". bersinar-sinar mata ibunya bila berbicara.

teruja sungguh Puan Mariah ni. baju coat tu beralih ke tangannya. terangguk dia mendengar cakap ibunya, tak sampai hati pulak kalau dia tak pakai coat tu, ibunya begitu teruja bila mendapat tahu dia dah dapat kerja.

inipun dia balik ke Taiping atas sebab Puan Mariah yang suruh dia pulang, untuk mengambil coat yang dah sudah dijahit. siap dibelikan kemeja dan tali leher lagi. mak mak memang macam ni kan, beria-ia.

"kamu ni, Mariah. "Adik tu kerja hantaq surat ja pon, yang hang suh dia pakai coat bagai tu dah kenapa", hang ingat dia kerja pejabat yang dok kat bawah aircond tu ka, loklak sungguh la hang ni, dok suruh dia pakai lagu tu, panaih lit lit kut kat Kl nun". babahnya Encik Roslan sudah mula membebel.

"Adik hang tak payah nak pakai baju tu, babah tengok pon rimas tambah lagi kalau hang dok pakai". babah berkata kepadanya sambil tergeleng geleng kepala melihat perangai isterinya itu.

Puan Mariah membalas dengan jelingan maut pada Encik Roslan membawa maksud malam satgi tidur kat luar. Encik Roslan yang melihat jelingan itu terus diam membisu sambil tersengih-sengih. big mama punya penangan, hui seram!!.

"Tak pa la babah, ibu dah jait dah ni, Adik pakai je la. nanti kalau nak pi hantaq surat ka adik tukaq la baju hat lain.. dah ibu, babah tok sah dok kalut, tau la adik nak buat lagu mana esok". balas Irfan tersenyum simpul melihat babahnya yang tiba-tiba diam.

tahu takut dengan big mama.

              ***********************

Irfan membetulkan coat dan tali lehernya itu, kekok barangkali first time dia berpakaian macam ni. rimas pon ada, nasib la Irfan. Dia melangkah masuk ke dalam lif bersama pekerja-pekerja yang lain yang mahu menuju ke tingkat yang menempatkan bilik office Datuk Mustaffa.

apabila lif sudah berhenti, segera dia berjalan ke arah bilik Datuk Mustaffa, melalui laluan di sebelah meja-meja yang disusun kemas di antara ruang yang sedia ada, pekerja-pekerja Datuk Mustaffa sudah mula kelihatan memenuhi ruang kerja masing-masing.

sampai di satu sudut di sebelah bilik Datuk Mustaffa terdapat satu meja kayu yang bersederhana besar juga kelihatan seorang wanita berkulit cerah dan bertubuh agak berisi duduk di kerusi sambil mengemas kertas-kertas di meja itu. mungkin itulah pembantu peribadi Datuk Mustaffa teka Irfan.

"Maaf puan.. saya Irfan Farhain". Irfan memperkenalkan dirinya.

"emm.. Datuk Mustaffa suruh saya tanya puan". Irfan mengaru-garu kepalanya.

"nak panggil apa ye kak, eh..puan". sambil tersenyum-senyum menampakkn lesung pipit disebelah pipinya. menunggu butir bicara dari wanita itu.

"Oh.. ni ke.. pekerja baru tu, ada Datuk Mustaffa bagitahu akak semalam, tak payah berpuan-puan la, panggil je akak.. kak Tuti sudah". kak Tuti menegur Irfan dengan mesra.

"okey.. macamni kerja awak senang je, awak kena hantar surat atau barang-barang dekat pemunya milik kat tempat-tempat di alamat yang diberikan.. itu je". explain kak Tuti berkenaan kerja yang Irfan perlu buat, matanya melirik kearah pakaian dipakai Irfan. tersenyum-senyum wanita itu melihatnya.

"Apasal awak pakai baju formal sangat ni.. awak tak payah la nak bercoat-coat bagai, nanti awak kena hantar surat ke, barang ke, ha.. kat luar tu panas".

"ha!.. sudahh Datuk tak ada bagi tahu ke kat awak, awak kerja apa hari tu". gusar kak Tuti melihat Irfan bercoat dan bertali leher, risau dirinya yang Irfan tersalah sangka dengan pekerjaan yang telah diberi padanya.

"Eh..! saya tahu kak, ni pun sebab ibu saya yang paksa saya pakai benda alah ni, dia yang beria-ia jahit, dia kata walau saya kerja kat sini sebagai penghantar surat je pun kena jugak pakai kemas-kemas baru hensem".

"tambah pula bila saya cakap saya dapat kerja kat syarikat besar macam ni.. lagi la dia teruja.. nak tak nak saya kena pakai jugak la kak, menghargai apa yang dia buat dan saya tak nak la jadi anak derhaka".

"akak. kalau akak tak percaya.. saya boleh call ibu saya, akak tanya dia kut saya tipu akak ke tak ?. Irfan menerangkan hal yang sebenar siap mengugut mahu menelefon ibunya supaya kak Tuti mempercayainya.

"eh.. tak payah.. tak payah.. akak percaya tu". sudah ternganga Kak Tuti mendengar panjang lebar penjelasan Irfan pasal baju yang dipakainya hari ini.

"mesti anak emak budak ni". teka kak Tuti dalam hatinya.

Irfan tertunduk sambil mengaru-garu kepalanya yang tak gatal tu. rasa malu pulak dia bila dua tiga pekerja Datuk Mustaffa melihatnya sambil tergelak gelak. lucu barangkali melihat mat despacth sepertinya berpakaian begini.

pasang telinga la tu.

"Ah.. ibu la punya pasal ni, malu betul Irfan kat sini". bisik Irfan pelahan.

"eh kamu kan.. yang tolong saya kemarin, datang pun". tegur Datuk Mustaffa bila dia baru sahaja sampai ke officenya. langsung Datuk Mustaffa melihatnya atas dan bawah.

pelik dengan pakaian yang dipakai Irfan tapi didiamkan sahaja takut anak itu terasa hati. biarla.. mungkin anak muda ini teringin sangat nak berpakaian formal pejabat. biarkanlah. lagipun..

dia bukan nak berkira, tidak mahu memberikan pekejaan yang lebih bagus kepada Irfan, cuma yang kosong di syarikatnya hanya sebagai budak penghantar surat sahaja. tak kan lah dia nak membuang salah seorang pekerjanya semata nak berikan kepada Irfan, dia bukanlah seorang  majikan yang kejam. dia sudah menolong Irfan dengan memberi pekerjaan inipun sudah cukup bagus.

Dia juga sangat berterima kasih kepada Irfan kerana disebabkan Irfanlah barang berharganya dapat diselamatkan. tambahan pula dia melihat Irfan sewaktu itu seperti sudah hilang arah tuju dan dia mendapat tahu dari Irfan sendiri bahawa Irfan sebenarnya sudah lama mencari pekerjaan di sini.

di Kuala Lumpur ni memang susah nak mendapatkan kerja. tambah lagi pendatang baru dari pekan kecil macam Irfan, memang susah sedikit. walaupun kelulusan Irfan agak membanggakan.

"ha.. kamu dah boleh mula buat kerja sekarang, apa-apa yang kamu tak tahu kamu boleh tanya pembantu uncle ni.. Syarifah.. tapi tak tau la macamana boleh panggil Tuti". Datuk Mustaffa bersuara sempat bergurau dengan pembantunya.

"baik Datuk.. terima kasih banyak-banyak atas budi baik Datuk.. tak terbalas saya.. saya akan kerja sebaik mungkin. Datuk dah bagi dekat saya kerja ni pun dah besar rahmat pada saya". balas Irfan senang hati.

               *********************

itulah kenangan bila kali pertama Irfan Farhain mula berkerja di syarikat Datuk Mustaffa, dan tidak terasa masa berlalu dengan tersangat pantas, sedar tak sedar sudah dua tahun dia berkerja di syarikat itu.

sungguh dia tak sangka dia dah bertahan kerja di syarikat Mustaffa Holdings sudah agak lama, ada jugak Datuk mengoffer kerja yang lebih bagus tapi ditolaknya mentah-mentah kerana dia lagi suka kerjanya yang memerlukan dia keluar dari melagut duduk di meja dan kerusi sehingga habis waktu pejabat. oh dia tak bentah begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience